Lepas beli saham pertama, apa jadi? — baca untung rugi, reward, dividen dan bulan pertama

Anda dah tekan Buy. Sekarang nombor merah, reward belum nampak, dan anda tak pasti nak buat apa bulan depan. Halaman ni terang apa yang anda tengok dalam Positions, kenapa hari pertama selalu merah, bila setiap reward masuk, dan apa nak buat sebulan pertama.

📂 Jadi Pelabur⏱️ Baca 11 minit

Tahniah, order pertama anda dah siap. Ramai orang tak sampai tahap ni langsung.

Tapi Daus nak bagitau satu benda yang Daus nampak dalam DM. Daripada 16 orang yang dah beli saham pertama, cuma 2 yang sambung sampai jadi tabiat bulanan. Yang lain berhenti di sini. Bukan sebab rugi, tapi sebab tak tahu nak buat apa lepas tu. Ada yang buka app, nampak nombor merah, rasa cemas, dan terus tak buka lagi.

Halaman ni untuk elak benda tu jadi pada anda. Kita baca nombor dalam app sama-sama, faham kenapa ia bergerak, tengok bila reward masuk, dan tutup dengan senarai semak untuk empat minggu pertama.


Bahagian 1 — Baca tab Positions

Buka tab Accounts. Di bahagian atas ada ringkasan seluruh akaun, dan bila anda scroll ke bawah, anda jumpa Positions, iaitu senarai semua saham dan ETF yang anda pegang.

  1. Ringkasan akaun
  2. Setiap saham anda
Nombor dalam akaun Daus ditutup. Susunan lajurnya sama dengan akaun anda.

Ada lima benda yang anda perlu faham. Lepas faham lima ni, skrin tu tak lagi menakutkan.

Market Value ialah nilai pegangan anda kalau dijual pada harga sekarang. Nilai ni berubah setiap kali harga bergerak.

Position P/L ialah untung atau rugi pegangan yang anda masih simpan. Ini dipanggil untung rugi belum nyata (unrealized). Maksudnya ia baru untung atau rugi atas kertas. Selagi anda belum jual, nombor ni boleh berubah arah esok.

Today’s P/L ialah pergerakan hari ni sahaja. Nombor ni yang paling banyak buat orang cemas, dan paling kurang penting untuk pelabur jangka panjang.

Price/Cost dalam senarai Positions tunjuk dua harga. Yang atas ialah harga pasaran sekarang. Yang bawah ialah Kos purataPurata harga yang anda bayar untuk semua unit yang anda pegang.Lihat dalam glosari → anda, iaitu purata harga yang anda bayar untuk setiap unit. Kalau anda beli tiga kali pada harga berbeza, Moomoo puratakan semuanya jadi satu angka.

Untung rugi nyata (realized) pula hanya wujud lepas anda jual. Masa tu barulah untung atau rugi tu betul-betul jadi milik anda, dan ia tak berubah lagi.

Satu ayat untuk ingat

Selagi anda belum jual, merah dan hijau dalam Positions ialah gambaran hari ni, bukan keputusan akhir.

Penerangan setiap nombor lain di skrin Accounts (Total Assets, Net Assets, Total Cash, Withdrawable, Cash BP) ada dalam tutorial baca skrin akaun Moomoo.

Market Value lebih besar daripada Total Assets?

Itu tanda margin sedang digunakan. Total Assets ialah nilai saham campur tunai anda. Kalau nilai saham (Market Value) lebih besar daripada jumlah tu, maksudnya tunai anda negatif, iaitu anda beli lebih daripada duit sendiri dan bakinya pinjaman.

Order lebih besar dari tunai = pinjaman

Margin hidup secara default. Kalau order lebih mahal dari tunai anda, Moomoo tampung bakinya dengan pinjaman ringgit pada kadar 6.8% setahun. Sebelum tekan Buy, semak Max Qty to Buy (Cash) — itu tunai sahaja. Max Qty to Buy tanpa "Cash" termasuk pinjaman. Cara semak dan tutup: margin dalam Moomoo.

Cara langsaikan hutang tu dan matikan margin, langkah demi langkah, ada dalam margin dalam Moomoo.


Bahagian 2 — Kenapa hari pertama hampir selalu merah

Ramai yang mesej Daus dalam keadaan panik: “Baru beli tadi, dah rugi. Saya salah beli ke?”

Jawapannya hampir selalu tidak. Ada dua sebab kenapa nombor tu merah sejurus lepas beli, dan dua-dua ni normal.

1. Yuran dagangan dah dikira. Setiap order ada yuran. Untuk saham US, order bawah 1 unit (fractional) kena platform fee 0.99% daripada nilai order (maksimum USD0.99), order 1 unit ke atas kena USD0.99, dan setiap order kena duti setem lebih kurang USD0.24. Untuk Bursa pula ada Platform Fee RM3 dan caj lain. Yuran ni dimasukkan dalam kos anda, jadi sebaik order siap, anda dah “rugi” sebanyak yuran tu walaupun harga tak bergerak langsung.

Contoh sebenar dari akaun Daus: belian VOO bernilai USD25 kena platform fee USD0.25 dan duti setem USD0.24, jumlahnya USD0.49, lebih kurang 2% daripada USD25. Jadi P/L terus tunjuk lebih kurang −2% walaupun harga ETF tu tak turun sesen pun. Sebab tu Daus selalu cakap, beli lebih jarang dengan jumlah lebih besar supaya yuran tak makan modal. Jadual penuh ada dalam yuran Moomoo.

2. Beza harga beli dan harga jual. Dalam pasaran, sentiasa ada dua harga: harga orang sanggup beli (bid) dan harga orang sanggup jual (ask). Beza antara dua harga ni dipanggil Bid / Ask (dan spread)Bid = harga pembeli sanggup bayar. Ask = harga penjual mahu. Bezanya = spread.Lihat dalam glosari →. Bila anda beli, anda bayar pada harga ask yang lebih tinggi. Tapi nilai pegangan anda dikira dari harga pasaran semasa. Beza kecil tu nampak macam rugi pada minit pertama.

Dua-dua benda ni kecil dan berlaku sekali sahaja setiap order. Kalau anda pegang lama, ia jadi tak bermakna.


Bahagian 3 — Turun naik tu normal. Tak payah buka app setiap hari.

Ini bahagian yang paling penting dalam halaman ni.

Pasaran saham naik turun setiap hari. Kadang turun sikit, kadang turun banyak. Itu bukan tanda ada benda rosak. Itulah harga yang pelabur bayar untuk peluang dapat pulangan lebih tinggi daripada simpanan biasa.

Tengok dua contoh sebenar dari indeks S&P 500Indeks 500 syarikat besar tersenarai di Amerika Syarikat.Lihat dalam glosari →, iaitu 500 syarikat terbesar di US:

  • Tahun 2020, masa COVID mula merebak, S&P 500 jatuh lebih kurang 34% dalam masa sebulan sahaja. Orang yang panik dan jual masa tu kunci kerugian mereka. Tapi dalam masa lebih kurang lima bulan, indeks tu dah naik semula ke paras tertinggi baru.
  • Tahun 2022, bila kadar faedah naik, S&P 500 turun lebih kurang 25% dan ambil masa hampir dua tahun untuk pulih sepenuhnya. Pulih, tapi lambat. Dan sepanjang dua tahun tu, orang yang terus beli setiap bulan sebenarnya dapat harga yang lebih murah.

Dua contoh ni tak menjamin pasaran akan sentiasa pulih macam tu. Tapi ia tunjuk satu benda: jatuh 10% atau 20% ialah perkara biasa untuk saham, bukan kejadian luar biasa.

Jadi kenapa tak payah buka app setiap hari?

Sebab melihat nombor setiap hari tak ubah apa-apa pada pelaburan jangka panjang, tapi ia ubah perasaan anda. Hari merah buat anda rasa nak jual. Hari hijau buat anda rasa nak beli lebih. Dua-dua dorongan tu selalunya datang pada masa yang salah.

Daus cadangkan cara ni: semak sebulan sekali, pada hari gaji masuk. Tambah modal kalau ada, semak RSP berjalan, dan tutup app. Selebihnya biar masa yang buat kerja.

Bila perlu betul-betul risau

Turun naik harga ialah normal. Yang tak normal ialah kalau anda perlukan duit tu dalam masa terdekat. Kalau jatuh 20% buat anda tak boleh bayar sewa bulan depan, masalahnya bukan pasaran, tapi duit tu memang tak patut dilaburkan. Labur hanya duit lebih, lepas ada dana kecemasan.


Bahagian 4 — Bila setiap reward masuk

Kalau anda daftar guna link Daus dan masukkan kod DAUSDK37 di Special Deposit sebelum deposit pertama, reward anda datang berperingkat. Tak semua masuk serentak, dan itulah punca paling biasa orang tanya “mana reward aku?”

Untuk deposit RM1,000, ini susunannya:

  1. Tekan Claim dulu. Reward tak masuk sendiri. Pergi Discover → Me → Promotions, tekan kad Welcome Rewards, kemudian butang Rewards / Claim Now, dan dalam popup My Reward tekan Claim. (Kalau app anda ada tab Me di bar bawah, terus Me → Promotions.) Buat ni terus lepas deposit, bukan tunggu 60 hari, sebab tuntutan hanya dibuka dalam tempoh kempen semasa. Semak tarikh akhir kempen dalam app.
  2. Dua kupon RM25 jadi aktif sebaik anda claim, dan sah 90 hari. Setiap satu kupon perlukan satu order beli sekurang-kurangnya RM200 (nilai dalam ringgit). Dalam 3 hari dagangan lepas order tu siap, RM25 masuk sebagai tunai. RM25 tu tak kurangkan harga order; ia masuk lepas, sebagai tunai. Satu kupon untuk satu order, jadi dua kupon perlukan dua order RM200 ke atas. Kalau belian pertama anda bawah RM200, kupon tu belum terpakai, jadi buat satu order RM200 ke atas dalam tempoh 90 hari tu.
  3. Kupon RM50 (reward rasmi new user) dan reward Apple dari kod DAUSDK37 hanya unlock lepas net deposit anda kekal sekurang-kurangnya RM1,000 selama 60 hari. Untuk deposit RM1,000, reward dari kod tu muncul dalam My Rewards sebagai “Apple ≈ USD12.79” (nilainya ikut harga saham Apple). Lepas unlock, kupon RM50 masuk dalam 10 hari dagangan. Kira-kira dua bulan setengah hingga tiga bulan dari hari deposit.

Semua reward ni boleh disemak di Me → My Rewards, lengkap dengan status masing-masing.

  1. Status
My Rewards. Setiap reward ada status sendiri di kanan.

Jadual penuh dengan semua tahap deposit ada di halaman reward, bahagian bila setiap reward masuk.

Cara guna kupon RM25

Lepas claim, dua kupon RM25 ada dalam Me → My Rewards dengan butang Use. Anda tak perlu buat apa-apa yang rumit:

  1. Buat order beli saham atau ETF bernilai sekurang-kurangnya RM200 dalam satu order, dalam 90 hari lepas claim.
  2. Ikut terma rasmi, kupon dipakai secara automatik pada order yang layak (kupon yang paling awal tamat dipakai dulu). Satu kupon untuk satu order, jadi kupon kedua perlukan order kedua yang juga RM200 ke atas.
  3. Harga order tak berkurang. RM25 masuk sebagai tunai ke akaun anda dalam 3 hari dagangan lepas order siap.
  1. Dua kupon RM25 · Use
Kupon RM25 dengan butang Use (screenshot audiens).

Dah deposit, tapi butang Claim atau kupon tak keluar

Semak dulu deposit anda betul-betul dah masuk. Pergi Accounts → Transfers, dan tengok senarai History → Deposit di bawah. Kalau deposit masih Pending, reward belum boleh dituntut. Selalunya puncanya dua: akaun belum lulus (kelulusan biasanya 1 hingga 3 hari bekerja), atau nama pemegang akaun bank tak sama huruf demi huruf dengan nama dalam Moomoo.

Kalau deposit dah berjaya masuk, ingat yang Claim tu manual. Tiada butang Claim muncul sendiri di skrin utama; anda kena pergi Discover → Me → Promotions → Welcome Rewards dan tekan Claim seperti langkah 1 di atas.

Masih tiada apa-apa walaupun deposit RM1,000 atau lebih dah masuk dalam 30 hari selepas daftar? Hubungi customer service Moomoo dan sertakan tarikh deposit.

  1. Transfers
  2. History → Deposit
  3. Rekod deposit anda
Accounts → Transfers. Rekod deposit ada di bahagian History.

“Hold 60 hari” maksudnya jangan withdraw, bukan jangan sentuh

Ramai salah faham di sini. Hold 60 hari tak bermaksud duit anda terkunci dan tak boleh diguna.

Sepanjang 60 hari tu, anda bebas beli saham, beli ETF, jual, dan beli semula dalam Moomoo. Yang tak boleh ialah keluarkan duit (withdraw) ke bank sampai baki net deposit jatuh bawah RM1,000. Kalau itu berlaku, kupon RM50 dan saham Apple tak akan unlock.

Satu lagi yang Daus perlu bagitau awal: kalau pelaburan anda rugi lebih 20% dalam tempoh tu, syarat kunci dana boleh gagal. Kalau jadi, hubungi customer service Moomoo untuk semak.


Bahagian 5 — Dividen: bila masuk, dan kenapa dipotong

DividenSebahagian keuntungan syarikat yang diagihkan kepada pemegang saham.Lihat dalam glosari → ialah sebahagian untung syarikat yang dibayar kepada pemegang saham. Banyak ETF juga bayar dividen, sebab ETF tu pegang saham syarikat yang bayar dividen.

Bila ia masuk? Setiap syarikat dan ETF ada jadual sendiri. Ada yang bayar setiap suku tahun (empat kali setahun), ada yang setahun sekali atau dua kali. Anda layak dapat dividen kalau anda dah pegang saham tu sebelum tarikh ex-dividend. Beli pada atau selepas tarikh tu, dividen kali ni tak dapat. Tarikh ni ada dalam halaman saham di Moomoo, bawah bahagian dividen.

Bila tiba tarikh bayaran, duit masuk sebagai tunai dalam akaun Moomoo anda, dalam mata wang saham tu. Dividen saham US masuk dalam USD, dan dividen Bursa masuk dalam ringgit. Ia tak masuk ke akaun bank anda secara terus.

Kenapa dividen saham dan ETF US dipotong 30%? Sebab kerajaan US kenakan cukai pegangan (withholding tax) sebanyak 30% atas dividen yang dibayar kepada pelabur luar negara, termasuk rakyat Malaysia. Potongan ni dibuat di US sebelum duit sampai kepada anda. Jadi kalau ETF anda umum dividen USD1.00, yang masuk akaun cuma lebih kurang USD0.70.

Ini bukan caj Moomoo, dan anda tak perlu isi apa-apa borang untuk potongan tu. Setiap broker yang beri akses saham US kepada rakyat Malaysia akan tunjuk potongan yang sama.

Dividen Bursa pula kebanyakannya tak dipotong di sumber, sebab syarikat Malaysia dah bayar cukai atas untung mereka sebelum agih dividen. Cuma sejak tahun taksiran 2025, individu yang terima dividen lebih RM100,000 setahun kena cukai dividen 2%. REIT Bursa ada layanan cukai yang berbeza.

Nak dividen dilabur semula secara automatik?

Moomoo ada fungsi Dividend Reinvestment (DRIP). Bila dihidupkan, dividen yang masuk terus digunakan untuk beli unit saham yang sama. Ia ada di Accounts → All → Trade → Dividend Reinvestment. Penerangan ringkas ada dalam tutorial RSP.


Dah lama pegang saham Bursa (beli ikut sifu)? Nilai semula dengan empat soalan

Ramai yang DM Daus dengan saham Bursa yang dibeli bertahun lepas sebab ikut cadangan sifu, group atau kawan, dan sekarang tak tahu nak simpan atau lepas. Daus tak boleh cakap saham mana nak jual, tapi empat soalan ni boleh bantu anda buat keputusan sendiri:

  1. Kenapa saya beli dulu? Tulis sebab asal dalam satu ayat. Kalau jawapannya “sebab sifu cakap”, itu tanda anda belum pernah betul-betul nilai saham tu.
  2. Perniagaan dia masih bagus? Tengok untung beberapa tahun kebelakangan, hutang, dan dividen dalam halaman saham tu. Cara baca setiap nombor ada dalam analisis fundamental dalam Moomoo.
  3. Kalau saya tak pegang saham ni, saya beli tak hari ni pada harga ni? Lupakan harga anda beli dulu. Harga beli lama tak ubah apa yang syarikat tu bernilai sekarang.
  4. Berapa besar saham ni dalam portfolio saya? Kalau satu saham makan sebahagian besar duit anda, kecilkan risiko tu jadi lebih penting daripada tunggu harga balik ke paras beli.

Kalau jawapan anda tunjuk sebab asal dah tak benar, baca tiga sebab sah untuk menjual. Dan kalau sifu tu jual pakej, signal atau “coaching”, semak dulu scam dan keselamatan pelabur. Ni bukan nasihat kewangan; keputusan simpan atau jual tetap pada anda.


Bahagian 6 — Langkah seterusnya: jadikan ia automatik

Belian pertama ialah permulaan. Yang buat perbezaan dalam 5 atau 10 tahun ialah belian yang kedua, ketiga, dan seterusnya, setiap bulan, tanpa henti.

Cara paling senang untuk pastikan ia berlaku ialah RSP (Regular Savings Plan). Anda tetapkan apa nak beli, berapa, dan bila. Lepas tu Moomoo beli sendiri ikut jadual, walaupun anda sibuk atau terlupa.

Sebagai contoh apa yang Daus sendiri buat, bukan cadangan: Daus ada lima RSP mingguan USD25 dalam Moomoo, dan setiap satu beli sendiri tanpa Daus perlu buka app. Daus sedar setiap belian USD25 tu kena yuran lebih kurang 2%, jadi kalau anda nak jimat yuran, belian bulanan yang lebih besar lebih cekap daripada mingguan. Pilih kekerapan yang anda selesa.

Tutorial penuh dengan screenshot setiap skrin: Set RSP dalam Moomoo.


Senarai semak bulan pertama

Tanda satu minggu pada satu masa. Tanda anda tersimpan dalam browser ni, jadi anda boleh buka semula minggu depan.

Empat minggu pertama lepas beli

0/8 siap
Tanda anda tersimpan dalam browser ni sahaja.

Ringkasan

  1. Position P/L ialah untung rugi belum nyata. Nombor ni berubah selagi anda belum jual.
  2. Hari pertama merah sebab yuran dan spread. Itu normal.
  3. Jatuh 10% hingga 20% ialah perkara biasa untuk saham. Semak sebulan sekali, bukan setiap hari.
  4. Reward datang berperingkat: tekan Claim dulu, dalam tempoh kempen semasa, kupon RM25 lepas satu order beli RM200 ke atas, yang lain lepas 60 hari.
  5. Hold 60 hari maksudnya jangan withdraw. Beli dan jual dalam akaun tetap boleh.
  6. Dividen US dipotong 30% di US. Itu cukai, bukan caj broker.
  7. Langkah seterusnya: set RSP.

Ni perkongsian cara guna app, bukan nasihat kewangan. Saham dan ETF boleh turun nilai, dan prestasi lepas tak menjamin prestasi akan datang. Ikut keadaan diri anda sendiri.

Belum beli apa-apa lagi? Mula dari akaun dulu.

Bila dah ada RM1,000 sedia: daftar guna link Daus, masukkan kod DAUSDK37 dalam "Special Deposit" SEBELUM deposit pertama, deposit RM1,000 dalam 30 hari selepas daftar, tekan Claim sendiri, dan kekalkan deposit 60 hari. Lebih kurang RM150 untuk deposit RM1,000, sehingga RM1,500 untuk deposit lebih besar.

Daftar Moomoo & Claim Reward

Daus ialah Marketing Representative rasmi Moomoo Malaysia dan dapat komisen bila anda daftar & deposit. Tiada kos tambahan pada anda.

Tanya Daus