Yuran Moomoo — berapa sebenarnya kos setiap kali beli dan jual (Bursa & US)
Senarai penuh yuran Moomoo Malaysia untuk saham Bursa dan saham US, termasuk peraturan order fractional, contoh kiraan RM100 hingga RM1,000, faedah margin, cara semak yuran order anda sendiri dalam app, dan perbandingan jujur dengan FSMOne.
“Kena bayar apa-apa ke nak belajar dan mula labur?”
Jawapan pendek: belajar percuma, buka akaun percuma, masukkan duit percuma, keluarkan duit pun percuma. Yang ada kos ialah setiap kali anda beli atau jual. Kos tu kecil kalau order anda besar, tapi jadi besar dalam peratus kalau order anda kecil. Halaman ni senaraikan semuanya, dengan contoh kiraan sebenar, supaya anda tahu apa yang dipotong sebelum tekan Buy.
Semua angka di bawah diambil dari skrin My Fees dalam app Moomoo akaun Daus dan halaman bantuan rasmi Moomoo Malaysia, disemak pada 6 Oktober 2026. Moomoo boleh ubah yuran bila-bila masa, jadi semak semula dalam app sebelum buat order besar.
Tak suka baca? Tengok video pendek ni
Yang percuma
- Buka akaun dan buka akaun CDS untuk IPO (untuk user baru).
- Deposit guna FPX, GXBank atau bank transfer.
- Withdraw ke akaun bank Malaysia atas nama anda.
- Paper trading dan semua data, carta serta tool kaji saham dalam app.
- Bimbingan Daus dalam WhatsApp. Daus tak jual kelas.
Yuran saham Bursa Malaysia
| Item | Kadar | Siapa yang ambil |
|---|---|---|
| Komisen | 0.03% daripada nilai order | Moomoo (ditanggung voucher 0 komisen user baru selama 180 hari) |
| Platform fee | RM3 setiap order | Moomoo |
| Clearing fee | 0.03%, maksimum RM1,000 | Bursa Malaysia |
| Duti setem | RM1 bagi setiap RM1,000 (atau sebahagian), maksimum RM1,000. REIT, dan warrant (masa jual sahaja), maksimum RM200 | Kerajaan |
| ETF Bursa | Dikecualikan duti setem sampai 31 Dis 2028 | — |
| SST | 8% atas komisen + platform fee + clearing fee (sejak 1 Okt 2025) | Kerajaan |
Platform fee RM3 tu yang paling penting untuk modal kecil, sebab jumlahnya tetap. Order RM100 dan order RM10,000 kena RM3 yang sama. Ingat juga, saham Bursa dibeli dalam lot 100 unit, jadi order RM100 hanya boleh untuk saham berharga RM1.00 ke bawah (atau odd lot). Penerangan lot ada dalam tutorial beli saham pertama.
Contoh kiraan saham Bursa (dengan voucher 0 komisen)
| Nilai satu order | Jumlah yuran lebih kurang | Pecahan |
|---|---|---|
| RM100 | RM4.27 (4.3%) | Platform RM3 + clearing RM0.03 + duti setem RM1 + SST RM0.24 |
| RM300 | RM4.34 (1.4%) | Platform RM3 + clearing RM0.09 + duti setem RM1 + SST RM0.25 |
| RM1,000 | RM4.56 (0.5%) | Platform RM3 + clearing RM0.30 + duti setem RM1 + SST RM0.26 |
Itu untuk beli sahaja. Bila anda jual nanti, yuran yang hampir sama kena sekali lagi. Jadi beli RM100 lepas tu jual balik dah hilang lebih kurang 8.5% sebelum harga saham bergerak pun. Bila voucher 0 komisen tamat, tambah lagi 0.03% (contohnya RM0.30 untuk order RM1,000) campur SST atasnya.
Yuran saham dan ETF Amerika
Saham US ada dua jenis order dari segi yuran, dan bezanya besar.
| Item | Order bawah 1 unit (fractional) | Order 1 unit ke atas |
|---|---|---|
| Komisen | Tiada | 0.03% (ditanggung voucher 0 komisen user baru) |
| Platform fee | 0.99% daripada nilai order, maksimum USD0.99 | USD0.99 setiap order |
| Settlement fee | Tiada | USD0.003 setiap unit, maksimum 1% |
| SEC fee (masa jual sahaja) | Tiada | Sangat kecil, minimum USD0.01 |
| Yuran lain (CAT fee, yuran ADR) | — | Sangat kecil atau jarang berlaku |
| Duti setem Malaysia | RM1 bagi setiap RM1,000 (atau sebahagian), dicaj dalam USD | Sama |
Duti setem tu yang selalu orang terlepas. Ia kena pada setiap order, besar atau kecil. RM1 tu lebih kurang USD0.24.
Bukti dari akaun Daus
Ini belian RSP (auto-invest) sebenar Daus pada 5 Okt 2026: VOO bernilai USD25, dapat 0.0352 unit. Sebab order tu bawah 1 unit, platform fee cuma 0.99% (USD0.25), campur duti setem USD0.24. Jumlah USD0.49, lebih kurang 2% daripada USD25.
- Jumlah dan unit
- Fee Details
Contoh kiraan saham US
Kadar tukaran rujukan dalam app pada 6 Okt 2026: RM1 = USD0.2434, jadi USD1 lebih kurang RM4.11.
| Belian | Jumlah yuran lebih kurang | Pecahan |
|---|---|---|
| RM100 (≈USD24), order bawah 1 unit | ≈USD0.49 (≈2%) | Platform ≈USD0.25 + duti setem ≈USD0.24 |
| RM300 (≈USD73), order bawah 1 unit | ≈USD0.97 (≈1.3%) | Platform ≈USD0.73 + duti setem ≈USD0.24 |
| RM1,000 (≈USD243), contohnya VOO yang harganya ≈USD710, jadi bawah 1 unit | ≈USD1.23 (≈0.5%) | Platform USD0.99 (maksimum) + duti setem ≈USD0.24 |
| 3 unit SPUS (≈USD184, ≈RM756), order 1 unit ke atas | ≈USD1.24 (≈0.7%) | Platform USD0.99 + duti setem ≈USD0.24 + settlement ≈USD0.01 |
Sama macam Bursa, yuran kena sekali lagi bila anda jual. Dan RSP kecil yang kerap paling mahal: RSP USD1 kena duti setem lebih kurang USD0.24, iaitu hampir 25% daripada belian tu.
Voucher 180 hari untuk user baru hanya tanggung komisen. Platform fee, clearing fee, duti setem dan SST tetap kena. Jadi jangan percaya sesiapa yang kata “trade free dalam Moomoo”.
Kos lain yang bukan yuran order
Tukaran mata wang. Bila anda beli saham US guna ringgit, Moomoo tukar ringgit ke USD masa settlement. Tiada yuran tukaran yang disenaraikan berasingan, tapi kadar tukaran tu ada beza sikit daripada kadar pasaran. Kadar rujukan nampak dalam skrin Exchange.
Faedah margin 6.8% setahun. Kalau order anda lebih besar dari tunai, baki ditampung pinjaman ringgit, dan faedah dikira setiap hari. Ini kos paling senyap dan paling mahal kalau dibiar. Baca margin dalam Moomoo.
Cukai dividen US 30%. Bukan yuran Moomoo, tapi dividen dari saham dan ETF Amerika dipotong 30% sebelum masuk akaun anda, sebab Malaysia tiada perjanjian cukai dengan Amerika.
Margin hidup secara default. Kalau order lebih mahal dari tunai anda, Moomoo tampung bakinya dengan pinjaman ringgit pada kadar 6.8% setahun. Sebelum tekan Buy, semak Max Qty to Buy (Cash) — itu tunai sahaja. Max Qty to Buy tanpa "Cash" termasuk pinjaman. Cara semak dan tutup: margin dalam Moomoo.
Cara semak yuran sendiri dalam app
Ada tiga tempat, dan ketiga-tiganya patut anda tahu.
- Jadual yuran akaun anda: Accounts → All → bahagian Fee → My Fees. Tab ikut pasaran (US Stocks, Malaysian Stocks dan lain-lain), dan tab Margin Rate tunjuk kadar faedah.
- Kalkulator: di sebelah My Fees ada Calculator. Masukkan harga dan kuantiti untuk anggar yuran sebelum order.
- Yuran sebenar satu order: Accounts → History → tekan order → Details → scroll ke Fee Details.
- My Fees · Calculator
Moomoo atau FSMOne, mana lagi murah?
Ramai tanya ni, jadi Daus jawab jujur. Struktur yuran dua platform ni berbeza, jadi jawapannya ikut cara anda beli.
| Moomoo | FSMOne | |
|---|---|---|
| ETF US, satu order biasa | Bawah 1 unit: 0.99% (maks USD0.99). 1 unit ke atas: USD0.99 | USD3.80 rata setiap order |
| ETF US secara RSP bulanan | Sama macam order biasa | 0% yuran pemprosesan untuk ETF RSP (tertakluk terma FSMOne) |
| Saham Bursa | RM3 platform fee + 0.03% + yuran Bursa | 0.05%, minimum RM8.80 |
Ringkasnya, untuk order US satu-satu, Moomoo biasanya lebih murah sebab yurannya ikut nilai order dan ada had USD0.99. Untuk orang yang nak beli ETF US secara RSP bulanan sahaja, FSMOne ada tawaran 0% yuran pemprosesan yang patut anda semak sendiri di laman rasmi FSMOne. Yuran lain di FSMOne (contohnya tukaran mata wang) Daus belum semak, jadi bandingkan jumlah sebenar sebelum pilih. Daus sendiri guna Moomoo.
Nak banding dengan Webull, Rakuten Trade dan StashAway juga? Jadual penuh dengan sumber rasmi ada dalam Moomoo vs platform lain.
Cara kurangkan yuran
- Beli kurang kerap tapi lebih besar. Contohnya kumpul RM300 sebulan dan beli sekali, bukan RM100 seminggu.
- ETF Bursa tiada duti setem sampai 31 Dis 2028.
- Jangan guna margin tanpa sengaja. Semak Max Qty to Buy (Cash) sebelum tekan Buy.
- RSP jangan terlalu kecil. RSP USD1 hilang hampir satu perempat kepada duti setem.
- Jangan beli jual kerap. Setiap pusingan beli dan jual kena yuran dua kali.
Daus cadang buka akaun Moomoo bila dah ada RM1,000 sedia untuk deposit pertama. Reward new user bermula pada RM1,000, dan setiap order ada yuran tetap (RM3 untuk saham Bursa), jadi kalau modal kecil, peratus yang hilang jadi besar. Secara teknikal Moomoo tiada deposit minimum. Ini cadangan Daus.
Belum cukup RM1,000? Jangan daftar dulu, sebab jam 30 hari untuk reward mula berjalan hari anda daftar. Kumpul dulu dalam Versa Cash-i atau ShopeePay Money+, dan sementara tu belajar guna Paper Trading atau simulator. (Daus juga ada kod rujukan Versa dan Money+.)
Kandungan ini perkongsian pendidikan, bukan nasihat kewangan. Yuran dan kadar boleh berubah; rujuk app Moomoo dan laman rasmi masing-masing.
Dah faham kosnya? Bila RM1,000 dah sedia, jom buka akaun.
Bila dah ada RM1,000 sedia: daftar guna link Daus, masukkan kod DAUSDK37 dalam "Special Deposit" SEBELUM deposit pertama, deposit RM1,000 dalam 30 hari selepas daftar, tekan Claim sendiri, dan kekalkan deposit 60 hari. Lebih kurang RM150 untuk deposit RM1,000, sehingga RM1,500 untuk deposit lebih besar.
Daftar Moomoo & Claim RewardDaus ialah Marketing Representative rasmi Moomoo Malaysia dan dapat komisen bila anda daftar & deposit. Tiada kos tambahan pada anda.