Semua tutorial Moomoo
Setiap satu ditulis untuk orang yang baru pertama kali buka app. Yang ada tanda 🎬 tu ada video penuh sekali.
Apa itu Moomoo, dan selamat ke untuk orang Malaysia?
Sebelum masukkan duit, kenal dulu platform ni. Siapa yang lesenkan Moomoo, cara semak lesen tu sendiri, kenapa app minta IC dan selfie, apa jadi pada akaun Moomoo lama zaman Singapore, dan apa risiko yang anda kena terima.
⏱️ 9 minit
MulaSaham halal ke? Judi ke? Cara kekal patuh Syariah dalam Moomoo
Jawapan terus untuk soalan yang paling ramai orang tua tanya. Beza saham dengan judi, siapa yang tentukan saham patuh Syariah, kenapa ETF S&P 500 biasa tak patuh Syariah, SPUS vs HLAL, kenapa SPTE tiada logo Syariah dalam app, emas, bahagian dalam Moomoo yang ada unsur faedah (riba), dan senarai semak 6 perkara.
⏱️ 12 minit
MulaMoomoo vs Webull, Rakuten Trade, FSMOne dan StashAway — beza yang betul-betul penting
Ramai tanya platform mana lebih bagus untuk saham dan ETF. Halaman ni banding lima platform berlesen SC dari segi yuran saham US dan Bursa, pasaran, fractional, tukaran ringgit, Syariah dan produk lain, dengan sumber rasmi. Termasuk beza broker dengan robo-advisor, dan kenapa Moomoo bukan pengganti ASB atau Versa.
⏱️ 9 minit
MulaDuit nak guna dalam 6 bulan hingga 3 tahun letak mana? (Kahwin, rumah, kecemasan) — dan Moomoo bukan akaun simpanan
Kenapa duit yang anda perlukan tak lama lagi tak patut masuk saham, beza Moomoo dengan akaun simpanan bank (PIDM), dan pilihan yang harganya lebih stabil untuk duit bertarikh — simpanan tetap, ASB, dan dana pasaran wang seperti Versa Cash-i, Money+ dan Cash Plus.
⏱️ 6 minit
MulaSusun duit dulu sebelum melabur — gaji kecil, hutang, pinjam untuk labur, dan cara pecah simpanan bulanan
Ramai tanya "gaji RM1,800 boleh melabur ke?", "patut bayar hutang dulu atau labur?", dan "boleh pinjam untuk beli saham?". Halaman ni bagi susunan lima langkah, contoh pecahan untuk gaji RM1,800 dan simpanan RM1,200 sebulan antara ASB, dana pasaran wang dan Moomoo, serta kenapa Daus tak cadang guna duit pinjaman untuk melabur.
⏱️ 8 minit
MulaETF tu apa? Terang dari kosong untuk yang tak pernah melabur
ETF dalam bahasa paling mudah — konsep bakul, beza ETF dengan saham satu syarikat dan unit trust, apa yang dimaksudkan dengan S&P 500, ETF Syariah, yuran tahunan (expense ratio), kos beli dalam Moomoo, risiko yang perlu tahu, dan cara cari ETF dalam app.
⏱️ 6 minit
🎬 Ada videoCara register akaun Moomoo (screenshot langkah utama, untuk beginner)
Panduan penuh buka akaun Moomoo, dari klik link rujukan dan download app yang betul sampai akaun diluluskan. Siapa boleh buka akaun, bila masa terbaik untuk daftar, screenshot sebenar langkah utama, dan cara pastikan anda layak untuk reward new user.
⏱️ 9 minit
MulaCara lepas KYC Moomoo tanpa kena reject (panduan bergambar)
KYC kena reject sebab benda kecil yang boleh dielak. Ini senarai penuh sebab permohonan gagal, rajah cara ambil gambar IC yang betul, senarai semak bukti alamat rasmi, cara lulus first try, dan apa nak buat kalau dah kena reject.
⏱️ 12 minit
MulaMasalah akaun Moomoo — OTP tak sampai, "Requests too frequent", Ineligible to Open Account, KYC ditolak
Apa nak buat bila kod OTP tak sampai, keluar "Requests too frequent", akaun dikunci, permohonan akaun keluar "Ineligible to Open Account" atau "Additional information required", bukti alamat ditolak, atau akaun lama sangat tak lulus. Berdasarkan halaman bantuan rasmi Moomoo Malaysia, dengan mesej siap untuk customer service.
⏱️ 7 minit
MulaModal RM100 atau RM1,000 — nak mula dari mana?
Jawapan jujur untuk modal kecil. Kenapa Daus cadang deposit pertama RM1,000 di Moomoo, di mana nak kumpul duit sebelum tu, apa nak buat kalau modal RM0, berapa yuran sebenar kalau tambah RM100 sebulan, minimum untuk emas dan crypto, dan cara fikir untuk simpanan besar.
⏱️ 11 minit
Deposit & RewardDah ada akaun Moomoo tapi belum deposit, atau dah deposit tanpa kod — reward masih boleh dapat ke?
Jawapan untuk setiap situasi — dah daftar tanpa link Daus, dah lepas 30 hari, dah terdeposit masa daftar sebelum masuk kod, deposit pertama kecil, atau akaun lama. Apa yang masih boleh dibuat untuk reward new user dan kod DAUSDK37, apa yang dah terlepas, dan mesej siap untuk customer service.
⏱️ 6 minit
Deposit & RewardCara deposit duit ke Moomoo guna FPX, GXBank atau Bank Transfer (screenshot setiap skrin)
Cara masukkan duit ke akaun Moomoo guna FPX online banking, GXBank Express Deposit atau Bank Transfer (DuitNow), skrin demi skrin. Had deposit RM30,000 dan RM50,000. Berapa lama sampai, turutan betul supaya deposit anda dikira untuk reward, cara tekan Claim, apa nak buat kalau status Pending, dan kalau dah terdeposit sebelum masukkan kod.
⏱️ 8 minit
🎬 Ada videoTutorial basic Moomoo — kenal setiap tab dalam app (bergambar)
Kali pertama buka Moomoo memang nampak padat. Ini panduan bergambar setiap tab di bawah skrin, apa yang anda tengok, dan di mana nak cari setiap fungsi penting.
⏱️ 9 minit
Asas AppBaca skrin akaun Moomoo — Total Assets, Net Assets, Total Cash, Withdrawable dan Cash BP
Maksud setiap nombor dalam tab Accounts Moomoo, dalam bahasa mudah. Kenapa Total Assets lain dari Net Assets, mana baki duit yang belum guna, kenapa Withdrawable kurang dari Total Cash, apa maksud Today's P/L dan Position P/L, dan tanda akaun anda sedang berhutang margin.
⏱️ 8 minit
🎬 Ada videoPaper trading Moomoo — praktis beli saham tanpa duit betul (bergambar)
Cara buka dan guna Paper Trade dalam Moomoo — RM1 juta duit mainan (akaun MY) atau USD1 juta (akaun US), harga pasaran sebenar, skrin order yang sama persis. Panduan skrin demi skrin untuk beginner.
⏱️ 8 minit
Beli SahamCara beli saham pertama dalam Moomoo (screenshot setiap skrin)
Panduan skrin demi skrin — cari saham, baca skrin order, limit vs market, saiz lot Bursa Malaysia, dan apa jadi selepas anda tekan Buy. Ada screenshot sebenar app untuk setiap langkah.
⏱️ 12 minit
Beli SahamMula saham Bursa Malaysia dari kosong — KLCI, blue chip, cari kaunter yang betul, dan kenapa harga murah tak semestinya murah
Panduan pertama untuk saham Bursa dalam Moomoo. Skrin Markets → MY, apa itu KLCI dan blue chip, cara cari kaunter guna kod 4 digit (kenapa taip "tnb" keluar saham Amerika), berapa sebenarnya kos 1 lot, kenapa saham harga bawah RM1 tak semestinya peluang, waktu dagangan, dan langkah seterusnya — ETF Bursa, REIT, IPO dan Syariah.
⏱️ 9 minit
Beli SahamYuran Moomoo — berapa sebenarnya kos setiap kali beli dan jual (Bursa & US)
Senarai penuh yuran Moomoo Malaysia untuk saham Bursa dan saham US, termasuk peraturan order fractional, contoh kiraan RM100 hingga RM1,000, faedah margin, cara semak yuran order anda sendiri dalam app, dan perbandingan jujur dengan FSMOne.
⏱️ 8 minit
Beli SahamJenis order dan status order dalam Moomoo — Limit, Market, Trailing Stop, Day, GTC, Queued, Filled
Maksud setiap jenis order dalam senarai Order Type Moomoo (Limit, Market, Stop Limit, Stop Market, Trailing Stop), Time-in-Force Day dan GTC, sesi dagangan US, maksud status order seperti Queued, Working, Filled, Cancelled dan Expired, apa jadi bila order dihantar masa pasaran tutup, dan ralat Agreement for US Fractional Shares Trading.
⏱️ 7 minit
Beli SahamCara jual saham dalam Moomoo (dan macam mana nak tahu bila nak jual)
Panduan skrin demi skrin untuk menjual saham dalam Moomoo — maksud Sellable, jual sebahagian atau semua, limit vs market masa jual, jual saham US, T+2 settlement, dan tiga sebab sah untuk menjual.
⏱️ 12 minit
Beli SahamMargin dalam Moomoo — macam mana boleh terguna, cara semak hutang, langsai dan tutup
Margin hidup secara default dalam Moomoo dan ramai beginner terguna tanpa sedar. Cara kenal akaun yang sedang berhutang, berapa faedahnya (6.8% setahun), cara langsai sama ada dengan top up atau jual saham, dan langkah tutup margin dalam app, skrin demi skrin.
⏱️ 8 minit
🎬 Ada videoCara beli S&P 500 dalam Moomoo (screenshot setiap skrin)
Cara melabur dalam 500 syarikat terbesar Amerika melalui ETF dalam Moomoo — pilih ETF yang betul, skrin order US, Session, Time-in-Force, tukaran mata wang, dan waktu pasaran.
⏱️ 11 minit
🎬 Ada videoPecah belian ETF US kecil (RM100–RM300) lepas deposit RM1,000 — fractional, yuran, waktu market
Dah deposit RM1,000 dan nak pecahkan belian ETF Amerika kepada order kecil? Beli ikut Amount (fractional) atau Quantity, berapa unit RM100 dapat, yuran sebenar order fractional, popup tukaran mata wang, dan waktu market US ikut jam Malaysia.
⏱️ 9 minit
Pasaran USBorang FEP Declaration Moomoo dan "Exchangeable 0.00" — kenapa keluar dan apa maksudnya
Kenapa Moomoo minta anda isi FEP Declaration sebelum berdagang (ramai nampak ia masa beli saham US pertama atau set RSP), apa itu peraturan FEP Bank Negara (had RM1 juta setahun untuk yang ada pinjaman ringgit domestik), pinjaman apa yang tak dikira, dan kenapa skrin Exchange tunjuk Exchangeable Amount 0.00 MYR walaupun ada duit.
⏱️ 6 minit
Jadi PelaburLepas beli saham pertama, apa jadi? — baca untung rugi, reward, dividen dan bulan pertama
Anda dah tekan Buy. Sekarang nombor merah, reward belum nampak, dan anda tak pasti nak buat apa bulan depan. Halaman ni terang apa yang anda tengok dalam Positions, kenapa hari pertama selalu merah, bila setiap reward masuk, dan apa nak buat sebulan pertama.
⏱️ 11 minit
Jadi PelaburLabur RM1,000 untung berapa? Jangkaan pulangan yang jujur, dan apa maksud "rugi" sebenarnya
Soalan "berapa untung" paling kerap masuk DM Daus. Halaman ni terang dua cara saham bagi pulangan, beza untung atas kertas dengan untung sebenar, pulangan sejarah S&P 500 tahun demi tahun, contoh kiraan RM1,000 dan RM200 sebulan, apa jadi masa pasaran jatuh, dan kenapa tiada saham yang boleh gandakan RM100 dalam sebulan.
⏱️ 9 minit
🎬 Ada videoTutorial RSP Moomoo — set auto-invest bulanan
Cara guna Regular Savings Plan (RSP) dalam Moomoo untuk melabur jumlah tetap setiap bulan secara automatik, dan bila ia sesuai untuk anda.
⏱️ 10 minit
Jadi PelaburNak beli apa? Cara pilih saham atau ETF sendiri — pokok keputusan untuk beginner
Soalan paling kerap dalam DM Daus ialah "saham apa nak beli". Daus tak akan pilihkan untuk anda, tapi halaman ni ajar cara memilih sendiri. Pokok keputusan, bila ETF lebih sesuai, laluan Syariah dalam satu tempat, satu ETF atau pecah, sekali gus atau DCA, bila masa sesuai beli, cara elak scam pre-IPO, dan lembaran kerja untuk tulis pilihan anda.
⏱️ 16 minit
Jadi PelaburUrus portfolio — berapa ETF cukup, bahaya tertumpu, duit menunggu, dan imbang semula setahun sekali
Bila pegangan dah lebih dari satu, soalan berubah dari "nak beli apa" kepada "semua ni seimbang ke?". Halaman ni terang kenapa lebih banyak ETF tak semestinya lebih selamat, bahaya beli banyak saham dari satu sektor, contoh pecahan ikut matlamat, di mana letak duit yang menunggu, cara susun simpanan luar Moomoo (contohnya Versa Cash-i) dengan ETF dalam Moomoo, dan cara imbang semula setahun sekali.
⏱️ 13 minit
Jadi PelaburNak duit masuk sendiri dari dividen? Modal RM5k–RM20k dapat berapa sebulan
Kalkulator dividen untuk orang Malaysia. Berapa sebulan untuk modal anda selepas cukai 30% Amerika, pelaburan apa yang bagi dividen (ASB, REIT, saham Bursa, ETF US), boleh ke untung dengan beli sebelum dividen, macam mana duit dividen sampai ke bank, dan kenapa dividen bukan gaji tetap.
⏱️ 10 minit
Jadi PelaburScam pelaburan — 5 tanda, cara semak lesen, dan apa nak buat kalau dah kena
Bila orang tahu anda dah mula melabur, anda jadi sasaran. Halaman ni kumpul kes sebenar yang Daus jumpa, 5 tanda scam, skim task harian dan naik level, cara pastikan itu nombor WhatsApp Daus yang sebenar, cara semak lesen terus di laman SC dan BNM, kenapa margin dan forex berbahaya untuk beginner, dan langkah lapor kalau anda dah kena tipu.
⏱️ 10 minit
Jadi PelaburAjak family atau kawan mula melabur — templat mesej siap salin, dengan syarat penuh
Dah selesa dengan Moomoo dan nak ajak adik, pasangan atau mak ayah? Halaman ni ada templat mesej WhatsApp siap salin dengan link dan kod, syarat reward penuh, bila masa sesuai untuk mereka daftar, tiga perkara yang Daus minta anda buat, dan cara jadi perujuk sendiri melalui Invite Friends.
⏱️ 9 minit
Jadi PelaburTrading harian vs labur jangka panjang — kenapa ramai rugi tiap bulan, dan apa beza ETF dengan CFD, forex dan futures
Jawapan jujur untuk yang nak trade harian atau jangka pendek dalam Moomoo — apa kata kajian besar tentang day trader, kenapa beli jual kerap selalu rugi (yuran, emosi, IPO), cara uji strategi dalam paper trading dulu, beza ETF dengan CFD dan forex di MT5, kenapa futures (contohnya FCPO) bukan untuk beginner, dan tujuh soalan sebelum bayar kelas trading.
⏱️ 8 minit
🎬 Ada videoTutorial Cash Plus Moomoo — duit tidur pun boleh kerja
Apa itu Cash Plus dalam Moomoo, cara aktifkan, dan perkara penting yang anda kena faham sebelum letak duit di dalamnya.
⏱️ 14 minit
Produk LainCara beli unit trust (MYR Funds) dalam Moomoo — cari dana, baca yuran, dan tekan Subscribe (screenshot setiap skrin)
Cara langgan dana unit trust dalam Moomoo melalui Wealth. Di mana nak cari senarai dana, cara baca halaman dana (1Year Return, NAV, Investment Strategy, dokumen dana), skrin Subscribe, minimum, cut-off 12 tengah hari, bila unit disahkan, yuran langganan dan yuran pengurusan tahunan, cara kenal dana Syariah, dan beza unit trust dengan ETF.
⏱️ 9 minit
Produk LainCara jual (redeem) unit trust dalam Moomoo — duit masuk mana, berapa hari
Cara jual dana unit trust MYR Funds dalam Moomoo (contohnya AHAM Shariah Gold Tracker dan Cash Plus). Skrin Redeem langkah demi langkah, berapa hari duit masuk, caj, cut-off, dan kenapa duit masuk akaun Moomoo dulu, bukan terus ke bank.
⏱️ 7 minit
🎬 Ada videoCara beli emas dalam Moomoo
Empat cara dapat pendedahan kepada emas dalam Moomoo — ETF emas US, ETF emas Bursa 0828EA, dana unit trust emas Syariah dalam ringgit, dan kenapa saham syarikat lombong bukan emas. Termasuk modal kecil, yuran, dan soalan halal.
⏱️ 13 minit
🎬 Ada videoCara beli silver (perak) dalam Moomoo
Cara melabur dalam silver melalui Moomoo, dan kenapa silver berkelakuan sangat berbeza daripada emas walaupun kedua-duanya logam berharga.
⏱️ 7 minit
🎬 Ada videoCara subscribe IPO Bursa dalam Moomoo — dari buka akaun CDS sampai saham masuk akaun (dengan screenshot)
Panduan penuh IPO Bursa Malaysia dalam Moomoo. Cara buka CDS Account-IPO, cari IPO, isi permohonan, faham duit yang ditahan, semak keputusan balloting, dan bila saham boleh dijual. Termasuk perangkap mohon melalui dua platform, kenapa senarai IPO kosong, cara nilai IPO sendiri, status Syariah IPO baru, dan kuota Bumiputera melalui portal MITI.
⏱️ 15 minit
🎬 Ada videoCara cari saham guna tool screener Moomoo
Moomoo ada alat untuk tapis ribuan saham ikut kriteria anda. Cara guna Screener dari mula sampai simpan, cara tapis saham patuh Syariah, cara masukkan saham dalam watchlist, dan cara elak jebakan biasa bila menilai saham sebagai beginner.
⏱️ 12 minit
Kaji SahamCara baca graf saham dalam Moomoo (lilin, volume, MA) — untuk beginner
Panduan asas baca carta saham dalam app Moomoo. Maksud lilin hijau dan merah, pilih tempoh Daily atau Weekly, garis purata MA5 hingga MA30, bar volume, garis putus-putus, kenapa harga lama dalam carta boleh lain daripada 52wk Low, beza untuk bekas trader forex, dan apa yang carta tak boleh beritahu anda.
⏱️ 10 minit
Produk LainREIT dalam Moomoo — beli REIT Bursa pertama, REIT Syariah, cukai, dan beza dengan REIT Amerika
REIT untuk beginner — apa itu REIT, kenapa ia bagi agihan berkala, lima REIT Islamik dan contoh REIT lain di Bursa, berapa modal untuk satu lot, yuran, perubahan cukai pegangan 10% untuk individu, beza REIT Bursa dengan REIT Amerika (cukai 30%), dan cara cari REIT dalam app Moomoo.
⏱️ 9 minit
Kaji SahamCara compare saham & ETF dalam Moomoo — bandingkan sebelah-menyebelah (screenshot setiap skrin)
Guna feature Compare dalam Moomoo untuk letak sehingga 6 saham atau ETF sebelah-menyebelah. Contoh sebenar VOO, SPY, IVV dan SPUS, SPUS lawan HLAL, beza SPUS dan SPWO, berapa unit RM1,000 dapat, empat bank Bursa, serta soalan biasa seperti ETF atau satu saham, saham US atau Bursa dulu, ETF Ireland, dan CFD US500 lawan ETF.
⏱️ 20 minit
Kaji SahamCara guna Investment Themes dalam Moomoo — cari saham ikut tema seperti AI dan Johor (screenshot setiap skrin)
Investment Themes kumpulkan saham ikut satu cerita, contohnya AI atau projek di Johor. Tutorial ni tunjuk cara cari tema US dan Bursa, cara baca halaman tema, cara cari saham ikut industri (contohnya perkapalan atau logistik), dan perangkap yang ramai orang terlepas.
⏱️ 12 minit
Kaji SahamDunia ETF selain S&P 500 — ETF semikonduktor, AI, China, India, Syariah dan Bursa
Selain S&P 500, ada ETF untuk hampir setiap cerita pasaran. Semikonduktor, AI, keselamatan siber, uranium, China, India, Korea, Syariah, dividen, sampailah ETF yang tersenarai di Bursa. Halaman ni terang apa isi setiap satu, berapa yurannya, dan apa yang buat ETF bertema lebih berisiko daripada ETF biasa.
⏱️ 20 minit
Kaji SahamCara baca Industry Chain dalam Moomoo — peta huluan, pertengahan dan hiliran sesuatu industri (screenshot setiap skrin)
Industry Chain susun syarikat ikut peringkat dalam rantaian sesuatu industri, dari huluan (bahan mentah) sampai hiliran (produk akhir). Tutorial ni guna rantaian semikonduktor untuk tunjuk cara baca peta, cari syarikat Bursa dalam setiap peringkat, dan elak salah faham.
⏱️ 11 minit
Kaji SahamCara guna Moomoo AI — tanya soalan saham dalam Bahasa Melayu, baca ringkasan AI dan semak sumbernya (dengan screenshot)
Moomoo AI boleh terangkan perniagaan syarikat, banding ETF dan ringkaskan berita saham. Tutorial ni tunjuk cara buka, cara dapat jawapan dalam Bahasa Melayu, cara semak sumber jawapan, dan apa yang jadual ahli Moomoo kata tentang siapa boleh guna ringkasan AI.
⏱️ 13 minit
Deposit & RewardCara keluarkan duit dari Moomoo ke akaun bank (bergambar)
Panduan skrin demi skrin proses withdraw Moomoo — maksud Withdrawable vs Total Cash, berapa lama duit sampai, apa yang buat pengeluaran ditolak, dan kesan pada reward kempen anda.
⏱️ 8 minit
Asas AppCara hubungi customer service Moomoo — live chat, telefon dan emel dari dalam app (screenshot setiap skrin)
Deposit tak masuk, KYC lambat atau reward tak nampak? Semak dulu senarai ni, kemudian ikut cara sampai ke staf customer service Moomoo Malaysia melalui live chat dalam app, termasuk cara lepas daripada MooBot, templat mesej, waktu operasi, dan cara elak scam yang menyamar sebagai support.
⏱️ 9 minit
Kaji SahamAnalisis fundamental dalam Moomoo — baca kesihatan syarikat skrin demi skrin (contoh MR DIY)
Cara baca tab Company dalam Moomoo untuk satu syarikat Bursa — pecahan pendapatan, tiga penyata kewangan, margin, ROE, P/E, dividen, dan rating penganalisis. Ada kalkulator nisbah dan senarai semak yang anda boleh guna untuk saham anda sendiri.
⏱️ 16 minit
Kaji SahamEmpat gaya fundamental dan cara tapis saham Bursa guna Screener Moomoo (screenshot setiap skrin)
Value, growth, quality dan dividend — apa beza empat gaya ni, kelemahan setiap satu, satu contoh penuh tapisan quality + dividend + value dalam Screener Moomoo untuk saham Bursa Malaysia, dan resipi ringkas untuk gaya growth.
⏱️ 13 minit
Kaji SahamHeat Map Moomoo — tengok sektor mana panas dan mana sejuk dalam satu skrin (screenshot setiap langkah)
Heat Map tunjuk seluruh Bursa atau pasaran US sebagai blok berwarna. Tutorial ni ajar cara baca saiz dan warna blok, cara tukar tempoh dan tetapan, cara gali sampai ke saham dalam satu sektor, dan apa yang peta ni tak boleh beritahu anda.
⏱️ 14 minit
Belajar sambil buat — lagi cepat masuk kepala
Buka akaun dulu, lepas tu ikut tutorial ni sambil app terbuka. Kod DAUSDK37 di Special Deposit sebelum deposit pertama (minimum RM1,000, dalam 30 hari selepas daftar) untuk reward new user RM150–RM1,500.
Daftar Moomoo & Claim RewardDaus ialah Marketing Representative rasmi Moomoo Malaysia dan dapat komisen bila anda daftar & deposit. Tiada kos tambahan pada anda.