Untuk new user sahaja

Cara claim reward Moomoo — RM150 untuk deposit RM1,000

Saiz reward ikut saiz deposit anda. Deposit RM1,000 yang paling ramai buat, dan itu bersamaan lebih kurang RM150. Angka RM1,500 yang selalu anda nampak tu (lebih kurang RM1,550 dengan extra kod) untuk deposit RM40,000, bukan untuk semua orang.

Paling ramai buat
Deposit RM1,000
RM150

Kupon tunai + saham Apple. Kena claim sendiri. Dua kupon RM25 jadi tunai lepas 2 order beli ≥ RM200; kupon RM50 dan saham Apple unlock lepas 60 hari.

Maksimum kempen
Deposit RM40,000
RM1,500

Nilai gabungan rasmi — kupon tunai dan saham Apple (lebih kurang RM1,550 dengan extra kod).

Antara dua ni, reward naik berperingkat ikut saiz deposit (RM3,000 dan RM10,000). Jadual penuh kempen semasa ada dalam halaman Welcome Rewards dalam app: Discover → Me → Promotions. Kod anda DAUSDK37 masuk di Special Deposit sebelum deposit pertama.

Enam langkah semuanya. Tiga silap yang paling ramai buat: tak tahu jam 30 hari mula berjalan hari daftar (bukan hari deposit), deposit dulu baru cari kod, dan tak tekan Claim lepas deposit. Ikut turutan bawah ni betul-betul.

Belum ada RM1,000? Daftar sekarang pun boleh

Akaun tetap boleh guna walaupun duit belum cukup, dan Daus boleh teman dari awal. Cuma ingat, jam 30 hari untuk deposit pertama mula berjalan hari anda daftar. Kalau RM1,000 tak masuk dalam 30 hari tu, reward new user terlepas, tapi akaun anda kekal. Kalau nak kejar reward, pastikan anda boleh kumpul RM1,000 dalam masa sebulan lepas daftar. Sambil kumpul, simpan dalam Versa Cash-i atau ShopeePay Money+, dan belajar guna Paper Trading atau simulator.

Situasi anda lain?

Dah daftar tanpa link Daus, dah lepas 30 hari, atau dah terdeposit tanpa kod? Semua situasi tu ada jawapan dalam tutorial dah ada akaun Moomoo, termasuk mesej siap untuk dihantar kepada customer service.

Kod ni dipakai kemudian, di langkah 3 — copy dulu kalau nak:
Kod Special Deposit
DAUSDK37

Daus ialah Marketing Representative rasmi Moomoo Malaysia dan dapat komisen bila anda daftar & deposit. Tiada kos tambahan pada anda.

Langkah demi langkah

6 langkah untuk dapat reward anda

  1. Daftar akaun guna link ni

    Klik link rujukan Daus, isi maklumat, dan siapkan pendaftaran serta KYC (pengesahan identiti). Daftar guna link ni supaya Daus boleh bantu anda langkah demi langkah dan kod Daus terus berkait dengan akaun anda.

    Cara semak link anda betul: selepas halaman terbuka, tengok di bawah gambar kempen. Kalau ada baris kecil yang tertulis Simple Investor DausDK diikuti perkataan Referrer, maknanya link anda berjaya direkod. Kalau baris tu tiada, kembali dan klik link tu semula sebelum teruskan.

    Ingat, jam 30 hari untuk deposit pertama mula berjalan hari anda daftar. Kalau nak reward new user, RM1,000 kena masuk dalam 30 hari tu.

    Baris Referrer tu bukti link anda direkod.
  2. Buka app, search "Special Deposit"

    Lepas akaun lulus, masuk app Moomoo. Tekan Search (tab di bar bawah, atau ikon kaca pembesar di bahagian atas skrin), taip special deposit, dan satu hasil bertulisan oren akan muncul. Tekan hasil tu.

    Ini kempen berasingan daripada deposit biasa. Halaman ni tak ada dalam menu utama, jadi carian jalan paling cepat.

    1. Search
    2. Tekan hasil ni
    Garis oren tu bahagian skrin kosong yang Daus pendekkan.
    Search ada di bar bawah atau sebagai kaca pembesar di atas.
  3. Masukkan kod DAUSDK37

    Dalam halaman Special Deposit, ada satu kotak bertulis "Enter promo code". Masukkan DAUSDK37 — huruf besar, tiada ruang kosong.

    Perhatikan butang "Deposit Now" di bawah: ia kekal kelabu dan tak boleh ditekan sampai kod yang sah dimasukkan. Jadi kalau butang tu masih kelabu selepas anda taip, maknanya kod tu tersalah taip, bukan app yang rosak.

    Kod Special Deposit
    DAUSDK37
    1. Taip kod
    2. Deposit Now
    Butang Deposit Now kelabu sampai kod sah dimasukkan.
  4. Deposit pertama sekurang-kurangnya RM1,000

    Masukkan sekurang-kurangnya RM1,000, dan buat dalam masa 30 hari selepas anda daftar. Kalau nak extra RM50 dari kod DAUSDK37, deposit pertama tu sendiri mesti RM1,000 atau lebih, sebab extra dari kod hanya dikira pada deposit pertama. Reward rasmi Moomoo pula ikut jumlah deposit bersih terkumpul dalam 30 hari.

    Saiz deposit yang menentukan saiz reward: RM1,000 bersamaan lebih kurang RM150, dan ia naik berperingkat sehingga RM1,500 untuk deposit RM40,000. Guna FPX atau online banking dari akaun bank atas nama anda sendiri. Duit biasanya sampai dalam beberapa minit dan tiada caj. Kalau akaun belum lulus, deposit akan tunggu Pending dan masuk sendiri bila akaun siap.

    1. FPX
    Tiga kaedah, semua percuma. FPX paling senang.
  5. Tekan Claim sendiri — reward tak masuk automatik

    Inilah langkah yang paling ramai terlepas. Lepas deposit, kupon rasmi Moomoo tak masuk sendiri, walaupun anda daftar guna link dan kod Daus. Wakil Moomoo Malaysia beritahu Daus pada 25 Sep 2026 bahawa setiap new user kena tekan Claim sendiri.

    Caranya: tekan tab Discover, kemudian Me → Promotions → kad Welcome Rewards. Dalam halaman tu, tekan butang Rewards (ada label kecil Claim Now) di bawah kiri. Satu kotak My Reward akan keluar dengan kupon RM25 dan RM50. Tekan Claim pada setiap satu, atau One-click collection.

    Buat ni dalam tempoh kempen. Kempen semasa tamat 31 Dis 2026, 9:59 malam. Lepas tarikh tu, semak terma terkini dalam app.

    1. Promotions
    Discover → Me → Promotions.
    1. Rewards / Claim Now
    2. Tahap reward ikut deposit
    Ini skrin akaun BARU (screenshot audiens). Butang Rewards · Claim Now di bawah kiri.
  6. Semak My Rewards, dan kekalkan deposit 60 hari

    Lepas claim, buka Me → My Rewards. Semua reward anda tersenarai di situ dengan status masing-masing: dua kupon RM25 dengan butang Use, kupon RM50 dan saham Apple dengan tulisan Complete task to unlock.

    Nampak dalam My Rewards tak bermaksud ia dah jadi milik anda. Kupon RM50 dan saham Apple hanya unlock kalau deposit bersih anda (deposit tolak withdraw) kekal sekurang-kurangnya RM1,000 selama 60 hari. Duit anda boleh dikeluarkan bila-bila masa tanpa penalti. Cuma kalau deposit bersih jatuh bawah RM1,000 sebelum 60 hari, reward tu tak akan unlock.

    Dalam tempoh tu anda bebas beli dan jual saham, dan turun naik kecil tak jejaskan apa-apa. Tapi kalau pelaburan anda rugi lebih 20% dalam tempoh tu, syarat kekalkan deposit tu boleh dikira gagal, jadi semak status dalam My Rewards. Jadual bila setiap reward masuk ada di bawah.

    1. My Rewards
    Tab Me → tekan My Rewards.
    1. 2 kupon RM25 · Use
    2. Kupon RM50 · unlock lepas 60 hari
    3. Extra dari kod · Apple
    Rupa My Rewards akaun baru lepas claim (screenshot audiens).
Kesilapan paling biasa

❌ Silap: deposit dulu, baru masukkan kod. Ramai buat silap ni. Yang betul: masukkan kod DAUSDK37 dalam Special Deposit dahulu, lepas tu baru deposit. Kalau terbalik, extra dari kod biasanya dah tak boleh dikaitkan dengan deposit tu.

Tip dari Daus

Deposit duit yang anda memang tak akan sentuh selama 60 hari. Kalau anda rasa mungkin perlu keluarkan awal, lebih baik tunggu sampai ada lebihan yang betul-betul boleh duduk diam. Barulah reward tu berbaloi.

Jangkaan masa

Berapa lama sebenarnya?

Supaya anda tak tertanya-tanya kenapa reward belum masuk.

Hari 0

Daftar & KYC

Isi borang lebih kurang 10 minit. Kelulusan akaun biasanya 1–3 hari bekerja.

Hari 1–3

Kod + deposit + claim

Masukkan kod DAUSDK37, deposit RM1,000 guna FPX, lepas tu terus tekan Claim (Discover → Me → Promotions). Jangan tunggu 60 hari baru claim.

Hari 60+

Reward unlock

Deposit kekal 60 hari → kupon RM50 dan saham Apple unlock, dan masuk akaun dalam 10 hari dagangan.

Tempoh setiap reward

Bila setiap reward masuk akaun anda

Reward ni datang dalam beberapa bentuk, dan setiap satu ada jam sendiri. Inilah yang paling ramai tanya Daus masa menunggu.

Lepas anda claim

2 × kupon RM25

Aktif sebaik anda tekan Claim, dan sah 90 hari. Buat order beli sekurang-kurangnya RM200 dalam tempoh tu. Kupon dipakai secara automatik pada order yang layak, satu kupon untuk satu order, jadi dua kupon perlukan dua order. Dalam 3 hari dagangan lepas order siap, RM25 masuk sebagai tunai. Harga order anda tak dipotong.

Hari 60 + 10 hari dagangan

Kupon tunai RM50

Kekalkan deposit bersih (deposit tolak withdraw) sekurang-kurangnya RM1,000 selama 60 hari. Lepas unlock, RM50 masuk sendiri dalam 10 hari dagangan. Kira-kira dua bulan setengah hingga tiga bulan dari hari deposit.

Nampak masa deposit

Extra dari kod DAUSDK37

Muncul dalam My Rewards pada masa anda deposit, sebagai saham Apple bernilai lebih kurang USD12.79 (sekitar RM50) dengan tulisan "Complete task to unlock". Kalau baris ni ada, maknanya kod Daus dah lepas. Ia unlock lepas deposit kekal 60 hari.

Deposit RM3,000 ke atas

Saham Apple tahap besar

RM3,000 tambah saham Apple RM100, RM10,000 tambah RM300, dan RM40,000 tambah RM1,000. Tahap ni ikut deposit bersih terkumpul dalam 30 hari dari deposit pertama, jadi anda boleh tambah deposit untuk naik tahap. Extra RM50 dari kod DAUSDK37 pula lain: ia hanya dikira pada deposit pertama. Semua kena kekal 60 hari, lepas tu masuk dalam 10 hari dagangan.

Automatik

Voucher 0 komisen 180 hari

Aktif sendiri bila setiap akaun pasaran (US, MY dan lain-lain) dibuka. Dalam My Rewards statusnya "In Effect". Ia tanggung komisen sahaja. Platform fee, clearing fee dan duti setem masih dikenakan.

Jumlah untuk deposit RM1,000: dua kupon RM25 + satu kupon RM50 dari Moomoo, campur extra saham Apple lebih kurang USD12.79 (nilainya ikut harga Apple) dari kod DAUSDK37 = lebih kurang RM150. Dengan kod, tahap RM3,000 jadi lebih kurang RM250, RM10,000 jadi RM550, dan RM40,000 jadi RM1,550. Sumber: halaman kempen rasmi Moomoo Malaysia (disemak 6 Okt 2026) dan screenshot My Rewards audiens Daus.

Tempoh kempen: kempen new user semasa berjalan dari 9 Okt 2026 sampai 31 Dis 2026, 9:59 malam. Wakil Moomoo Malaysia sahkan kepada Daus (4 Okt 2026) bahawa daftar, deposit, top up dan tekan Claim mesti siap dalam tempoh tu untuk ikut jadual di atas. Kempen ni ganti kempen 30 Jun hingga 9 Okt 2026, dan tahap reward masih sama. Kalau anda daftar selepas tarikh tamat, jumlah dan syarat mungkin lain. Semak dalam app (Discover → Me → Promotions → Welcome Rewards) sebelum deposit. Daus akan kemas kini halaman ni bila kempen baru keluar.

Soalan lazim reward

Soalan yang selalu orang tanya Daus

Saya ada RM200 je. Boleh dapat reward tak?

Reward new user bermula pada deposit RM1,000, jadi RM200 belum cukup untuk reward tu. Tapi daftar sekarang pun boleh, akaun tetap boleh guna. Cuma jam 30 hari untuk deposit pertama mula berjalan hari anda daftar. Kalau anda boleh tambah sampai RM1,000 dalam 30 hari tu, masukkan kod DAUSDK37 di Special Deposit dulu, baru deposit sekali gus, dan reward masih boleh dapat. Kalau ambil masa lebih lama, reward new user terlepas tapi akaun anda kekal. Sambil kumpul, simpan dalam Versa Cash-i atau ShopeePay Money+.

Dah deposit, tapi mana reward saya?

Semak tiga benda ikut turutan. Pertama, buka Me → My Rewards dan cari saham Apple bernilai lebih kurang USD12.79 dengan tulisan "Complete task to unlock". Kalau ada, kod DAUSDK37 dah lepas. Kedua, kalau kupon RM25 belum ada, maknanya anda belum claim. Pergi Discover → Me → Promotions → Welcome Rewards, tekan butang Rewards (Claim Now), kemudian Claim. Ketiga, ingat setiap reward ada tempoh sendiri: setiap kupon RM25 jadi tunai dalam 3 hari dagangan lepas satu order beli sekurang-kurangnya RM200, manakala kupon RM50 dan saham Apple hanya masuk lepas 60 hari tambah 10 hari dagangan.

Kupon RM25 tu macam mana nak guna?

Buat order beli saham atau ETF bernilai sekurang-kurangnya RM200 (satu order) dalam 90 hari lepas claim. Ikut terma rasmi, kupon dipakai secara automatik pada order yang layak, dan RM25 masuk sebagai tunai dalam 3 hari dagangan lepas order siap. Harga belian tak berkurang. Dua kupon perlukan dua order berasingan. Dalam My Rewards, ada butang Use di sebelah setiap kupon.

Kalau saya keluarkan duit sebelum 60 hari macam mana?

Duit anda boleh keluar bila-bila masa. Tapi kalau deposit bersih jatuh bawah RM1,000 sebelum cukup 60 hari, kupon RM50 dan saham Apple tak akan unlock. Begitu juga kalau anda deposit untuk tahap lebih besar (contohnya RM3,000) dan keluarkan sampai bawah tahap tu: reward tahap tu hilang. Pindah masuk saham dari broker lain pun tak dikira sebagai deposit. Jadi deposit duit yang memang tak perlu diguna dalam masa terdekat.

Kenapa saya nampak RM1,500 tapi dapat RM150?

Sebab dua angka tu untuk deposit yang berbeza. RM150 untuk deposit RM1,000: dua kupon RM25 dan satu kupon RM50 dari Moomoo, campur extra lebih kurang RM50 dalam bentuk saham Apple dari kod DAUSDK37. RM1,500 pula nilai rasmi maksimum untuk deposit RM40,000 (dengan extra kod, lebih kurang RM1,550), dan kebanyakannya saham Apple, bukan tunai. Jadual rasmi kempen semasa ada dalam app.

Saya dah deposit tanpa kod. Masih boleh dapat?

Kalau anda belum deposit langsung dan masih dalam 30 hari selepas daftar, masukkan kod dulu di Special Deposit, baru deposit. Kalau deposit pertama dah dibuat tanpa kod, extra dari kod biasanya dah tak dapat. Reward rasmi Moomoo (kupon) bergantung pada jumlah deposit dan anda tekan Claim, jadi cuba Claim dan tanya customer service kalau tak keluar. Jangan withdraw semua lepas tu deposit semula untuk kejar kod. Semua situasi ni ada dalam tutorial dah ada akaun Moomoo.

Saya dah ada akaun Moomoo. Boleh claim tak?

Kalau akaun tu dah lama dan dah pernah deposit, tak boleh. Kempen ni untuk new user sahaja, dan satu IC hanya boleh ada satu akaun, jadi jangan buka akaun kedua. Kalau akaun baru didaftar dan belum deposit langsung, mungkin masih sempat: tengok tutorial dah ada akaun Moomoo.

Saya daftar atau deposit dekat atau selepas 31 Dis 2026, 9:59 malam. Masih dapat?

Kempen semasa tamat 31 Dis 2026, 9:59 malam. Wakil Moomoo Malaysia sahkan kepada Daus bahawa daftar, deposit dan top up mesti dalam tempoh kempen, dan Claim pun kena ditekan sebelum masa tu. Jadi kalau anda dah deposit, tekan Claim sekarang, jangan tunggu. Kalau anda daftar selepas tarikh tu, terma mungkin dah berubah. Semak dalam app sebelum deposit, dan kalau nak extra dari kod Daus, tetap masukkan kod DAUSDK37 di Special Deposit sebelum deposit pertama. Tak pasti? WhatsApp Daus dengan screenshot halaman Welcome Rewards dalam app anda.

Kena bayar apa-apa untuk join kempen ni?

Tak ada yuran penyertaan. Anda cuma perlu deposit RM1,000, dan duit tu duit anda sendiri, masih dalam akaun anda. Boleh dilaburkan atau dikeluarkan bila-bila masa. Cuma kalau nak reward, kekalkan RM1,000 tu selama 60 hari. Yuran yang ada ialah yuran dagangan bila anda beli atau jual: senarai yuran Moomoo.

Kod tak boleh masuk / tak jumpa Special Deposit?

Biasanya sebab salah satu daripada ni: (1) akaun belum lulus sepenuhnya, (2) app belum dikemas kini, (3) dah lebih 30 hari sejak daftar, atau (4) akaun dah pernah buat deposit. Untuk (1) dan (2), tunggu lulus dan kemas kini app. Untuk (3) dan (4), hubungi customer service Moomoo: telefon 03-9212 0708, emel support@my.moomoo.com, atau WhatsApp 011-3011 6527. Cara paling cepat dapat jawapan ada dalam tutorial hubungi support.

Dah faham? Jom mula sekarang.

Dah ada RM1,000 sedia? Daftar hari ni, siapkan KYC, dan deposit dalam 30 hari. Lagi awal deposit, lagi awal 60 hari tu habis.

Kod Special Deposit
DAUSDK37
Daftar Moomoo & Claim Reward

Tertakluk pada terma & syarat kempen semasa Moomoo Malaysia. Reward untuk new user sahaja. Daus ialah Marketing Representative rasmi Moomoo Malaysia dan dapat komisen bila anda daftar & deposit. Tiada kos tambahan pada anda. Kandungan ini bukan nasihat pelaburan.

Belum tahu cara register? Tengok tutorial register penuh dulu.

Tanya Daus