Baca skrin akaun Moomoo — Total Assets, Net Assets, Total Cash, Withdrawable dan Cash BP
Maksud setiap nombor dalam tab Accounts Moomoo, dalam bahasa mudah. Kenapa Total Assets lain dari Net Assets, mana baki duit yang belum guna, kenapa Withdrawable kurang dari Total Cash, apa maksud Today's P/L dan Position P/L, dan tanda akaun anda sedang berhutang margin.
“Daus, mana nak tengok duit saya yang belum guna? Kenapa nombor atas lain, nombor bawah lain?”
Soalan ni antara yang paling kerap masuk. Tab Accounts dalam Moomoo penuh dengan nombor, dan beberapa nombor tu nampak macam sama tapi maksudnya lain. Halaman ni terang setiap satu, guna skrin akaun Daus sendiri. Nombor dalam akaun Daus dikaburkan, tapi kedudukan setiap baris sama macam dalam akaun anda.
Tak suka baca? Tengok video pendek ni
Tak suka baca? Tengok video pendek ni
Mula di sini: tab Accounts → Assets → Securities
Buka tab Accounts di bar bawah. Di bawah nama akaun (Universal Account) ada empat tab kecil: Assets · Orders · History · Transfers. Pastikan anda di Assets, kemudian pilih Securities (bukan Funds).
- Total Assets — semua sekali
- Net Assets — bahagian saham sahaja
- Market Value · Position P/L · Today's P/L
- Total Cash · Withdrawable · Funds on Hold
- Tunai ikut mata wang (MYR, USD)
Total Assets dan Net Assets: kenapa nombornya lain
Total Assets (nombor besar di atas) ialah nilai semua sekali dalam akaun anda: saham, tunai, dan dana unit trust dalam tab Funds, contohnya Cash Plus.
Net Assets dalam tab Securities pula hanya bahagian saham dan tunai. Dana dalam tab Funds tak dikira di sini.
Jadi kalau anda ada duit dalam Cash Plus, Total Assets akan nampak lebih besar daripada Net Assets. Itu normal. Dalam akaun Daus contohnya, beza besar antara dua nombor tu ialah duit dalam tab Funds. Tekan Funds di sebelah Securities untuk tengok bahagian tu.
Baca panel Securities, satu baris demi satu baris
Net Assets — nilai bersih bahagian saham anda: nilai semua saham yang dipegang campur tunai. Kalau anda berhutang margin, hutang tu ditolak, jadi Net Assets jadi kurang daripada Market Value.
Market Value — nilai semasa semua saham dan ETF yang anda pegang, ikut harga sekarang.
Position P/L — untung atau rugi atas semua pegangan semasa, berbanding harga anda beli. Hijau untung, merah rugi (ikut tetapan warna app anda). Ini belum untung sebenar selagi anda belum jual.
Today’s P/L — berapa nilai pegangan anda berubah hari ni sahaja berbanding tutup semalam. Rekod untung rugi setiap hari ada dalam P/L Calendar (lihat bahagian di bawah).
Total Cash — tunai dalam akaun anda, semua mata wang digabung dan ditukar ke ringgit untuk paparan. Kalau nombor ni negatif, maknanya anda sedang berhutang.
Withdrawable — tunai yang dah selesai settlement dan boleh dikeluarkan terus ke bank. Ini penerangan dalam app sendiri (tekan perkataan Withdrawable): “funds that have completed exchange settlement and can be withdrawn directly to bank accounts.”
Funds on Hold — duit yang sedang ditahan, contohnya untuk order yang masih terbuka.
Baris Currency/Cash (tekan anak panah kecil di bawah panel kalau tak nampak) — pecahan tunai ikut mata wang. Lajur Cash BP (Cash Buying Power) ialah tunai yang boleh anda guna untuk beli tanpa meminjam.
Lihat Total Cash untuk jumlah tunai, Cash BP untuk berapa boleh beli tanpa pinjam, dan Withdrawable untuk berapa boleh dikeluarkan ke bank hari ni.
Tekan anak panah di Net Assets untuk butiran penuh
Tekan › di sebelah Net Assets. Satu halaman butiran keluar dengan empat bahagian:
- Assets — Market Value, Assets in Transit (aset yang sedang dalam proses, contohnya pindahan atau settlement) dan Funds on Hold.
- Cash Details — tunai ikut setiap mata wang: MYR, USD, SGD, HKD, CNH.
- Cash Withdrawable — berapa boleh dikeluarkan, ikut mata wang.
- Buying Power — kuasa beli ikut mata wang.
- Assets
- Cash Details ikut mata wang
- Buying Power
Ikut penerangan Help Center dalam app (tekan ⓘ sebelah Buying Power), Maximum Buying Power ialah jumlah maksimum yang boleh diguna untuk berdagang dengan andaian keperluan margin paling rendah. Maksudnya ia termasuk duit yang boleh dipinjam. Kalau anda tak nak meminjam, rujuk Cash BP, bukan Buying Power maksimum.
Kenapa Withdrawable kurang dari Total Cash?
Ini yang paling buat orang risau. Biasanya sebab salah satu daripada ni:
- Duit jualan belum settle. Lepas jual, Total Cash naik serta-merta, tapi duit tu hanya boleh dikeluarkan lepas settlement.
- Deposit belum siap diproses, contohnya akaun baru yang belum lulus.
- Ada order yang masih terbuka dan tahan sebahagian duit (Funds on Hold).
- SmartSave aktif. Tunai ringgit dibeli masuk Cash Plus secara automatik setiap pagi hari bekerja, jadi ia pindah ke tab Funds. Untuk keluarkan, redeem Cash Plus dulu. Caranya ada dalam tutorial jual unit trust.
- Akaun berhutang margin. Kalau Total Cash negatif, biasanya Withdrawable jadi 0 sampai hutang dilangsaikan.
Lepas jual, tunggu T+2 hari bekerja sebelum duit tu boleh guna untuk beli saham lain atau withdraw ke bank. Total Cash mungkin naik serta-merta, tapi Cash BP dan Withdrawable hanya naik lepas settlement. (Rasmi: Bursa settle T+2, saham US T+1 di Amerika; ikut beza waktu, duit jualan US biasanya sedia T+2 hari kita.)
Tanda akaun anda sedang guna margin (berhutang)
Margin ialah pinjaman. Dalam Moomoo, margin hidup secara default, dan ia dipakai sendiri bila order anda lebih besar dari tunai. Ramai beginner tak sedar mereka dah meminjam sampai nampak nombor pelik dalam skrin ni. Tanda-tandanya:
- Total Cash negatif, contohnya −1,185.00 MYR.
- Dalam baris Currency/Cash, baris USD warna merah atau negatif.
- Market Value lebih besar dari Net Assets.
- Sesetengah akaun yang sedang guna margin nampak label seperti On Margin atau Risk Status dekat Net Assets.
Hutang ni ada faedah 6.8% setahun, dikira setiap hari. Cara langsai dan cara tutup margin ada dalam tutorial margin.
“Baru beli saham US guna ringgit, baris USD terus jadi negatif. Saya dah berhutang ke?”
Belum tentu. Ini kes yang paling ramai risau.
Bila anda beli saham US, order tu dalam USD, tapi akaun anda pegang ringgit. Moomoo tak tukar ringgit anda masa order Filled. Ringgit ditukar ke USD masa settlement. Jadi dalam tempoh antara order Filled dan settlement, baris USD boleh nampak negatif (contohnya −445 USD), sementara baris MYR masih tunjuk ringgit anda yang belum ditukar.
Cara bezakan “menunggu tukar” dengan “betul-betul berhutang”:
- Tengok Total Cash (semua mata wang digabung). Kalau ia masih positif, ringgit anda cukup untuk tampung belian tu.
- Semak Due dalam Margin Settings (Me → Settings → Accounts → tab Positions → Margin Settings). Kalau tertulis Due 0.00 MYR, anda tiada hutang.
- Tunggu settlement, biasanya dalam 2 hari bekerja. Lepas tu baris USD kembali sifar atau positif, dan baris MYR berkurang ikut jumlah yang ditukar.
Kalau Total Cash keseluruhan negatif, atau Due bukan 0.00, itu barulah margin. Ingat juga, anda tak boleh tukar ringgit ke USD sendiri sebelum beli. Sebab tu skrin Exchange tunjuk Exchangeable Amount 0.00 walaupun ada ringgit. Itu normal, dan sebabnya diterang dalam borang FEP dan Exchangeable 0.00.
“Saham naik hijau dalam watchlist, tapi P/L saya merah?”
Peratus dalam watchlist ialah perubahan harga saham tu hari ni. P/L anda pula ikut harga anda beli. Kalau anda beli masa harga tinggi, saham tu boleh naik hari ni tapi anda masih rugi keseluruhan. Dua-dua betul, cuma mengukur benda berbeza.
Untuk tengok untung datang dari saham mana, scroll ke bawah ke senarai Positions. Setiap baris tunjuk nilai pasaran, kos, dan untung rugi saham tu sendiri. Penerangan penuh tentang apa yang berlaku selepas beli ada dalam tutorial lepas beli saham pertama.
Rekod untung rugi harian dan bulanan (P/L Calendar)
Nak tahu untung atau rugi anda setiap hari, minggu atau bulan? Dalam tab Accounts, tekan Assets Analysis di kanan atas, sebelah nombor Total Assets. Halaman My Assets terbuka. Scroll ke bawah, ada tiga bahagian:
- Trend Analysis — prestasi akaun anda dibanding indeks seperti S&P 500, NASDAQ dan KLSE. Pilih tempoh 1W, 1M atau YTD.
- Assets Trend — graf Net Assets dari masa ke masa, dan Daily Returns (untung atau rugi hari tu).
- P/L Calendar — kalendar untung rugi setiap hari dalam peratus. Tukar antara Monthly dan Year.
- Assets Trend
- Untung rugi setiap hari
Kalau bulan demi bulan lebih banyak hari merah sebab anda kerap beli jual, baca trading harian vs labur lama.
Rekod duit masuk dan keluar
Nak semak deposit dah masuk ke belum? Pergi Accounts → Transfers. Di bahagian bawah ada History dengan dua tab, Deposit dan Withdrawal, yang senaraikan setiap transaksi dengan tarikh dan status.
- Deposit, Withdraw, Exchange dan lain-lain
- History deposit & withdraw
Kandungan ini perkongsian pendidikan, bukan nasihat kewangan.
Masih tersangkut? WhatsApp Daus.
Hantar screenshot skrin yang anda nampak. Daus bantu baca dan beritahu langkah seterusnya, percuma. Daus tak akan minta kata laluan, OTP atau PIN.
WhatsApp Daus: +60 11-2344 3917