Pecah belian ETF US kecil (RM100–RM300) lepas deposit RM1,000 — fractional, yuran, waktu market

Dah deposit RM1,000 dan nak pecahkan belian ETF Amerika kepada order kecil? Beli ikut Amount (fractional) atau Quantity, berapa unit RM100 dapat, yuran sebenar order fractional, popup tukaran mata wang, dan waktu market US ikut jam Malaysia.

📂 Pasaran US⏱️ Baca 9 minit🎬 Ada video

🎬 Tonton video penuh

Video: Cara Beli S&P 500 — dari channel YouTube DausDK. Klik untuk main terus di sini.

📖 Atau baca step-by-step

Tutorial ni untuk anda yang dah ada akaun Moomoo dan dah buat deposit pertama (Daus cadang RM1,000), tapi nak pecahkan belian ETF Amerika kepada order kecil dulu. RM100, RM200, RM300 satu order.

Baru dengar perkataan ETF? Baca ETF tu apa dulu, kemudian datang balik ke sini.

Soalan yang Daus dapat setiap minggu biasanya tiga: “Satu unit VOO dah beratus dolar, RM100 boleh beli ke?”, “Kenapa malam ni tak boleh beli?”, dan “Yuran dia berapa sebenarnya?” Halaman ni jawab ketiga-tiganya, ikut turutan anda akan jumpa dalam app.

Contoh dalam halaman ni guna VOO, sebab VOO ialah ETF paling besar dalam portfolio Daus sendiri. Ini bukan cadangan untuk anda beli VOO. Anda pilih ETF anda sendiri, dan langkahnya sama sahaja.

Cadangan Daus: mula Moomoo bila ada RM1,000

Daus cadang buka akaun Moomoo bila dah ada RM1,000 sedia untuk deposit pertama. Reward new user bermula pada RM1,000, dan setiap order ada yuran tetap (RM3 untuk saham Bursa), jadi kalau modal kecil, peratus yang hilang jadi besar. Secara teknikal Moomoo tiada deposit minimum. Ini cadangan Daus.

Belum cukup RM1,000? Jangan daftar dulu, sebab jam 30 hari untuk reward mula berjalan hari anda daftar. Kumpul dulu dalam Versa Cash-i atau ShopeePay Money+, dan sementara tu belajar guna Paper Trading atau simulator. (Daus juga ada kod rujukan Versa dan Money+.)

Belum pasti ETF mana satu?

Baca dulu cara beli S&P 500 untuk beza VOO, IVV dan SPY, dan cara compare saham & ETF kalau anda nak banding dengan versi Syariah macam SPUS dan SPWO.

Tak suka baca? Tengok video pendek ni

Beli yang pertamaVideo 56 saat · ada suara dan sari kata

Tak suka baca? Tengok video pendek ni

Ralat pecahan unitVideo 35 saat · ada suara dan sari kata

Jawapan ringkas

  • Ya, satu order RM100 boleh beli ETF US, dalam akaun yang dah ada deposit. Anda beli sebahagian unit (fractional), bukan satu unit penuh.
  • Belian fractional hanya boleh masa market US buka, iaitu malam hingga pagi waktu Malaysia, Isnin hingga Jumaat (waktu New York).
  • Yuran order fractional: platform fee 0.99% daripada nilai order (maksimum USD0.99) campur duti setem lebih kurang USD0.24 setiap order. Order RM100 hilang lebih kurang 2% kepada yuran, RM300 lebih kurang 1.3%, RM1,000 lebih kurang 0.5%.
  • Ada kupon RM25 dari reward new user? Kupon tu hanya jadi tunai bila anda buat satu order beli bernilai RM200 atau lebih (nilai dalam ringgit, bukan USD200; syarat rasmi tulis MYR 200, lebih kurang USD43.73). Jadi order USD25 tak cukup untuk kupon ni.

Detail setiap satu di bawah.


Bahagian 1 — Cari ETF yang betul

1
Tab Search

Cari kod ETF, dan semak nama penuhnya

Tekan Search, taip kod ETF (contohnya VOO), dan baca nama penuh setiap hasil sebelum tekan.

Kod yang hampir sama selalunya produk lain. VOOG ialah versi Growth, VOOV versi Value, dan IVOO pula indeks syarikat sederhana. Nama penuh VOO ialah tepat Vanguard S&P 500 ETF.

  1. Yang betul
  2. Semua ni indeks LAIN
Satu sahaja yang S&P 500 penuh. Baca nama penuh.

Bahagian 2 — Amount atau Quantity?

Satu unit VOO berharga sekitar USD711 (harga penutup 25 Sep 2026). Kalau anda beli ikut Quantity, anda kena beli sekurang-kurangnya satu unit penuh, iaitu hampir RM3,000.

Sebab tu untuk modal kecil, anda beli ikut Amount. Anda taip jumlah duit, dan Moomoo kira sendiri berapa bahagian unit yang anda dapat. Ini dipanggil Fractional sharesBeli sebahagian daripada satu unit saham.Lihat dalam glosari →.

Peraturan rasmi Moomoo Malaysia untuk fractional:

Perkara Peraturan
Minimum setiap belian USD5 (lebih kurang RM21), atau 0.0001 unit (RSP minimum USD1)
Waktu boleh beli Masa market US buka sahaja (9:30 pagi – 4:00 petang waktu New York)
Jenis order Limit atau Market
Tempoh order Day sahaja. Order yang tak jadi hari tu tamat sendiri
Aset yang layak Sesetengah saham dan ETF US sahaja. Senarai ada dalam Markets → Fractional Shares

Dalam akaun sebenar, bila ETF tu layak fractional, anda boleh tukar cara isi order dari Quantity ke Amount, kemudian taip jumlah dalam USD. Kalau anda tak nampak pilihan Amount, pastikan pasaran US tengah buka, dan ETF tu memang layak fractional.

2
Selepas tekan Trade

Kenal skrin order US

Screenshot ni dari Paper Trade (akaun latihan dengan duit mainan), jadi ia tunjuk medan Quantity sahaja. Medan lain sama dengan akaun sebenar:

  • Session — pilih Regular Trading Hours untuk belian fractional
  • Order Type — Limit atau Market
  • Amount — jumlah kasar (harga × kuantiti). Yuran dicaj di atas jumlah ni
  • Time-in-Force — kekal Day

Penerangan penuh setiap medan ada dalam tutorial beli S&P 500.

  1. Session
  2. Jumlah kasar, belum termasuk yuran
Skrin order VOO dalam Paper Trade. Harga ~USD711 seunit.

RM100, RM200 dan RM300 dapat berapa unit VOO?

Kiraan ni guna harga VOO USD710.79 dan kadar rujukan dalam app, RM1 ≈ USD0.24365 (26 Sep 2026). Harga dan kadar berubah setiap hari, jadi anggap ni gambaran kasar sahaja.

Anda labur Jadi USD Dapat lebih kurang
RM100 USD24.37 0.034 unit
RM200 USD48.73 0.069 unit
RM300 USD73.09 0.103 unit
RM1,000 USD243.65 0.343 unit

Unit pecahan tu kerja sama macam unit penuh. Kalau VOO naik 10%, 0.034 unit anda pun naik 10%. Dividen pun anda dapat ikut bahagian yang anda pegang.


Bahagian 3 — Yuran untuk belian kecil (bahagian yang orang jarang kira)

Yuran saham US dikira lain ikut saiz order. Yang paling penting untuk belian kecil: order bawah 1 unit (fractional) tak kena platform fee rata USD0.99. Platform fee dia ikut peratus.

Yuran setiap order saham US

Order bawah 1 unit (fractional, termasuk kebanyakan belian RSP kecil): platform fee 0.99% daripada nilai order, maksimum USD0.99, tanpa komisen. Order 1 unit ke atas: platform fee USD0.99 setiap order (komisen 0.03% ditanggung voucher 0 komisen user baru). Setiap order juga kena duti setem Malaysia RM1 bagi setiap RM1,000 atau sebahagiannya (lebih kurang USD0.24).

Contoh sebenar dari akaun Daus: belian VOO USD25 kena platform fee USD0.25 + duti setem USD0.24 = USD0.49 (lebih kurang 2%). Jadual penuh: yuran Moomoo.

Ini jadual penuh yang Daus semak dalam Accounts → All → Fee → My Fees dan halaman bantuan rasmi Moomoo Malaysia:

Caj Order bawah 1 unit (fractional) Order 1 unit ke atas
Commission Tiada 0.03% × jumlah (voucher 0 komisen new user tanggung caj ni)
Platform Fee 0.99% × jumlah, maksimum USD0.99 USD0.99 setiap order
Settlement Fee Tiada USD0.003 seunit, maksimum 1% jumlah
Duti setem Malaysia RM1 bagi setiap RM1,000 atau sebahagian, dicaj dalam USD (lebih kurang USD0.24) Sama
SEC Fee Masa jual sahaja, sangat kecil Masa jual sahaja, sangat kecil

Tiada SST dalam jadual yuran saham US. (Saham Bursa lain: SST 8% atas yuran.)

Jadi berapa sebenarnya hilang? Kiraan ni guna kadar rujukan app 6 Okt 2026, iaitu USD1 lebih kurang RM4.11:

Belian (fractional) Platform fee Duti setem Jumlah yuran Peratus hilang
RM100 (≈USD24) ≈USD0.24 ≈USD0.24 ≈USD0.48 ≈2%
RM200 (≈USD49) ≈USD0.48 ≈USD0.24 ≈USD0.72 ≈1.5%
RM300 (≈USD73) ≈USD0.72 ≈USD0.24 ≈USD0.96 ≈1.3%
RM1,000 (≈USD243) USD0.99 (maksimum) ≈USD0.24 ≈USD1.23 ≈0.5%

Order 1 unit penuh ke atas, tak kira saiz: USD0.99 platform fee campur duti setem dan settlement fee yang kecil. Bila voucher 0 komisen anda tamat, tambah 0.03% untuk order unit penuh.

Bukti dari akaun Daus sendiri: belian VOO USD25 melalui RSP pada 5 Okt 2026 kena Platform Fees USD0.25 + Stamp Duty USD0.24 = USD0.49, lebih kurang 2%. Anda boleh semak yuran sebenar setiap order dalam Accounts → History → tekan order → Details, skrol ke Fee Details.

  1. Platform fee + duti setem
Fee Details order VOO USD25: USD0.49 jumlah yuran.

Maksudnya, order RM100 kena naik lebih kurang 2% dulu baru anda kembali ke modal asal. Tu bukan sebab untuk tak melabur. Itu sebab untuk beli lebih jarang tapi lebih besar, sebab duti setem lebih kurang USD0.24 dikenakan setiap order tak kira kecil mana. Contohnya, RM300 sebulan sekali (yuran ≈USD0.96) lebih cekap daripada RM100 tiga kali sebulan (≈USD1.44), walaupun jumlah dilabur sama.

Nak banding yuran Moomoo dengan platform lain macam FSMOne, atau tengok jadual penuh termasuk saham Bursa? Baca yuran Moomoo.

Kira sendiri sebelum tekan Buy

Moomoo ada kalkulator yuran dalam Accounts → All → Fee → Calculator. Masukkan kod ETF, harga dan kuantiti, dan ia pecahkan setiap caj ikut pelan akaun anda. Cara guna ada dalam tutorial beli saham pertama.


Bahagian 4 — Bila boleh beli: waktu market US ikut jam Malaysia

Pasaran US buka 9:30 pagi hingga 4:00 petang waktu New York, Isnin hingga Jumaat. Dalam waktu Malaysia:

Tempoh Waktu Malaysia
Sampai 31 Okt 2026 (US masih daylight saving) 9:30 malam – 4:00 pagi
Mulai 2 Nov 2026 (daylight saving tamat 1 Nov) 10:30 malam – 5:00 pagi

Tiga benda yang selalu buat orang keliru:

  • Hujung minggu. Jumaat malam (waktu Malaysia) market masih buka, dan sesi tu tamat pagi Sabtu. Lepas tu Sabtu malam dan Ahad malam tutup, jadi memang tak boleh beli fractional pada dua malam tu. Market buka semula Isnin malam.
  • Cuti US 2026. Market US tutup penuh pada 26 Nov (Thanksgiving) dan 25 Dis (Krismas). Pada 27 Nov dan 24 Dis, market tutup awal pukul 1:00 petang waktu New York, iaitu 2:00 pagi waktu Malaysia keesokannya.
  • Status dalam app. Sebelah nama ETF ada status pasaran. Kalau tertulis Closed, harga yang anda nampak ialah harga penutup terakhir.
Tak nak berjaga malam?

Set RSP. RSP beli sendiri ikut jadual, termasuk fractional, jadi anda tak perlu buka app pukul 10 malam. Pastikan cuma tunai cukup sebelum tarikh RSP.


Bahagian 5 — Duit ringgit, dan ralat “not enough buying power”

Anda tak perlu tukar RM ke USD dulu, dan memang tak boleh pun. Beli terus guna baki ringgit, dan Moomoo tukar sendiri masa settlement.

Tak boleh tukar RM ke USD dulu — dan itu normal

Ikut peraturan FEP Bank Negara (cara Moomoo melaksanakannya), ringgit hanya boleh ditukar ke mata wang asing selepas order beli dalam mata wang tu siap (filled). Sebab tu skrin Exchange tunjuk Exchangeable Amount 0.00 MYR walaupun ada ringgit. Beli terus saham US guna ringgit; Moomoo tukar sendiri masa settlement. Tukar USD balik ke MYR boleh (Accounts → Exchange).

Penerangan penuh dengan screenshot ada dalam tutorial RSP dan borang FEP & Exchangeable 0.00.

Bila anda beli ETF US guna ringgit, kadang-kadang satu popup pasal tukaran mata wang (Currency Exchange) keluar sebelum order dihantar. Popup tu cuma beritahu yang order anda akan dibayar guna ringgit, dan ringgit tu ditukar ke USD masa settlement.

Tekan Confirm bermaksud anda benarkan Moomoo guna ringgit anda untuk order tu. Itu cara biasa beli saham US dari akaun ringgit, jadi tak perlu risau. Yang patut anda semak cuma satu: pastikan tunai ringgit anda memang cukup. Kalau tak cukup, baki order ditampung pinjaman margin. Semak baris Max Qty to Buy (Cash) sebelum tekan.

Order saya Pending atau Queued masa hujung minggu

Order tu belum jalan, sebab market US tutup dari Sabtu pagi sampai Isnin malam waktu Malaysia. Order unit penuh yang dihantar masa market tutup akan beratur dan diproses bila market buka semula. Kalau anda dah ubah fikiran, anda boleh Cancel order tu dalam Accounts → Orders → Open tanpa sebarang caj.

Order fractional (ikut Amount) pula hanya boleh jalan masa market buka, dan hanya sebagai order Day. Jadi untuk belian kecil, hantar order Isnin malam hingga Jumaat malam waktu Malaysia. Maksud setiap status order (Queued, Pending, Working, Filled dan lain-lain) ada dalam tutorial jenis order Moomoo.

Kalau keluar ralat not enough buying power padahal duit nampak cukup, biasanya sebab Market order tahan buffer, atau yuran tak cukup ditampung. Punca dan jalan keluarnya ada dalam bahagian ralat buying power.

  1. Tunai anda
  2. Termasuk margin
Ikut baris (Cash). Baris tanpa Cash termasuk pinjaman margin.

Dah deposit tanpa kod? Ni langkah seterusnya

Ramai yang sampai ke halaman ni dah deposit sendiri, contohnya RM150, tanpa kod DAUSDK37, lepas tu baru tahu pasal reward new user. Ada dua perkara berasingan di sini, dan elok diasingkan:

1. Saiz deposit. Reward new user bermula pada deposit RM1,000 dalam 30 hari selepas daftar. Deposit RM150 seorang diri memang belum sampai tahap tu, ada kod atau tidak.

2. Kod DAUSDK37. Kod ni boleh dimasukkan di Search → “special deposit” selagi anda belum deposit dan masih dalam 30 hari selepas daftar. Kalau dah deposit tanpa kod, atau dah lepas 30 hari, hubungi customer service Moomoo dan tanya. Tiada jaminan, jadi jangan buka akaun kedua (satu IC satu akaun). Situasi penuh dan contoh mesej kepada CS ada dalam dah ada akaun Moomoo.

Untuk sesiapa yang belum deposit: reward rasmi Moomoo ikut deposit bersih terkumpul dalam 30 hari dari deposit pertama, tapi extra RM50 dari kod DAUSDK37 hanya dikira kalau deposit pertama tu sendiri RM1,000 atau lebih. Jadi buat deposit pertama terus RM1,000 kalau nak extra tu. Terma kempen boleh berubah, jadi semak juga dalam app.

Kalau reward dah tak dapat pun, tak apa. Akaun anda tetap boleh guna penuh, dan semua langkah dalam halaman ni sama. Reward cuma bonus. Yang lebih penting ialah tabiat melabur yang anda bina mulai hari ni.


Dah beli? Baca ni seterusnya

Lepas beli, nombor dalam Positions selalunya merah sikit pada hari pertama, sebab yuran dan spread dah dikira. Itu normal. Halaman Lepas beli saham pertama, apa jadi? terang cara baca nombor tu, bila kupon RM25 masuk lepas belian RM200 anda, dan kenapa dividen ETF US dipotong 30%.


Ringkasan

  1. Cari ETF, semak nama penuh
  2. Tekan Trade, pilih Regular Trading Hours
  3. Tukar ke Amount (fractional), taip jumlah, minimum USD5
  4. Beli masa market US buka: malam hingga pagi, Isnin hingga Jumaat waktu New York
  5. Ingat yuran setiap order (order fractional RM100 lebih kurang 2%). Beli lebih jarang, lebih besar
  6. Nak automatik? Set RSP

Ni perkongsian cara guna app, bukan nasihat kewangan. Daus kongsi apa yang Daus sendiri buat. ETF pun boleh turun nilai, jadi labur duit yang anda sanggup tinggal lama. Ikut diri anda.

Belum ada akaun Moomoo?

Bila dah ada RM1,000 sedia: daftar guna link Daus, masukkan kod DAUSDK37 dalam "Special Deposit" SEBELUM deposit pertama, deposit RM1,000 dalam 30 hari selepas daftar, tekan Claim sendiri, dan kekalkan deposit 60 hari. Lebih kurang RM150 untuk deposit RM1,000, sehingga RM1,500 untuk deposit lebih besar.

Daftar Moomoo & Claim Reward

Daus ialah Marketing Representative rasmi Moomoo Malaysia dan dapat komisen bila anda daftar & deposit. Tiada kos tambahan pada anda.

Tanya Daus