Tutorial RSP Moomoo — set auto-invest bulanan

Cara guna Regular Savings Plan (RSP) dalam Moomoo untuk melabur jumlah tetap setiap bulan secara automatik, dan bila ia sesuai untuk anda.

📂 Jadi Pelabur⏱️ Baca 10 minit🎬 Ada video
Nak cuba tekan sendiri dulu?Simulator 8 tekanan guna skrin app sebenar. Salah pun tak apa, tiada duit bergerak.

🎬 Tonton video penuh

Video: Tutorial RSP Moomoo — dari channel YouTube DausDK. Klik untuk main terus di sini.

📖 Atau baca step-by-step

Masalah paling biasa dengan melabur bukan pilih saham yang salah. Masalahnya lupa buat langsung.

Anda niat nak labur setiap bulan. Bulan pertama buat. Bulan kedua sibuk. Bulan ketiga terlupa. Enam bulan kemudian, akaun masih sama.

RSP (Regular Savings Plan) selesaikan masalah ni dengan cara paling mudah: dia buat sendiri.

Tak suka baca? Tengok video pendek ni

Beli auto tiap bulanVideo 38 saat · ada suara dan sari kata

Tak suka baca? Tengok video pendek ni

RSP: berapa kerap?Video 39 saat · ada suara dan sari kata
RSP: 3 perangkapVideo 46 saat · ada suara dan sari kata

Apa itu RSP

Anda tetapkan tiga benda:

  1. Apa yang nak dibeli (saham atau ETF US tertentu)
  2. Berapa setiap kali, ditaip dalam USD (contohnya USD50)
  3. Bila (contohnya setiap 1 haribulan)

Lepas tu Moomoo laksanakan sendiri mengikut jadual, tanpa anda perlu buat apa-apa.

Halaman bantuan rasmi Moomoo Malaysia terangkan RSP untuk saham dan ETF US, jadi contoh dalam halaman ni semua saham US.

Jumlah RSP ditaip dalam USD

Medan jumlah dalam skrin Create Plan dalam USD, bukan ringgit. Jadi kalau anda nak labur lebih kurang RM500 sebulan, kira dulu: pada kadar rujukan app 6 Okt 2026 (1 MYR = 0.2434 USD), RM500 lebih kurang USD122. Kadar berubah setiap hari, jadi semak kadar semasa dalam skrin Exchange sebelum set jumlah.

Kenapa ini berkesan untuk kebanyakan orang

RSP buang keputusan emosi. Bila pasaran jatuh, naluri manusia ialah tunggu “sampai keadaan stabil” — dan selalunya itu bermakna terlepas pemulihan. Jadual automatik terus membeli tanpa mengira perasaan anda hari tu.

RSP purata harga masuk anda. Bila harga tinggi, jumlah tetap anda beli kurang unit. Bila harga rendah, ia beli lebih unit. Konsep ni dipanggil dollar cost averaging. Ia tak menjamin untung — tapi ia menghapuskan tekanan cuba menentukan masa yang “betul” untuk masuk.

RSP sepadan dengan cara gaji masuk. Kebanyakan orang terima pendapatan bulanan. Melabur bulanan sepadan dengan aliran tunai sebenar anda.

Yang RSP tak boleh buat

RSP tidak menjamin anda untung. Kalau aset yang anda pilih merosot dalam jangka panjang, membeli secara automatik setiap bulan cuma bermakna anda membeli sesuatu yang jatuh, dengan konsisten. Automasi menyelesaikan masalah disiplin — bukan masalah pemilihan.

Cara set RSP dalam Moomoo, skrin demi skrin

1
Dalam app Moomoo

Buka halaman RSP

Tab Accounts → ikon RSP dalam baris pintasan di bahagian atas. Ikon ni tak ada pada semua akaun. Kalau anda tak nampak, jalan kedua sentiasa berfungsi: Accounts → All → bahagian Trade → RSP (bersebelahan IPO, Order History dan Dividend Reinvestment).

Halaman RSP ada dua tab:

  • Overview — senarai cadangan dan alat
  • My Investments — plan RSP yang anda sudah ada

Di bahagian atas ada RSP Calculator — masukkan jumlah bulanan dan tempoh, dan ia tunjuk unjuran. Berguna untuk menetapkan jangkaan sebelum anda mula.

Di bawahnya ada dua senarai: Popular (dengan pulangan RSP 1 tahun) dan Top RSPs (dengan pulangan 5 tahun).

  1. Create Plan
  2. Kalkulator unjuran
Halaman RSP. Butang Create Plan di bawah.
Jangan pilih ikut nombor pulangan besar tu

Senarai Top RSPs memaparkan angka seperti +1707% pulangan RSP 5 tahun. Itu prestasi lepas bagi saham individu yang kebetulan melonjak — dan prestasi lepas bukan ramalan. Saham yang naik 1,700% dalam lima tahun selalunya sangat tidak menentu, dan boleh jatuh sama teruknya.

Senarai tu disusun untuk menarik perhatian, bukan untuk memberi cadangan yang sesuai dengan keadaan anda. Untuk RSP jangka panjang, ETF indeks yang luas biasanya lebih sesuai berbanding mengejar prestasi lepas satu saham.

2
Dalam app Moomoo

Tekan Create Plan dan isi empat medan

Skrin Create Plan ada empat medan sahaja:

Paying Account — akaun mana yang akan membayar. Kalau anda ada lebih daripada satu, pilih yang betul.

Stock Symbol — saham atau ETF yang anda mahu beli berulang kali. Taip kodnya.

Investment Amount — jumlah setiap belian, dalam USD. Minimum rasmi 1.00 USD, tapi jangan terlalu kecil, sebab setiap belian kena yuran (lihat yuran setiap belian RSP di bawah). Di bawahnya app tunjuk Maximum Buying Pwr dan Cash Buying Power anda.

Frequency — kekerapan. Pilihan rasmi: harian, mingguan, dua minggu sekali, atau bulanan (tarikh 31 tak boleh dipilih). Bulanan paling biasa dan paling sepadan dengan kitaran gaji.

Di bawah sekali ada kotak semak perjanjian, dan butang Buy untuk mengaktifkan plan.

  1. Akaun
  2. Simbol
  3. Jumlah
  4. Kekerapan
Empat medan. Minimum 1.00 USD setiap belian.

Pastikan ada baki tunai yang mencukupi dalam akaun anda pada tarikh pelaksanaan. Kalau baki tak cukup, belian tu mungkin terlepas — dan RSP yang terlepas beberapa bulan berturut-turut mengalahkan tujuan asalnya.

RSP beli pukul berapa, dan pada harga apa?

Ikut halaman bantuan rasmi Moomoo, pada hari belian sistem hantar market order lebih kurang 10:30 pagi waktu New York. Dalam waktu Malaysia, itu lebih kurang 10:30 malam (sampai 31 Okt 2026) atau 11:30 malam (mulai 2 Nov 2026). Sebab order tu market order, harga yang anda dapat ialah harga pasaran masa order tu dipenuhi, bukan harga yang anda tetapkan. Contoh sebenar dalam akaun Daus: RSP VOO USD25 pada 5 Okt 2026 dapat 0.0352 unit pada harga purata USD709.48.

3
Dalam app Moomoo

Semak plan anda dalam My Investments

Selepas plan aktif, ia muncul dalam tab My Investments di bahagian atas halaman RSP — sebelah tab Overview.

Di situ anda boleh:

  • Tengok setiap plan yang sedang berjalan
  • Suspend — jeda plan buat sementara tanpa membatalkannya
  • Edit — ubah jumlah atau kekerapan
  • Stop — hentikan plan sepenuhnya

Ketiga-tiganya ada dalam butang Manage bila anda buka satu plan. Skrin demi skrin ada dalam bahagian Stop RSP, atau tukar ke aset lain di bawah.

Guna Suspend kalau aliran tunai anda ketat buat sebulan dua. Ia lebih baik daripada membatalkan terus, sebab membatalkan bermakna anda kena set semula dari awal — dan dalam pengalaman, orang yang membatalkan jarang set semula.

Cara semak RSP anda betul-betul berjalan

Buka Accounts → All → Trade → Order History. Setiap belian RSP yang berjaya muncul di situ dengan lencana biru bertulis RSP di sebelah perkataan Buy.

Screenshot di bawah menunjukkan rekod sebenar: belian RSP berulang untuk tiga aset berbeza, jumlah yang sama setiap kali, pada tarikh yang berulang. Itulah rupa RSP yang berfungsi.

Perhatikan juga satu lagi lencana: DRIP — itu Dividend Reinvestment Plan, iaitu dividen yang diterima dilaburkan semula secara automatik ke dalam saham yang sama. Ia fungsi berasingan daripada RSP, dan boleh dihidupkan melalui Accounts → All → Trade → Dividend Reinvestment.

  1. Lencana RSP
  2. DRIP = dividen dilabur semula
Lencana RSP dan DRIP — bukti belian automatik berjalan.
  1. My Investments
Tab My Investments — semua plan anda di situ.

Yuran setiap belian RSP

Setiap belian RSP ialah satu order biasa, jadi setiap belian kena yuran. Yuran tu dicaj di atas jumlah RSP anda, bukan diambil daripadanya.

Yuran setiap order saham US

Order bawah 1 unit (fractional, termasuk kebanyakan belian RSP kecil): platform fee 0.99% daripada nilai order, maksimum USD0.99, tanpa komisen. Order 1 unit ke atas: platform fee USD0.99 setiap order (komisen 0.03% ditanggung voucher 0 komisen user baru). Setiap order juga kena duti setem Malaysia RM1 bagi setiap RM1,000 atau sebahagiannya (lebih kurang USD0.24).

Contoh sebenar dari akaun Daus: belian VOO USD25 kena platform fee USD0.25 + duti setem USD0.24 = USD0.49 (lebih kurang 2%). Jadual penuh: yuran Moomoo.

Masalahnya pada duti setem, lebih kurang USD0.24 setiap order, tak kira kecil mana order tu. Pada belian yang sangat kecil, duti setem tu makan peratus yang besar:

Jumlah setiap belian RSP Platform fee (0.99%) Duti setem Jumlah yuran Peratus hilang
USD1 USD0.01 ≈USD0.24 ≈USD0.25 ≈25%
USD10 USD0.10 ≈USD0.24 ≈USD0.34 ≈3.4%
USD25 USD0.25 ≈USD0.24 ≈USD0.49 ≈2%
USD50 USD0.50 ≈USD0.24 ≈USD0.74 ≈1.5%
USD100 USD0.99 ≈USD0.24 ≈USD1.23 ≈1.2%

Kiraan untuk order bawah 1 unit, kadar rujukan app 6 Okt 2026. Angka USD25 tu bukti sebenar dari Fee Details akaun Daus.

Jadi RSP USD1 memang boleh diset, tapi lebih kurang suku daripada setiap belian hilang kepada yuran. Cadangan Daus: buat setiap belian sekurang-kurangnya USD25 (lebih kurang RM100) supaya yuran sekitar 2% atau kurang, dan pilih kekerapan yang lebih jarang (contohnya bulanan berbanding harian) kalau jumlah anda kecil. RSP yang gagal sebab tunai tak cukup tak dikenakan caj.

Stop RSP, atau tukar ke aset lain

Ada masa anda nak berhenti, atau nak alih belian bulanan ke saham, ETF atau dana lain. Moomoo tak ada butang “tukar aset” dalam plan sedia ada, jadi caranya ialah Stop plan lama, kemudian Create Plan baru. Empat skrin di bawah tunjuk jalannya.

4
RSP → My Investments

Buka plan yang anda nak ubah

Dalam tab My Investments, setiap plan ada kad sendiri dengan status Effective, jumlah yang dah dilaburkan, dan kekerapan (contohnya Weekly Mon).

Tekan kad plan yang anda nak ubah.

Screenshot ni dari akaun Daus sendiri. Daus ada lima RSP mingguan USD25 untuk saham dan ETF US. Setiap belian USD25 tu kena yuran lebih kurang 2%, jadi kalau jumlah anda lebih kecil, pilih bulanan, bukan mingguan. Nombor dalam akaun dikaburkan.

  1. Kad plan
Setiap kad = satu plan. Tekan yang anda nak ubah.
5
Skrin Details

Tekan Manage

Skrin Details tunjuk jumlah setiap belian, kekerapan, tarikh belian seterusnya (Next Investment), dan sejarah setiap belian dalam RSP History.

Butang Manage ada di bahagian bawah skrin.

  1. Manage
Next Investment = bila belian seterusnya berlaku.
6
Menu Manage

Pilih Edit, Suspend atau Stop

Tiga pilihan keluar:

  • Edit — ubah jumlah atau kekerapan. Aset tak boleh ditukar di sini.
  • Suspend — jeda plan buat sementara. Plan kekal, dan boleh disambung semula.
  • Stop — hentikan plan terus. Tiada belian lagi selepas ini.

Moomoo tak kenakan apa-apa caj untuk stop RSP. Kalau anda buat perubahan sebelum pukul 9:00 pagi waktu New York pada hari belian, ia berkuat kuasa hari tu juga. Lepas waktu tu, ia berkuat kuasa pada belian seterusnya.

  1. Tiga pilihan
Suspend = jeda. Stop = berhenti terus.
7
Skrin Edit

Kenapa tak boleh tukar aset dalam Edit

Dalam skrin Edit, medan Stock Symbol berwarna kelabu. Maknanya anda boleh ubah jumlah dan kekerapan sahaja, bukan saham atau ETF yang dibeli.

Jadi untuk tukar aset: Stop plan lama, kemudian tekan Create Plan di halaman RSP dan pilih aset baru. Cara buat plan baru sama macam langkah 2 di atas.

Perhatikan dua baris di bawah jumlah: Maximum Buying Pwr dan Cash Buying Power. Angka pertama termasuk pinjaman margin. Angka kedua ialah tunai sebenar anda. Bahagian seterusnya terang kenapa beza dua angka ni penting.

  1. Tak boleh tukar
  2. Buying power
Stock Symbol kelabu = aset tak boleh ditukar.

Apa jadi pada unit yang RSP dah beli?

Unit tu kekal dalam akaun anda. Setiap belian RSP ialah order beli biasa, jadi saham atau unit yang dah dibeli duduk dalam pegangan anda macam saham lain. Stop plan hanya hentikan belian akan datang. Ia tak jual apa-apa.

Maksudnya, tukar RSP tak bermaksud anda kena jual yang lama. Ramai terus jual pegangan lama sebab ingat kena “pindah” ke aset baru. Sebenarnya anda boleh biar pegangan lama duduk di situ, dan plan baru mula kumpul aset baru dari bulan depan.

Kalau anda memang nak jual pegangan lama dan guna duitnya untuk aset baru, fikir tiga benda dulu:

  • Yuran jual. Jual saham atau ETF kena yuran dagangan biasa, sama macam jual saham lain. Unit trust (MYR Funds) dalam Moomoo pula kebanyakannya tiada yuran redeem, tapi semak tab Rules dana tu. Panduan: cara jual saham dan cara jual unit trust.
  • Masa duit sampai. Duit jualan saham kena tunggu T+2 hari bekerja sebelum boleh guna untuk beli aset lain atau withdraw. Unit trust pula ambil beberapa hari bekerja sebelum duit masuk akaun.
  • Untung rugi jadi nyata. Kalau pegangan tu tengah rugi, jual sekarang kunci kerugian tu. Kalau tengah untung, jual sekarang ambil untung tu. Dua-dua keputusan anda sendiri, cuma buat dengan sedar.

Plan juga akan berhenti sendiri kalau belian gagal tiga kali berturut-turut sebab buying power tak cukup. Kalau RSP anda tiba-tiba hilang status Effective, semak baki tunai dulu.

Saya dah ada saham tu (beli sendiri tanpa RSP). Kalau set RSP, unit campur ke?

Ya, campur. Unit yang RSP beli masuk ke pegangan yang sama dalam Positions, dan harga purata dikira semula termasuk belian baru. Unit lama yang anda beli sendiri kekal macam biasa; set RSP tak jual atau ubah apa-apa pada unit tu.

Saham Bursa boleh set RSP tak?

Halaman bantuan rasmi Moomoo Malaysia yang Daus jumpa hanya terangkan RSP untuk saham dan ETF Amerika, jadi Daus tak boleh janji untuk saham Bursa. Cara paling cepat semak sendiri: buka halaman saham tu, tekan ⋯ di bar bawah. Kalau ada pilihan RSP dalam menu tu, saham tu boleh di-RSP. Kalau tiada, belian bulanan kena buat sendiri, contohnya sebulan sekali pada hari gaji.

Kenapa saya rugi setiap bulan walaupun rajin beli jual?

RSP dibina untuk beli dan pegang, bukan beli jual setiap bulan. Kalau anda beli kemudian jual dalam masa singkat, setiap pusingan kena yuran dua kali dan anda selalunya jual masa harga tengah turun. Beza pendekatan ni diterangkan dalam trading vs labur jangka panjang.

Topup untuk RSP saham US: kenapa tak boleh tukar RM ke USD dulu

Ini soalan yang Daus dapat berulang kali: “Saya nak tukar RM ke USD untuk RSP minggu depan, tapi skrin Exchange tulis 0.00. Kenapa?”

Buka Accounts → Exchange, dan anda mungkin nampak Exchangeable Amount: 0.00 MYR, walaupun baki ringgit anda ada ribuan. Duit anda tak hilang. Ia tetap ada dan tetap boleh dikeluarkan.

Sebabnya peraturan pertukaran asing Bank Negara Malaysia, dan Moomoo tulis terus dalam Tips nombor 2 di skrin tu: ringgit hanya boleh ditukar ke mata wang asing selepas ada order beli yang dah dipenuhi (filled) dalam mata wang tu, dan setakat jumlah order tu sahaja. Tiada order beli US yang filled, jadi jumlah yang boleh ditukar ialah sifar.

  1. Bukan baki anda
  2. Peraturan
0.00 sebab belum ada order beli US yang filled.
Tekan ikon ⓘ: had FEP dan kitaran settlement.

Cara yang betul untuk RSP saham US

  1. Tak perlu tukar apa-apa. Pastikan ada tunai yang cukup dalam akaun sebelum tarikh RSP. Kalau tunai USD tak ada atau tak cukup, Moomoo guna tunai ringgit anda dan tukar masa settlement.
  2. Letak sedikit lebihan. Harga dan kadar tukaran bergerak, dan yuran dagangan dicaj berasingan daripada jumlah RSP. Lebihan kecil elak belian gagal.
  3. Elak jadi margin. Moomoo tulis yang kalau buying power tak cukup pada tarikh belian, pembiayaan margin akan digunakan kalau akaun anda ada margin. Itu pinjaman, dan ia ada faedah. Sebab tu beza antara Maximum Buying Pwr dan Cash Buying Power dalam langkah 7 penting. Kalau tunai tak cukup dan akaun tak ada margin pula, belian tu gagal.
Jangan harap Cash Plus tampung RSP

Kalau duit anda duduk dalam Cash Plus, duit tu tak dikira sebagai tunai untuk beli saham melainkan akaun anda ada margin dan SmartSave-Sell aktif. Kalau anda simpan duit untuk RSP, biar duit tu kekal sebagai tunai biasa. Penerangan penuh ada dalam tutorial Cash Plus.

Tarikh yang praktikal

Set tarikh RSP anda beberapa hari selepas gaji masuk. Dengan cara ni duit dilaburkan sebelum ia sempat dibelanjakan untuk benda lain — dan anda tak akan terjumpa baki tak cukup pada hari pelaksanaan.

Berapa jumlah yang sesuai

Prinsip yang Daus pegang: jumlah yang anda boleh teruskan selama 24 bulan tanpa rasa tercekik.

Ni untuk tambahan bulanan selepas anda dah mula dengan deposit pertama (Daus cadang RM1,000). RM100 sebulan yang anda kekalkan dua tahun jauh lebih baik daripada RM1,000 sebulan yang anda berhenti selepas tiga bulan sebab terlalu berat. Konsistensi lebih bernilai daripada saiz, terutamanya di peringkat awal.

Cuma ingat yuran setiap belian (jadual yuran setiap belian RSP di atas). RM100 sebulan dalam satu belian bulanan (lebih kurang USD24) kena yuran sekitar 2%. Pecahkan RM100 tu jadi empat belian mingguan, dan peratus yuran naik hampir dua kali ganda. Jadi kalau jumlah anda kecil, bulanan lebih cekap. Naikkan jumlah bila pendapatan anda naik.

Bila RSP mungkin bukan pilihan terbaik

Daus kena jujur — RSP bukan untuk semua situasi:

Kalau anda masih ada hutang berfaedah tinggi. Kad kredit atau personal loan dengan kadar faedah tinggi hampir pasti membebankan lebih daripada pulangan pelaburan purata. Selesaikan tu dulu.

Kalau anda belum ada dana kecemasan. Duit yang dilaburkan bukan duit cair. Kalau kereta rosak dan anda terpaksa jual pelaburan pada masa yang salah, anda kunci kerugian.

Kalau anda belum tahu apa yang anda beli. Automasi memperkuat keputusan anda — baik atau buruk. Faham dulu apa yang anda laburkan, baru automasikan.

Semak semula, jangan lupakan terus

Automatik bukan bermakna abaikan selamanya. Tetapkan peringatan untuk semak setiap 6 bulan:

  • Adakah jumlah tu masih sesuai dengan pendapatan anda sekarang?
  • Adakah aset yang anda pilih masih sesuai dengan matlamat anda?
  • Ada baki tunai yang mencukupi untuk beberapa kitaran akan datang?

Itu sahaja. Lima minit dua kali setahun.

Duit yang menunggu untuk dilaburkan

Macam dalam kotak amaran di bahagian topup tadi: duit untuk RSP bulan-bulan akan datang, biar kekal sebagai tunai biasa, bukan dalam Cash Plus. Baca tutorial Cash Plus sebelum aktifkan SmartSave.

Belum ada akaun Moomoo?

Bila dah ada RM1,000 sedia: daftar guna link Daus, masukkan kod DAUSDK37 dalam "Special Deposit" SEBELUM deposit pertama, deposit RM1,000 dalam 30 hari selepas daftar, tekan Claim sendiri, dan kekalkan deposit 60 hari. Lebih kurang RM150 untuk deposit RM1,000, sehingga RM1,500 untuk deposit lebih besar.

Daftar Moomoo & Claim Reward

Daus ialah Marketing Representative rasmi Moomoo Malaysia dan dapat komisen bila anda daftar & deposit. Tiada kos tambahan pada anda.

Tanya Daus