Moomoo vs Webull, Rakuten Trade, FSMOne dan StashAway — beza yang betul-betul penting

Ramai tanya platform mana lebih bagus untuk saham dan ETF. Halaman ni banding lima platform berlesen SC dari segi yuran saham US dan Bursa, pasaran, fractional, tukaran ringgit, Syariah dan produk lain, dengan sumber rasmi. Termasuk beza broker dengan robo-advisor, dan kenapa Moomoo bukan pengganti ASB atau Versa.

📂 Mula⏱️ Baca 9 minit

“Daus, Moomoo dengan Webull mana lagi bagus?”

“Saya dah ada Rakuten. Patut pindah ke Moomoo?”

“StashAway tu sama macam Moomoo ke?”

Daus kena jujur dulu sebelum jawab. Daus ialah Marketing Representative Moomoo dan dapat komisen bila orang daftar guna link Daus. Jadi Daus akan tunjuk angka dari laman rasmi setiap platform, termasuk tempat Moomoo kalah, dan biar anda nilai sendiri.

Daus sendiri pun guna lebih dari satu platform. Saham dan ETF US serta saham Bursa dalam Moomoo, ETF emas dan perak dalam Webull, dan REIT Bursa dalam Rakuten Trade.


Dulu: broker atau robo-advisor?

Ini beza paling penting, dan ramai terlepas.

  • Broker (Moomoo, Webull, Rakuten Trade, FSMOne) — anda pilih sendiri saham atau ETF apa nak beli, bila nak beli, dan berapa. Yuran dikenakan setiap kali anda beli atau jual.
  • Robo-advisor (StashAway, dan juga Wahed) — anda jawab soalan tentang risiko, kemudian platform tu pilih campuran ETF dan urus untuk anda, termasuk imbang semula. Anda bayar yuran pengurusan tahunan atas jumlah pelaburan, dan anda tak pilih saham satu-satu.

Tiada yang lebih baik secara mutlak. Kalau anda nak belajar dan pilih sendiri, broker sesuai. Kalau anda langsung tak nak fikir, robo-advisor lebih senang, tapi anda bayar untuk kemudahan tu setiap tahun.


Perbandingan ringkas

Yuran standard (selepas promosi tamat), disemak dari laman rasmi setiap platform pada 18 Oktober 2026. Yuran berubah. Semak semula di laman platform sebelum buat keputusan.

Moomoo Webull Rakuten Trade FSMOne StashAway
Jenis Broker Broker Broker Broker + unit trust Robo-advisor
Pasaran saham Bursa, US, HK, SG, China A Bursa, US, HK, China A Bursa, US, HK Bursa, US, SG, HK, China, UK Portfolio ETF global
Saham/ETF US setiap order 0.03% + USD0.99 platform fee 0.025%, minimum USD0.99 0.10% (ada minimum) Saham 0.08%, min USD3.80. ETF USD3.80 Tiada yuran setiap order (yuran pengurusan tahunan)
Fractional (bawah 1 unit) Ya, dari USD5 Ya, dari USD1 Ya Melalui pelan ETF bulanan Dalam portfolio
Saham Bursa setiap order 0.03% + RM3 platform fee 0.05%, minimum RM2.50 Bertingkat dari RM1, maksimum RM100 Saham 0.05%, min RM8.80 Tiada
Deposit ringgit, beli saham US Ya Ya Ya Ya Ya
Pegangan saham Bursa Akaun nominee (ada CDS khas untuk IPO) Akaun nominee Akaun nominee Akaun nominee Tiada
Dana pasaran wang Cash Plus (termasuk dana Islamik) Ada (dana Syariah) Tiada dijumpai Ada Ada
Penapis Syariah Ya Ya Ya Belum disahkan Portfolio Syariah
Pilih saham sendiri Ya Ya Ya Ya Tidak
Yuran pengurusan tahunan Tiada Tiada Tiada Tiada untuk saham 0.8% setahun untuk RM150,000 pertama, turun untuk jumlah lebih besar

Nota yang penting untuk jadual tu:

  • Promosi. Pengguna baru Moomoo dapat 180 hari tanpa komisen (platform fee USD0.99 masih dikenakan). Webull pula beri 0% komisen saham US untuk pengguna baru selama 365 hari, dan untuk pengguna sedia ada sampai 31 Disember 2026. Promosi ni tak kekal.
  • Belian kecil dalam Moomoo. Untuk order bawah 1 unit, Moomoo kenakan 0.99% daripada nilai order (maksimum USD0.99), bukan USD0.99 penuh. Cara kira ada dalam yuran Moomoo.
  • Tukaran ringgit ke USD. Hanya StashAway yang terbitkan kadar spread tukaran (0.35%). Moomoo, Webull, Rakuten Trade dan FSMOne tak terbitkan spread mereka, jadi Daus tak boleh banding bahagian ni dengan adil.
  • Duti setem dan SST dikenakan ikut peraturan Malaysia, dan cara setiap platform kenakan berbeza sedikit.

Moomoo vs Webull

Ini soalan paling kerap.

Tempat Webull menang:

  • Yuran saham US lebih rendah. Webull tiada platform fee, jadi untuk order unit penuh, kos setiap order Webull biasanya lebih rendah dari Moomoo.
  • Fractional dari USD1, berbanding USD5 di Moomoo.

Tempat Moomoo menang:

  • Alat belajar dan kajian. Screener, Compare, Heat Map, Industry Chain, Investment Themes dan Moomoo AI yang boleh jawab dalam Bahasa Melayu. Semua ada tutorial dalam laman ni.
  • RSP (belian automatik) untuk saham dan ETF US, dengan pilihan harian, mingguan atau bulanan.
  • Saham Bursa lebih murah untuk order besar. Moomoo 0.03% campur RM3, Webull 0.05%. Untuk order RM10,000, komisen Moomoo sekitar RM6 (RM3 + RM3), Webull sekitar RM5. Untuk order RM50,000, Moomoo sekitar RM18, Webull sekitar RM25. Untuk order kecil, Webull sedikit lebih murah.
  • Akaun CDS untuk mohon IPO Bursa, terus dari app. Tutorial dalam daftar CDS untuk IPO.

Kesimpulan Daus: kalau anda cuma nak beli ETF US setiap bulan dan nak yuran paling rendah, Webull memang kompetitif. Kalau anda beginner yang nak belajar, buat kajian, set RSP, dan nak saham Bursa serta IPO dalam satu app, Moomoo lebih lengkap.


Moomoo vs Rakuten Trade

Rakuten Trade kuat untuk saham Bursa bersaiz kecil hingga sederhana, sebab yurannya bertingkat dan bermula serendah RM1 untuk order kecil, dengan had maksimum RM100. Ia juga ada penanda Syariah dan penapis Bursa (Syariah). Daus guna Rakuten Trade untuk REIT Bursa.

Untuk saham US, kadar Rakuten Trade 0.10% setiap order, lebih tinggi dari Moomoo dan Webull untuk order besar. Ikut halaman bantuan Rakuten Trade sendiri, anda tak boleh mohon IPO melalui akaun Rakuten Trade.

“Patut pindah dari Rakuten ke Moomoo?” Tak semestinya. Kalau Rakuten dah cukup untuk apa anda buat, tiada sebab nak pindah. Ramai orang guna dua akaun untuk tujuan berbeza.


Moomoo vs FSMOne

FSMOne lebih kepada kedai serba ada: saham, ETF, unit trust, bon dan portfolio terurus. Ia sesuai kalau anda nak unit trust dan bon dalam satu tempat.

Untuk saham, yuran minimum FSMOne lebih tinggi (RM8.80 untuk saham Bursa, USD3.80 untuk saham US). Untuk order kecil, peratus yuran jadi besar. FSMOne ada pelan simpanan ETF bulanan dari RM100 sebulan tanpa caj pemprosesan.

Perbandingan yuran Moomoo dengan FSMOne yang lebih terperinci ada dalam yuran Moomoo.


Moomoo vs StashAway

Ini bukan perbandingan yang sama jenis. StashAway ialah robo-advisor:

  • Anda tak boleh pilih saham satu-satu. StashAway pilih campuran ETF ikut tahap risiko anda.
  • Yuran pengurusan 0.8% setahun untuk RM150,000 pertama, turun untuk jumlah lebih besar. Ini dikenakan setiap tahun atas seluruh nilai pelaburan, sama ada pasaran naik atau turun.
  • Spread tukaran ringgit ke USD 0.35%.

Kalau anda beli ETF S&P 500 sendiri dalam broker dan pegang lama, anda tak bayar yuran pengurusan tahunan platform, cuma yuran dalam ETF tu sendiri yang biasanya sangat kecil. Tapi anda kena buat sendiri: pilih, beli, dan imbang semula.

Kalau anda nak robo-advisor patuh Syariah, Daus ada tutorial Wahed di wahed.dausdk.com.


Moomoo vs ASB, Versa, Money+ dan simpanan bank

Ramai banding Moomoo dengan ASB atau Versa. Sebenarnya ia bukan pesaing. Ia ada tugas berbeza:

ASB Versa Cash-i, Money+, Cash Plus Moomoo (saham dan ETF)
Tugas Simpan, harga seunit tetap RM1 Simpan duit yang mungkin perlu bila-bila Melabur jangka panjang
Nilai boleh turun? Harga unit tetap Sangat kecil Ya, boleh jatuh 20% hingga 30%
Sesuai untuk Simpanan jangka sederhana (Bumiputera) Dana kecemasan, duit menunggu Duit 5 tahun ke atas

Daus sendiri simpan duit selamat dalam ASB dan Versa Cash-i, dan melabur jangka panjang dalam Moomoo. Cara pecah duit antara semua ni ada dalam susun duit sebelum melabur dan duit jangka pendek.


Satu akaun atau banyak?

Tiada salahnya guna lebih dari satu platform, asalkan anda tahu kenapa. Tapi untuk beginner, Daus cadang mula dengan satu dulu. Lebih banyak akaun bermaksud lebih banyak kata laluan, lebih banyak yuran minimum, dan lebih susah nak nampak keseluruhan duit anda.

Semak lesen sebelum guna mana-mana platform

Semua lima platform di atas berlesen Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kalau ada orang ajak anda guna platform yang tiada dalam senarai pelesenan SC, atau janji untung tetap, berhenti. Cara semak lesen dalam 2 minit ada dalam scam & keselamatan pelabur.

Kandungan ini perkongsian pendidikan, bukan nasihat kewangan. Daus ialah Marketing Representative Moomoo dan menerima komisen rujukan. Yuran disemak dari laman rasmi Moomoo, Webull, Rakuten Trade, FSMOne dan StashAway pada 18 Oktober 2026, dan boleh berubah.

Dah pilih Moomoo? Ni cara daftar langkah demi langkah.

Bila dah ada RM1,000 sedia: daftar guna link Daus, masukkan kod DAUSDK37 dalam "Special Deposit" SEBELUM deposit pertama, deposit RM1,000 dalam 30 hari selepas daftar, tekan Claim sendiri, dan kekalkan deposit 60 hari. Lebih kurang RM150 untuk deposit RM1,000, sehingga RM1,500 untuk deposit lebih besar.

Daftar Moomoo & Claim Reward

Daus ialah Marketing Representative rasmi Moomoo Malaysia dan dapat komisen bila anda daftar & deposit. Tiada kos tambahan pada anda.

Tanya Daus