REIT dalam Moomoo — beli REIT Bursa pertama, REIT Syariah, cukai, dan beza dengan REIT Amerika
REIT untuk beginner — apa itu REIT, kenapa ia bagi agihan berkala, lima REIT Islamik dan contoh REIT lain di Bursa, berapa modal untuk satu lot, yuran, perubahan cukai pegangan 10% untuk individu, beza REIT Bursa dengan REIT Amerika (cukai 30%), dan cara cari REIT dalam app Moomoo.
Nak cuba tekan sendiri dulu?Simulator 3 tekanan guna skrin app sebenar. Salah pun tak apa, tiada duit bergerak.“Daus, saya minat REIT. Tapi tak berani simpan saham lama sebab takut jatuh. REIT ni macam mana?”
REIT antara pilihan yang Daus sendiri pegang, beberapa REIT Bursa melalui Rakuten Trade. Halaman ni terang apa REIT tu, kenapa ramai suka, apa risikonya, dan cara beli yang pertama dalam Moomoo.
REIT tu apa
REIT (Real Estate Investment Trust) ialah dana yang tersenarai di bursa, dan ia pegang hartanah yang menjana sewa: pusat beli-belah, bangunan pejabat, hospital, hotel, gudang dan kilang.
Bila anda beli unit REIT, anda dapat sebahagian kecil daripada pendapatan sewa tu, dalam bentuk agihan (macam dividen). Di Malaysia, REIT yang agihkan sekurang-kurangnya 90% pendapatan kepada pemegang unit dikecualikan cukai di peringkat dana. Sebab tu kebanyakan REIT agihkan hampir semua pendapatan.
Bagi ramai orang, REIT ialah cara memiliki “sebahagian kecil mall” tanpa perlu beli hartanah sendiri.
Kenapa orang suka REIT, dan apa risikonya
Yang orang suka:
- Agihan berkala. Kekerapan ikut setiap REIT. Contohnya Axis REIT dan AME REIT bayar empat kali setahun. Cara semak ada dalam bahagian agihan di bawah.
- Modal kecil boleh mula. Satu lot boleh serendah beberapa ratus ringgit.
- Hartanah sebenar di belakangnya, dan perniagaan sewa yang senang difahami.
Risikonya:
- Harga unit tetap naik turun. REIT bukan simpanan tetap. Kalau pasaran jatuh atau kadar faedah naik, harga REIT boleh turun.
- Agihan tak tetap. Kalau penyewa keluar atau sewa turun, agihan boleh berkurang. Contoh yang orang ingat: REIT yang pegang mall dan hotel kurang agihan masa pandemik.
- Tertumpu pada satu jenis hartanah. REIT yang pegang satu dua mall bergantung pada mall tu sahaja.
Kalau anda takut simpan lama sebab harga turun, ingat REIT pun naik turun. Ia sesuai untuk duit yang boleh duduk bertahun. Duit yang anda perlukan tak lama lagi lebih sesuai di tempat lain: duit jangka pendek letak mana.
Senarai REIT Bursa dan REIT Islamik
Ikut senarai REIT Suruhanjaya Sekuriti (setakat 31 Julai 2026), ada 20 REIT tersenarai di Bursa Malaysia. Lima ditanda sebagai REIT Islamik:
- Axis REIT
- AME REIT
- Al-’Aqar Healthcare REIT
- Al-Salam REIT
- KLCC REIT (diniagakan sebagai KLCCP Stapled Group)
Yang lain, contohnya Sunway REIT, IGB REIT, Pavilion REIT, CapitaLand Malaysia Trust, YTL Hospitality REIT dan AmanahRaya REIT, ialah REIT konvensional. Status boleh berubah, jadi semak senarai terkini di laman SC sebelum beli. Penerangan lanjut tentang Syariah ada dalam saham halal ke.
Nama di atas contoh untuk anda kaji sendiri, bukan cadangan beli.
Cara cari REIT dalam Moomoo
Tak suka baca? Tengok video pendek ni
Paling cepat: tab Markets → MY → tekan cip REITs. Senarai REIT Bursa keluar dengan harga dan peratus perubahan hari ni. Tekan mana-mana nama untuk buka halaman REIT tu.
Atau taip REIT dalam Search. Hasilnya campur REIT Bursa (tanda MY), REIT Singapura (SG) dan ETF REIT Amerika (US). Pastikan anda pilih yang bertanda MY kalau nak REIT Bursa.
- REITs
- Kod dan nama REIT
Semak agihan REIT dalam Moomoo
Sebelum beli, ramai tanya tiga benda: berapa peratus agihan setahun, berapa kali setahun REIT tu bayar, dan bila kena beli supaya dapat agihan seterusnya. Ketiga-tiganya ada dalam satu tempat.
Buka halaman REIT tu, tekan tab Company, kemudian sub-tab Dividends. Contoh di bawah ialah AXREIT (5106), diambil dari app pada 7 Okt 2026.
- Company
- Dividends
- Agihan terakhir
- Hasil · payout · kekerapan
- Empat tarikh satu agihan
Tiga nombor di atas carta:
- Div Yield TTM — jumlah agihan seunit dalam 12 bulan terakhir, dibahagi harga semasa. AXREIT 5.67%, AME REIT 5.46% (7 Okt 2026). Ini peratus setahun, bukan peratus setiap kali bayar. Contoh kasar: RM1,000 dalam REIT berhasil 5.67% bermaksud lebih kurang RM56 setahun, dipecahkan ikut bilangan kali REIT tu bayar. Agihan lepas bukan janji untuk tahun depan.
- Payout Ratio LFY — peratus untung bersih tahun kewangan penuh terakhir yang dibayar keluar sebagai agihan.
- Frequency — berapa kali setahun REIT tu bayar. Ikut penerangan dalam app, angka ni berdasarkan sejarah bayaran atau prospektus dana, dan tak termasuk agihan khas. AXREIT dan AME REIT kedua-duanya 4/Year.
Carta di bawahnya tunjuk agihan seunit (bar biru) dan hasil (garis oren) untuk setiap tahun. Tekan ikon ⓘ sebelah tajuk Dividends untuk baca formula penuh.
Guna medan Frequency. Kalau anda kira kad dalam Dividend History, anda boleh tersalah: tahun semasa belum habis (AXREIT setakat Okt 2026 baru ada tiga kad untuk 2026, iaitu Februari, Mei dan Ogos), dan agihan khas pun keluar sebagai kad sendiri walaupun ia tak berulang.
Empat tarikh dalam setiap kad Dividend History. Contoh agihan AXREIT Ogos 2026, 0.023 ringgit seunit (RM2.30 untuk satu lot 100 unit, sebelum cukai):
| Tarikh dalam app | Maksud | Contoh |
|---|---|---|
| Announced | Tarikh REIT umumkan agihan ni | 30 Jul 2026 |
| Ex-Date | Anda mesti dah pegang unit sebelum tarikh ni untuk layak. Beli pada atau selepas tarikh ni, agihan kali ni tak dapat | 12 Ogos 2026 |
| Record Date | Tarikh REIT semak senarai pemegang unit yang layak | 13 Ogos 2026 |
| Payment Date | Tarikh agihan masuk akaun | 28 Ogos 2026 |
Tak perlu pegang setahun penuh untuk dapat agihan. Yang penting, unit tu dah ada dalam akaun anda sebelum Ex-Date. Penerangan lanjut tentang ex-dividen dan bila duit masuk ada dalam dividen — duit masuk sendiri.
- Frequency tak kira agihan khas
Nama REIT di atas contoh untuk anda belajar membaca skrin, bukan cadangan beli.
Beli REIT Bursa yang pertama
REIT Bursa dibeli macam saham biasa:
- Satu lot = 100 unit. REIT berharga RM2.00 seunit perlukan lebih kurang RM200 untuk satu lot. Moomoo juga benarkan odd lot (kurang 100 unit), tapi dengan amaran, dan ia lambat dipenuhi. Penerangan lot dan odd lot ada dalam tutorial beli saham pertama.
- Guna order Limit, dan semak Max Qty to Buy (Cash) supaya tak terguna margin.
- Yuran: sama macam saham Bursa (platform fee RM3 setiap order, clearing 0.03%, SST 8%), dan duti setem untuk REIT maksimum RM200. Untuk order kecil, platform fee RM3 tu jadi peratus yang besar. Senarai penuh dalam yuran Moomoo.
- Agihan masuk akaun Moomoo anda dalam ringgit bila REIT tu bayar.
Moomoo atau Rakuten Trade untuk REIT? Peraturan lot 100 unit sama di mana-mana broker Bursa. Daus sendiri pegang REIT Bursa melalui Rakuten Trade. Yang berbeza antara broker ialah yuran setiap order, jadi bandingkan yuran broker yang anda guna sebelum beli. Kalau anda dah buka Moomoo dengan deposit RM1,000, anda boleh terus beli REIT dalam Moomoo.
Margin hidup secara default. Kalau order lebih mahal dari tunai anda, Moomoo tampung bakinya dengan pinjaman ringgit pada kadar 6.8% setahun. Sebelum tekan Buy, semak Max Qty to Buy (Cash) — itu tunai sahaja. Max Qty to Buy tanpa "Cash" termasuk pinjaman. Cara semak dan tutup: margin dalam Moomoo.
Cukai atas agihan REIT: ada perubahan
Dulu, agihan REIT kepada individu dipotong cukai pegangan muktamad 10% sebelum masuk akaun. Kadar istimewa tu tak disambung selepas tahun taksiran 2025. Mulai YA2026, ikut Nota Amalan LHDN 2/2026 (seperti diringkaskan KPMG), kebanyakan agihan REIT kepada individu pemastautin tak lagi dipotong cukai pegangan muktamad, dan perlu diisytiharkan dalam cukai pendapatan anda pada kadar biasa.
Industri REIT minta kadar 10% dikembalikan dalam Bajet 2027 (dibentang 9 Okt 2026). Jadi semak keputusan bajet tu atau laman LHDN untuk kadar terkini. Untuk keadaan cukai anda sendiri, rujuk LHDN atau perunding cukai.
REIT Bursa atau REIT Amerika?
| REIT Bursa | REIT Amerika (contohnya ETF VNQ) | |
|---|---|---|
| Mata wang | Ringgit | USD |
| Cukai agihan | Ikut peraturan Malaysia (lihat atas) | Dipotong 30% di Amerika sebelum masuk akaun |
| Cukai pusaka | Tiada isu cukai pusaka Amerika | Aset Amerika lebih USD60,000 boleh kena cukai pusaka Amerika |
| Modal | Satu lot, ratusan ringgit | Fractional, minimum USD5, waktu malam |
| Hartanah | Malaysia | Amerika |
Untuk beginner Malaysia yang mahukan agihan, REIT Bursa biasanya lebih mudah: ringgit, tiada potongan 30%, dan dibeli waktu siang.
Daus cadang buka akaun Moomoo bila dah ada RM1,000 sedia untuk deposit pertama. Reward new user bermula pada RM1,000, dan setiap order ada yuran tetap (RM3 untuk saham Bursa), jadi kalau modal kecil, peratus yang hilang jadi besar. Secara teknikal Moomoo tiada deposit minimum. Ini cadangan Daus.
Belum cukup RM1,000? Jangan daftar dulu, sebab jam 30 hari untuk reward mula berjalan hari anda daftar. Kumpul dulu dalam Versa Cash-i atau ShopeePay Money+, dan sementara tu belajar guna Paper Trading atau simulator. (Daus juga ada kod rujukan Versa dan Money+.)
Kandungan ini perkongsian pendidikan, bukan nasihat kewangan. Senarai REIT dan peraturan cukai boleh berubah; rujuk SC, Bursa Malaysia dan LHDN.
Nak mula dengan REIT Bursa? Pastikan RM1,000 dah sedia, kemudian daftar.
Bila dah ada RM1,000 sedia: daftar guna link Daus, masukkan kod DAUSDK37 dalam "Special Deposit" SEBELUM deposit pertama, deposit RM1,000 dalam 30 hari selepas daftar, tekan Claim sendiri, dan kekalkan deposit 60 hari. Lebih kurang RM150 untuk deposit RM1,000, sehingga RM1,500 untuk deposit lebih besar.
Daftar Moomoo & Claim RewardDaus ialah Marketing Representative rasmi Moomoo Malaysia dan dapat komisen bila anda daftar & deposit. Tiada kos tambahan pada anda.