Paper trading Moomoo — praktis beli saham tanpa duit betul (bergambar)

Cara buka dan guna Paper Trade dalam Moomoo — RM1 juta duit mainan (akaun MY) atau USD1 juta (akaun US), harga pasaran sebenar, skrin order yang sama persis. Panduan skrin demi skrin untuk beginner.

📂 Beli Saham⏱️ Baca 8 minit🎬 Ada video
Nak cuba tekan sendiri dulu?Simulator 6 tekanan guna skrin app sebenar. Salah pun tak apa, tiada duit bergerak.

🎬 Tonton video penuh

Video: Tutorial Paper Trade Moomoo — dari channel YouTube DausDK. Klik untuk main terus di sini.

📖 Atau baca step-by-step

Kalau ada satu fungsi dalam Moomoo yang setiap beginner patut guna sebelum masuk duit betul, ini dia.

Paper Trade bagi anda duit mainan, RM1 juta untuk akaun latihan MY dan USD1 juta untuk akaun latihan US, untuk beli dan jual saham menggunakan harga pasaran sebenar. Setiap butang berfungsi macam sebenar — skrin order sama persis, jenis order sama, mesej amaran sama. Cuma untung dan rugi tu tak wujud.

Anda boleh silap sebanyak mana pun. Kosnya sifar.

Dan masa paling sesuai nak guna Paper Trade ialah masa akaun sebenar anda masih menunggu kelulusan (biasanya 1 hingga 3 hari bekerja). Paper Trade dah boleh dibuka masa tu, jadi anda tak perlu duduk diam tunggu.

Tak suka baca? Tengok video pendek ni

Paper TradeVideo 37 saat · ada suara dan sari kata
Cuba beli & batalVideo 40 saat · ada suara dan sari kata

Kenapa ini penting untuk beginner

Kebanyakan kerugian pertama orang baru bukan sebab pilih saham yang salah. Ia sebab silap operasi:

  • Tersilap pilih Market sedangkan niat nak Limit, dan dapat harga yang jauh berbeza
  • Salah letak kuantiti — sepatutnya 100 unit, tertaip 1,000
  • Tak faham konsep lot, ingat boleh beli 1 unit sedangkan minimum 100
  • Tersalah beli warrant sedangkan niat nak beli saham
  • Panik sebab tak jumpa cara batalkan order yang belum dipenuhi

Semua ni benda yang anda patut silap — sekali sahaja, dalam persekitaran yang tak makan duit anda.


Cara buka Paper Trade

1
Dalam app Moomoo

Pergi ke tab Discover

Paper Trade bukan dalam tab Accounts, dan itulah sebab ramai orang tak jumpa.

Tekan tab Discover di bahagian bawah skrin (ikon kompas). Halaman Discover ialah satu senarai panjang, bukan baris ikon. Skrol sikit dan cari baris Papertrade, betul-betul di bawah baris Wealth dan di atas Chats.

Kalau anda tak nampak, guna carian: tekan kaca pembesar di atas dan taip papertrade.

  1. Discover
  2. Papertrade
Tab Discover → baris Papertrade (bawah Wealth).
2
Dalam Paper Trade

Pilih pasaran yang anda nak latih

Di bahagian atas ada empat tab: US · MY · HK · Competition.

Setiap pasaran ada akaun latihan sendiri dengan baki sendiri:

  • MY — Malaysia Stock Paper Trading, RM1,000,000
  • US — US Margin Account, USD1,000,000
  • HK — HK Stock Paper Trading

Untuk belajar peraturan Bursa Malaysia (lot 100 unit, odd lot, waktu dagangan), pilih MY.

Anda boleh tukar antara akaun bila-bila masa melalui dropdown nama akaun di bahagian atas.

  1. Malaysia
Tiga akaun latihan berasingan: US · MY · HK.
3
Dalam Paper Trade

Kenal skrin utama Paper Trade

Skrin utama tunjuk:

  • Net Assets — baki duit mainan anda. Bermula pada RM1,000,000.
  • Reset — butang kecil sebelah Net Assets. Ia set semula akaun latihan kembali ke sejuta dan kosongkan semua posisi. Guna bila anda nak mula sesi latihan baru yang bersih.
  • Today’s P/L — untung rugi hari ni.
  • Portfolio › — buka pandangan penuh aset, sejarah, dan prestasi.
  • Paper Trade (butang putih besar) — buka pemilih saham untuk mula order.
  • Step up to real trading now — pintasan ke akaun sebenar. Abaikan dulu.
  • Heat List / Top Gainers — senarai saham dengan butang Paper Trade sebelah setiap satu.
  1. Baki + butang Reset
  2. Tekan Paper Trade sebelah saham
Skrin utama. RM1,000,000 duit mainan.
4
Dalam Paper Trade

Pilih saham untuk dilatih

Dua cara:

Cara pertama — tekan butang Paper Trade di sebelah mana-mana saham dalam Heat List. Terus masuk skrin order.

Cara kedua — tekan butang putih Paper Trade di tengah, dan satu pemilih saham terbuka dengan kotak carian. Taip nama atau kod saham.

Untuk latihan pertama, pilih saham yang aktif diniagakan seperti MAYBANK (1155) atau RHBBANK (1066). Saham aktif ada banyak pembeli dan penjual, jadi order anda berkelakuan macam yang anda jangka.

  1. Terus masuk order
Butang Paper Trade sebelah setiap saham
  1. Cari
Atau cari sendiri dengan kotak carian

Skrin order — sama persis dengan yang sebenar

Inilah nilai sebenar Paper Trade. Skrin ni tiada bezanya dengan skrin duit sebenar: medan yang sama, jenis order yang sama, amaran yang sama.

Skrin order dalam Paper Trade
Semua medan sama macam akaun sebenar
Limit dan Market, sama juga
Amaran odd lot pun sama

Penerangan penuh setiap medan — Bid/Ask, Direction, Order Type, Price, Quantity, dan butang hantar — ada dalam tutorial beli saham pertama. Baca sekali sambil buka Paper Trade di telefon, dan tekan setiap benda sambil baca.

Pintasan: buka Paper Trade terus dari mana-mana saham

Anda tak perlu balik ke tab Discover setiap kali. Pada mana-mana halaman saham, tekan ikon ⋯ di penjuru kanan bawah, dan satu menu naik dengan lapan pintasan:

Compare · Papertrade · RSP · Notes · Add to · Favorites · Remarks · Settings

Tekan Papertrade, dan anda terus masuk skrin order latihan untuk saham tersebut. Ini cara paling cepat untuk mencuba sesuatu yang anda baru jumpa tanpa mempertaruhkan duit.

Menu yang sama juga ada pintasan RSP — berguna kalau anda nak set pelaburan berkala untuk saham yang sedang anda lihat.

  1. Papertrade
  2. RSP
Tekan ⋯ pada halaman saham → Papertrade.
Beza Paper Trade dengan akaun sebenar

Dua beza yang anda kena ingat. Pertama, akaun sebenar akan minta trading password sebelum membuka skrin order, tapi Paper Trade tak minta sebab tiada duit sebenar untuk dilindungi. Kedua, Paper Trade tak tolak yuran, jadi untung atau rugi latihan anda nampak lebih cantik daripada yang sebenar (lihat bahagian yuran di bawah). Selain dua tu, skrin dan butangnya sama.


Sepuluh latihan yang patut anda buat

Jangan main-main sahaja. Buat sepuluh benda ni satu persatu, dan anda akan masuk pasaran sebenar dengan jauh lebih yakin:

  1. Beli 100 unit dengan limit order pada harga Bid semasa. Perhati sama ada ia dipenuhi atau tersangkut.
  2. Beli dengan market order. Bandingkan harga yang anda dapat dengan harga yang dipaparkan sebelum tu.
  3. Cuba taip 50 unit dan tekan Buy. Baca amaran odd lot yang keluar.
  4. Letak limit order jauh di bawah harga pasaran (contoh 10% lebih rendah). Ia takkan dipenuhi — itulah tujuannya. Anda akan nampak maksud status Working.
  5. Batalkan order tu. Tekan baris order dalam tab Open, kemudian tekan Cancel. Ini penting sebab ramai orang panik bila tak jumpa butang tu. Gambar langkah demi langkah ada dalam tutorial jual saham (langkah 6).
  6. Edit order yang belum dipenuhi. Ubah harga, hantar semula.
  7. Jual separuh kedudukan anda guna jalan pintas 1/2.
  8. Jual semua guna Max, dan tengok Sellable jadi 0.
  9. Cari satu saham dengan sengaja mencari warrantnya — taip nama syarikat dan perhati berapa banyak hasil yang bukan saham sebenar.
  10. Hantar satu order selepas pasaran tutup. Order tu takkan dipenuhi malam tu. Statusnya kekal Working dan beratur sampai sesi dagangan seterusnya dibuka. Kalau order tu jenis Day dan tak dipenuhi dalam hari dagangan tu, sistem batalkan sendiri pada penghujung hari.

Bila kesepuluh-sepuluh ni terasa membosankan, anda sedia untuk duit sebenar.


Order paper trade saya “loading” atau kekal Working. Kenapa?

Selalunya sebab pasaran sebenar tengah tutup. Paper Trade guna harga pasaran sebenar, jadi order latihan pun hanya dipenuhi bila pasaran buka, sama macam akaun betul.

  • Akaun latihan MY (saham Bursa): order hanya dipenuhi dalam waktu dagangan Bursa, iaitu sesi pagi dan sesi petang pada hari dagangan (jadual waktu). Order yang dihantar waktu malam atau hujung minggu akan beratur dulu.
  • Akaun latihan US: pasaran US buka waktu malam di Malaysia. Sampai 31 Okt 2026, 9:30 malam hingga 4 pagi; mulai 2 Nov 2026, 10:30 malam hingga 5 pagi. Sabtu malam dan Ahad malam tutup.

Kalau pasaran dah buka tapi order masih Working, semak harga limit anda. Limit beli yang lebih rendah daripada harga Ask semasa akan tunggu sampai harga pasaran turun ke situ. Itu sebenarnya pelajaran latihan nombor 4 di atas. Penerangan setiap status order ada dalam tutorial jenis order Moomoo.


Uji strategi jangka pendek tanpa duit betul

Boleh, dan Paper Trade memang tempat paling murah untuk uji. Tapi supaya ujian tu jujur dan bukan sekadar seronok tengok nombor hijau, buat tiga benda ni:

  1. Simpan jurnal setiap trade. Tulis harga masuk (entry), harga keluar (exit), dan sebab anda masuk dan keluar. Tulis sebab tu sebelum tekan Buy, bukan lepas, sebab lepas tengok keputusan otak kita pandai reka alasan.
  2. Kira win rate. Lepas 20 hingga 30 trade, kira berapa peratus yang untung, dan bandingkan purata untung dengan purata rugi. Win rate tinggi tak bermakna apa-apa kalau satu kali rugi dah padam lima kali untung.
  3. Tolak yuran sendiri. Paper Trade tak tunjuk kos sebenar. Jadi untuk setiap trade Bursa yang anda simulasi, tolak sendiri platform fee RM3, komisen 0.03% (bila voucher 0 komisen user baru dah tamat), clearing fee 0.03%, SST 8% atas yuran-yuran tu dan duti setem. Kira untuk beli dan jual. Strategi yang trade banyak kali dengan untung kecil selalunya terus jadi rugi bila yuran ditolak.

Kalau lepas sebulan jurnal anda masih rugi selepas tolak yuran, itu maklumat yang sangat berharga, dan anda dapat tanpa hilang sesen pun. Sebelum cuba trading jangka pendek dengan duit betul, baca dulu trading vs labur jangka panjang.


Tengok prestasi latihan anda

Tekan Portfolio › dari skrin utama, dan tiga tab terbuka:

  • Assets — apa yang anda pegang sekarang, nilai pasaran, dan untung rugi
  • History — setiap order yang anda pernah hantar, termasuk yang dibatalkan
  • Performance — carta prestasi akaun latihan anda dari masa ke masa

Tab History paling berguna untuk belajar. Selepas seminggu berlatih, buka dan tanya diri sendiri: berapa banyak order yang anda hantar? Kalau lebih daripada satu sehari, anda mungkin sedang belajar tabiat overtrading — dan lebih baik anda sedar sekarang semasa duit tu mainan.

  1. Tiga tab
Assets · History · Performance — tab History paling banyak mengajar.

Batasan yang anda kena tahu

Paper trading mengajar operasi dengan sempurna, tapi ia tak boleh ajar dua perkara:

1. Perasaan. Bila RM5,000 sebenar anda turun 15%, perut anda bertindak balas dengan cara yang tak berlaku langsung pada duit mainan. Tiada simulator boleh latih itu. Sebab tu belian sebenar pertama anda patut kecil — bukan untuk elak rugi, tapi untuk tengok macam mana anda bertindak balas.

2. Yuran. Paper Trade tak tolak komisen, platform fee, clearing fee, duti setem atau SST. Dalam dunia sebenar, setiap order saham Bursa kena platform fee RM3, komisen 0.03% (ditanggung voucher 0 komisen untuk user baru), clearing fee 0.03%, duti setem dan SST 8% atas yuran. Satu pusingan penuh (beli dan jual) pada saiz lebih kurang RM1,000 makan lebih kurang 1%. Ingat tu masa kira “untung” latihan anda, dan tengok jadual yuran penuh dengan contoh.

Jangan terlalu lama dalam mod latihan

Ada orang berlatih berbulan-bulan dan tak mula juga. Paper trading cuma jambatan, bukan destinasi. Bila anda dah buat sepuluh latihan di atas dan skrin order tu dah rasa membosankan, tetapkan tarikh untuk belian sebenar pertama anda — dan buat dengan jumlah kecil.


Bila dah sedia

Cadangan Daus: mula Moomoo bila ada RM1,000

Daus cadang deposit pertama RM1,000. Daftar sekarang pun boleh dan deposit bila duit dah ada, cuma reward new user perlukan RM1,000 tu masuk dalam 30 hari lepas daftar. Reward new user bermula pada RM1,000, dan setiap order ada yuran tetap (RM3 untuk saham Bursa), jadi kalau modal kecil, peratus yang hilang jadi besar. Secara teknikal Moomoo tiada deposit minimum. Ini cadangan Daus.

Belum cukup RM1,000? Daftar sekarang pun boleh. Akaun tetap boleh guna, dan Daus boleh teman dari awal. Cuma reward new user perlukan deposit pertama RM1,000 dalam 30 hari lepas daftar, sebab jam tu mula berjalan hari anda daftar. Kalau tak sempat kumpul dalam 30 hari, reward new user tu terlepas, tapi akaun anda kekal. Sambil kumpul, simpan duit dalam Versa Cash-i atau ShopeePay Money+, dan belajar guna Paper Trading atau simulator. (Daus juga ada kod rujukan Versa dan Money+.)

Baca tutorial beli saham pertama sekali lagi — kali ni dengan niat untuk buat betul-betul. Kemudian tutorial jual saham, sebab anda patut tahu jalan keluar sebelum masuk.

Dan mulakan dengan jumlah yang kalau ia jatuh separuh, anda masih boleh tidur malam.

Belum ada akaun Moomoo?

Bila dah ada RM1,000 sedia: daftar guna link Daus, masukkan kod DAUSDK37 dalam "Special Deposit" SEBELUM deposit pertama, deposit RM1,000 dalam 30 hari selepas daftar, tekan Claim sendiri, dan kekalkan deposit 60 hari. Lebih kurang RM150 untuk deposit RM1,000, sehingga RM1,500 untuk deposit lebih besar.

Daftar Moomoo & Claim Reward

Daus ialah Marketing Representative rasmi Moomoo Malaysia dan dapat komisen bila anda daftar & deposit. Tiada kos tambahan pada anda.

Tanya Daus