Cara beli saham pertama dalam Moomoo (screenshot setiap skrin)

Panduan skrin demi skrin — cari saham, baca skrin order, limit vs market, saiz lot Bursa Malaysia, dan apa jadi selepas anda tekan Buy. Ada screenshot sebenar app untuk setiap langkah.

📂 Beli Saham⏱️ Baca 12 minit
Nak cuba tekan sendiri dulu?Simulator 17 tekanan guna skrin app sebenar. Salah pun tak apa, tiada duit bergerak.

Ini saat yang buat ramai orang tergantung berbulan-bulan. Akaun dah siap, duit dah masuk, tapi butang Buy tu rasa berat sangat nak tekan — sebab tak pasti apa yang akan berlaku lepas tekan.

Belum masukkan duit lagi? Ikut cara deposit Moomoo dulu, kemudian datang balik ke sini.

Jadi kita buat begini: setiap skrin dalam panduan ni ada screenshot sebenar dari app Moomoo, dengan bulatan oren menunjuk tempat yang anda kena tekan. Ikut satu-satu, dan anda takkan tersesat di tengah jalan.

Nak beli saham atau ETF Amerika, bukan Bursa?

Tutorial ni guna saham Bursa sebagai contoh, sebab saham Bursa dijual ikut lot. Kalau anda dah deposit (Daus cadang RM1,000 untuk deposit pertama) dan nak pecahkan belian saham atau ETF Amerika kepada order kecil, contohnya RM100 hingga RM300 satu order, terus ke beli ETF US pertama. Skrin order dia hampir sama, tapi ada tiga beza penting: boleh beli ikut jumlah duit (fractional), yuran dikira lain, dan order kecil hanya jalan waktu pasaran US, iaitu malam di Malaysia.

Screenshot ni diambil dalam mod Paper Trade

Supaya boleh tunjuk setiap skrin sampai habis termasuk skrin pengesahan, screenshot ni diambil guna Paper Trade (mod latihan duit mainan dalam Moomoo). Skrin order untuk duit sebenar sama persis. Beza dia cuma satu: akaun sebenar akan minta trading password anda sebelum benarkan order. Daus tunjuk skrin tu juga di bawah.

Tak suka baca? Tengok video pendek ni

Beli yang pertamaVideo 56 saat · ada suara dan sari kata
Tak boleh tekan Buy?Video 34 saat · ada suara dan sari kata

Sebelum anda tekan apa-apa — tiga soalan

Jawab dulu, jujur. Tiga soalan ni ambil 30 saat, dan ia menyelamatkan lebih ramai orang daripada mana-mana analisis teknikal.

1. Duit ni saya perlukan dalam 6 bulan akan datang? Kalau ya, jangan laburkan. Pasaran boleh turun bila-bila masa, dan anda tak nak terpaksa jual masa harga rugi sebab perlu duit tu untuk bayar sesuatu.

2. Saya faham tak syarikat ni buat apa? Kalau anda tak boleh terangkan dalam satu ayat macam mana syarikat tu buat duit, anda bukan sedang melabur — anda sedang meneka.

3. Kalau harga ni turun 20% minggu depan, saya buat apa? Kalau jawapan jujur anda ialah “panik dan jual semua”, maknanya saiz belian anda terlalu besar untuk tahap keselesaan anda. Kecilkan dulu.


Bahagian 1 — Cari saham yang anda nak beli

1
Dalam app Moomoo

Buka fungsi Search

Tekan ikon kaca pembesar di bahagian atas skrin. Ikon ni ada dalam hampir semua tab — Markets, Accounts, Watchlists — jadi anda boleh cari saham dari mana-mana.

Skrin carian akan terbuka dan tunjuk:

  • Search History — saham yang anda pernah cari sebelum ni
  • MY Heat Ranking — saham Malaysia paling ramai orang tengok hari tu
  • Trending — tajuk berita yang sedang panas

Perhatikan senarai MY Heat Ranking tu. Setiap baris ada nombor 4 digit (contoh 1066, 1155) dan nama pendek (RHBBANK, MAYBANK). Nombor tu ialah kod saham Bursa Malaysia — itu identiti rasmi saham tersebut.

  1. Taip di sini
  2. Kod saham Bursa
Skrin carian. Kod 4 digit sebelah nama tu ialah kod saham Bursa.
2
Dalam app Moomoo

Taip nama syarikat — dan pilih yang BETUL

Taip nama syarikat dalam kotak carian. Anda tak perlu tahu kodnya — taip “maybank” pun boleh.

Sekarang bahagian paling penting dalam langkah ni. Tengok hasil carian dalam screenshot sebelah. Ada lapan hasil di atas, dan hanya satu daripadanya saham Maybank yang sebenar:

  • 1155 MAYBANK ← ini saham sebenar. Kod 4 digit, nama bersih.
  • 11552H, 11552V, 11552T, 11552I, 11552Q, 11552R ← semua ni call warrant atas saham Maybank, bukan saham. Kodnya bermula dengan kod induk 1155, kemudian ada nombor dan huruf tambahan. Namanya pula ada huruf C dan nama bank yang menerbitkannya, contohnya 11552H MAYBANKC2H diterbitkan oleh AmBank. Warrant produk berleveraj yang boleh jatuh ke sifar dan luput pada tarikh tertentu.
  • Maybank Retail Money Market-I Fund ← ini unit trust, bukan saham.

Cara kenal apa yang anda tengah pilih:

  • Saham biasa — kod 4 digit (contoh 1155 MAYBANK).
  • ETF Bursa — 4 digit diikuti EA (contoh 0828EA). Ini ETF yang sah untuk dilabur, bukan warrant.
  • Warrant — kod induk diikuti nombor atau huruf tambahan, dan nama ada C serta nama bank penerbit (contoh 11552H MAYBANKC2H).

Jadi jangan bergantung pada kod sahaja. Selalu baca nama penuh di bawah kod sebelum tekan.

Kesilapan yang paling mahal untuk beginner

Tersalah beli warrant sedangkan niat nak beli saham. Warrant nampak murah (beberapa sen sahaja berbanding RM10 untuk saham sebenar), jadi beginner rasa “eh murahnya”. Sebenarnya ia instrumen berbeza sepenuhnya: ia ada tarikh luput, dan kalau harga saham induk tak bergerak seperti dijangka, nilai warrant boleh jatuh ke sifar dan duit anda hilang terus. Kalau anda baru mula, elak warrant. Pilih saham biasa (kod 4 digit) atau ETF Bursa (kod berakhir EA), dan baca nama penuh dulu.

  1. Saham biasa — kod 4 digit
  2. Warrant — nama ada C + bank penerbit
  3. Unit trust, bukan saham
  4. Warrant juga
Lapan hasil, satu sahaja saham sebenar: 1155 MAYBANK. Yang lain warrant dan unit trust.

Bahagian 2 — Baca skrin saham sebelum beli

3
Dalam app Moomoo

Faham apa yang skrin saham cuba beritahu anda

Selepas anda tekan nama saham tadi, skrin saham akan terbuka. Sebelum tekan apa-apa, baca dulu lima benda ni — semuanya ada dalam screenshot sebelah:

1. Kod dan nama di kiri atas — 1155 MAYBANK. Pastikan ini memang saham yang anda niatkan.

2. Status pasaran — dalam screenshot ni tertulis “Market Closed Sep 11 16:57:02”. Maknanya Bursa sedang tutup, dan harga yang dipaparkan tu ialah harga penutup terakhir, bukan harga langsung. Kalau pasaran sedang buka, ruang ni akan tunjuk harga bergerak masa nyata.

3. Harga besar dan warna — 10.380 dengan anak panah ke bawah dan warna merah, serta -0.080 -0.76%. Dalam app Moomoo, merah bermakna turun dan hijau bermakna naik. (Ambil perhatian: ini terbalik daripada kebiasaan di pasaran China, jadi jangan keliru kalau anda pernah tengok app lain.)

4. High / Low / Volume di kanan — harga tertinggi dan terendah hari tu, dan berapa banyak saham bertukar tangan. Volume yang tinggi bermakna saham tu aktif diniagakan — senang nak beli dan senang nak jual.

5. Baris Bid dan Ask di bawah sekali — ini harga sebenar yang wujud dalam pasaran sekarang. Kita akan huraikan ini dengan lebih lanjut sebentar lagi, sebab ia menentukan sama ada order anda akan dipenuhi atau tidak.

  1. Trade
  2. Kod + nama + status
  3. Harga + perubahan
Skrin saham. Butang Trade oren di bawah itulah pintu masuk ke skrin order.
4
Dalam app Moomoo

Tekan Trade — dan masukkan trading password

Butang oren Trade ada di bahagian paling bawah skrin saham. Tekan butang tu.

Perhatikan ada ikon kunci kecil pada butang tu. Kunci tu bermaksud trading anda masih berkunci. Sebaik anda tekan, app akan minta Trading Password — enam digit yang anda tetapkan semasa membuka akaun.

Trading password ni berbeza daripada password login anda. Password login untuk masuk app; trading password khas untuk meluluskan order. Ia lapisan keselamatan supaya kalau telefon anda terbuka di tangan orang lain, dia masih tak boleh jual saham anda.

Kalau anda terlupa, tekan Forgot Password dalam kotak yang sama dan ikut proses pemulihan.

Anda hanya perlu masukkan sekali

Selepas anda masukkan trading password sekali, trading kekal terbuka untuk satu tempoh, jadi anda tak perlu taip setiap kali nak hantar order dalam sesi yang sama. Kalau app minta semula, itu normal. Taip sekali lagi.

  1. Taip 6 digit
Trading password 6 digit. Bukan password login anda.

Bahagian 3 — Skrin order, medan demi medan

Inilah skrin yang paling penting dalam seluruh app. Jangan tekan apa-apa dulu — kita baca setiap medan satu persatu.

  1. Bid/Ask
  2. Arah
  3. Jenis
  4. Harga
  5. Qty
  6. Hantar
Skrin order penuh. Enam benda yang anda kena faham, ditanda 1 hingga 6.

1. Baris Bid dan Ask — baca ini dulu

Bid 10.380 · 34.50K dan Ask 10.400 · 51.00K

Ini maklumat paling berguna di skrin, dan paling ramai orang abaikan.

  • Bid 10.380 bermaksud: ada pembeli dalam pasaran sekarang yang sanggup bayar RM10.380 untuk saham ni. Jumlah 34.50K bermaksud ada 34,500 unit diminta pada harga tu.
  • Ask 10.400 bermaksud: ada penjual yang sanggup lepaskan saham dia pada RM10.400. Ada 51,000 unit ditawarkan.

Beza antara dua harga tu (RM0.02 di sini) dipanggil spread.

Kenapa ini penting untuk anda? Sebab kalau anda nak beli sekarang juga, anda kena bayar harga Ask — iaitu RM10.400, bukan RM10.380 yang dipaparkan besar-besar di atas tadi. Saham aktif macam Maybank ada spread yang kecil. Saham kecil yang kurang diniagakan boleh ada spread yang besar, dan di situlah beginner rugi tanpa sedar.

2. Direction — Buy atau Sell

Butang hijau Buy bermakna beli. Butang merah Sell bermakna jual. Pastikan yang betul dipilih — ia berubah warna bila ditekan, jadi senang nak semak.

3. Order Type — pilihan paling penting dalam skrin ni

Tekan medan Order Type, dan satu senarai akan naik dari bawah skrin:

Dua jenis order asas
  1. Limit
  2. Market
Limit — anda tetapkan harga.
Market — pasaran tetapkan harga.
  1. Medan Price hilang
Pilih Market, dan medan Price hilang terus — anda tiada kawalan harga.

Limit orderArahan beli atau jual hanya pada harga yang anda tetapkan.Lihat dalam glosari → bermaksud: “beli saya pada harga ni atau lebih rendah, bukan lebih tinggi.”

  • Kelebihan: anda kawal sepenuhnya harga maksimum yang anda bayar.
  • Risiko: kalau harga pasaran tak sampai ke tahap anda, order tu tak jadi langsung. Duit anda kekal, tapi anda tak dapat saham.

Market orderArahan beli atau jual sekarang, pada harga apa sekali pun yang pasaran bagi.Lihat dalam glosari → bermaksud: “beli sekarang juga, harga apa pun yang pasaran bagi.”

  • Kelebihan: hampir pasti dipenuhi serta-merta semasa pasaran buka.
  • Risiko: anda tiada kawalan langsung atas harga. Perhatikan dalam screenshot kanan di atas — sebaik anda pilih Market, medan Price terus hilang dari skrin. Untuk saham yang kurang aktif, anda boleh dapat harga yang jauh lebih teruk daripada yang anda nampak sesaat sebelum tu.

Satu lagi perbezaan yang menarik dalam screenshot tu: bila jenis order ialah Limit, Max Qty to Buy menunjukkan 96,100. Bila ditukar kepada Market, ia jatuh kepada 80,000. Sebabnya broker simpan buffer keselamatan — sebab dia sendiri tak tahu harga akhir yang anda akan dapat.

Untuk beginner: guna Limit

Letak harga limit anda pada harga Ask semasa (dalam contoh ni RM10.400) kalau anda memang nak ia dipenuhi hari ni. Kelebihan sebenar limit order bukan pada jimat satu dua sen — tapi ia memaksa anda tetapkan harga yang anda sanggup bayar sebelum tekan butang. Itu tabiat yang menyelamatkan anda bertahun-tahun kemudian.

Ada pilihan lain dalam senarai Order Type?

Ada. Pada sesetengah akaun dan pasaran, senarai Order Type lebih panjang dan dibahagi dua. Basic Order ada Limit dan Market. Conditional Orders pula ada Stop Limit, Stop Market, Trailing Stop Limit dan Trailing Stop, iaitu order yang hanya dihantar automatik bila harga sampai paras pencetus yang anda tetapkan.

Untuk beginner, guna Limit sahaja dulu. Order bersyarat tu berguna untuk orang yang dah faham cara harga bergerak, dan kalau tersilap set, order boleh tercetus pada masa yang anda tak jangka. Penerangan setiap jenis, berserta status order dan Time-in-Force, ada dalam tutorial jenis order Moomoo.

  1. Basic Order — Limit dan Market
  2. Conditional Orders — tunggu dulu
Senarai penuh Order Type. Beginner guna Limit.

4. Price — harga yang anda mahu

Medan ni muncul hanya untuk limit order. Ada tiga cara mengisinya:

  • Taip terus nombor yang anda mahu
  • Guna butang − dan + untuk naik-turun satu tick harga pada satu masa. Saiz tick ikut harga saham: 2 sen untuk saham RM10 hingga RM99.98 (sebab tu Bid 10.380 dan Ask 10.400 dalam contoh ni beza 2 sen), 1 sen untuk RM1 hingga RM9.99, dan setengah sen untuk saham bawah RM1
  • Tekan ikon bulatan sasaran di hujung kanan untuk auto-isi harga pasaran semasa

Moomoo juga menjaga anda di sini. Kalau anda taip harga yang jauh daripada harga pasaran, satu label oren kecil akan muncul terus di atas medan Price dan beritahu anda berapa peratus tersasar:

  1. Amaran
  2. Label amaran
Taip 10.500 sedangkan pasaran 10.380 — app terus beritahu "1.16% above current price".

Ini bukan halangan — anda masih boleh teruskan. Ia cuma jaring keselamatan untuk jari yang tersasar. Kalau anda nampak label tu dan anda tak berniat letak harga setinggi itu, periksa semula sebelum tekan Buy. Sebab kalau anda letak harga jauh lebih tinggi daripada pasaran, order anda akan dipenuhi serta-merta pada harga pasaran — bukan pada harga tinggi yang anda taip — tetapi anda telah melepaskan kawalan yang sepatutnya diberikan oleh limit order.

5. Quantity — dan hal lot yang ramai tak faham

Ini bahagian yang paling kerap buat beginner Malaysia tersasar, jadi kita bagi ruang sendiri di bawah.

Sebelah medan Quantity ada ikon kalkulator kecil. Tekan ikon tu, dan app akan tunjuk berapa banyak anda mampu beli dengan kuasa beli anda:

  1. Ikon ni
  2. Pilihan pantas kuantiti
Tekan ikon kalkulator: Max · 1/2 · 1/3 · 1/4 daripada kuasa beli anda.
Jangan tekan Max

Butang Max tu menggoda — satu tekanan, terus habis semua kuasa beli anda pada satu saham. Jangan. Anda mahu simpan tunai untuk peluang seterusnya, dan lebih penting lagi, anda tak mahu seluruh simpanan anda bergantung pada nasib satu syarikat.

6. Amount dan Max Qty to Buy

  • Amount — jumlah kasar yang akan ditolak dari akaun anda (harga × kuantiti). Dalam contoh: RM10.38 × 100 = RM1,038.00. Jumlah ni belum termasuk brokerage dan yuran lain.
  • Max Qty to Buy — had maksimum yang app benarkan. Pada sesetengah skrin (terutama saham US) ada dua baris: Max Qty to Buy (Cash) ialah tunai anda sahaja, manakala Max Qty to Buy tanpa perkataan Cash termasuk pinjaman margin.
Order lebih besar dari tunai = pinjaman

Margin hidup secara default. Kalau order lebih mahal dari tunai anda, Moomoo tampung bakinya dengan pinjaman ringgit pada kadar 6.8% setahun. Sebelum tekan Buy, semak Max Qty to Buy (Cash) — itu tunai sahaja. Max Qty to Buy tanpa "Cash" termasuk pinjaman. Cara semak dan tutup: margin dalam Moomoo.

Dah terlanjur beli lebih daripada tunai? Tandanya Total Cash jadi negatif atau baris mata wang jadi merah dalam Accounts. Itu maksudnya margin dah terguna dan faedah berjalan setiap hari. Cara langsaikan hutang dan tutup margin ada dalam margin dalam Moomoo.


Bahagian 3b — Berapa sebenarnya yuran? (jangan agak, kira)

Sebelum anda tekan Buy, elok anda tahu kos sebenar transaksi tu. Moomoo ada kalkulator yuran terbina dalam app, dan ramai orang tak tahu ia wujud.

Cara buka: tab Accounts → All → skrol ke bahagian Fee → Calculator.

Skrin kalkulator bermula kosong dengan empat medan: Direction (Buy atau Sell), Symbol, Price, dan Quantity. Isi ketiga-tiga medan bawah, dan ia akan pecahkan setiap caj satu persatu.

  1. Kod saham
  2. Buy/Sell
  3. Harga
  4. Qty
Kalkulator sebelum diisi — empat medan sahaja.
Kalkulator yuran — beli vs jual, 100 unit MAYBANK @ RM10.38
  1. Total + pecahan setiap caj
Beli — jumlah yuran RM5.63
  1. Sama jumlahnya
Jual — jumlah yuran RM5.63 juga

Untuk belian 100 unit MAYBANK pada RM10.38 (nilai RM1,038), inilah yang app kira:

Caj Cara dikira Jumlah
Commission (brokerage) 0.03% × nilai transaksi RM0.31
Platform Fee RM3 setiap order (tetap) RM3.00
Clearing Fee 0.03% × nilai, maksimum RM1,000 RM0.32
Stamp Duty RM1 setiap RM1,000 (atau sebahagian), maksimum RM1,000 (ETF Bursa dikecualikan sampai 31 Dis 2028) RM2.00
Jumlah dalam kalkulator RM5.63
SST 8% × (Commission + Platform + Clearing) ~RM0.29
Kos penuh ~RM5.92
Kenapa dua jumlah?

Kalkulator dalam app memaparkan empat baris caj dan menjumlahkannya menjadi RM5.63. Jadual rasmi dalam Accounts → All → Fee → My Fees menyenaraikan satu lagi item: SST 8% yang dikenakan ke atas (Commission + Platform Fee + Clearing Fee). Jadi kos sebenar anda lebih kurang RM5.92, bukan RM5.63. Bezanya kecil di sini, tapi elok anda tahu supaya tak terkejut bila semak penyata.

Dan ini yang paling penting untuk anda faham — bukan jumlah RM5.92 tu, tapi peratusannya:

Yuran sebagai peratusan modal — sekali beli, saham Bursa
RM300
1.48%
RM4.43
RM1,000
0.49%
RM4.89
RM2,000
0.33%
RM6.54
RM5,000
0.23%
RM11.48
RM10,000
0.20%
RM19.72
RM20,000
0.18%
RM36.20
Kenapa lengkung ni menurun? Sebab Platform Fee RM3 itu jumlah tetap — sama ada anda beli RM300 atau RM20,000. Pada belian RM300, RM3 tu seorang diri sudah 1%. Pada belian RM20,000, ia 0.015%.
Lebih 1% — tidak cekap 0.4% – 1% Bawah 0.4% — munasabah

Kadar: Commission 0.03% · Platform Fee RM3/order · Clearing Fee 0.03% · Stamp Duty RM1 setiap RM1,000 · SST 8%. Dari Accounts → All → Fee → My Fees, pelan Standard Order. Semak pelan anda sendiri — kadar boleh berbeza.

Sekarang tiga perkara yang angka ni beritahu anda:

1. Platform Fee tu jumlah tetap. RM3 dikenakan sama ada anda beli RM1,000 atau RM10,000. Stamp duty pula berdasarkan nilai tapi berperingkat. Maknanya semakin kecil belian anda, semakin besar peratusan yang dimakan yuran. RM5.92 atas RM1,038 ialah 0.57%. Kalau anda beli RM300 sahaja, Platform Fee RM3 tu seorang diri sudah 1% — dan jumlah yuran anda melebihi 1.4%.

2. Anda bayar dua kali. Jual pun kena yuran yang sama. Jadi satu pusingan penuh (beli kemudian jual) kos anda kira-kira RM11.84, iaitu lebih 1.1% daripada modal RM1,038. Harga saham tu kena naik lebih 1.1% sebelum anda mula untung satu sen pun.

3. Beli-jual berulang kali membunuh pulangan. Sepuluh pusingan setahun pada saiz ni = kira-kira RM118 yuran. Itu lebih 11% daripada modal anda, hilang sebelum apa-apa keputusan pelaburan anda dinilai.

Sebab tu saiz belian pertama penting

Bukan sebab RM300 itu “terlalu kecil untuk melabur” — tapi sebab yuran tetap menjadikan belian yang terlalu kecil tidak cekap. Jadi buat lebih sedikit belian dengan saiz lebih besar berbanding banyak belian kecil.

Cadangan Daus: mula Moomoo bila ada RM1,000

Daus cadang deposit pertama RM1,000. Daftar sekarang pun boleh dan deposit bila duit dah ada, cuma reward new user perlukan RM1,000 tu masuk dalam 30 hari lepas daftar. Reward new user bermula pada RM1,000, dan setiap order ada yuran tetap (RM3 untuk saham Bursa), jadi kalau modal kecil, peratus yang hilang jadi besar. Secara teknikal Moomoo tiada deposit minimum. Ini cadangan Daus.

Belum cukup RM1,000? Daftar sekarang pun boleh. Akaun tetap boleh guna, dan Daus boleh teman dari awal. Cuma reward new user perlukan deposit pertama RM1,000 dalam 30 hari lepas daftar, sebab jam tu mula berjalan hari anda daftar. Kalau tak sempat kumpul dalam 30 hari, reward new user tu terlepas, tapi akaun anda kekal. Sambil kumpul, simpan duit dalam Versa Cash-i atau ShopeePay Money+, dan belajar guna Paper Trading atau simulator. (Daus juga ada kod rujukan Versa dan Money+.)

Angka anda mungkin berbeza sedikit

Screenshot di atas guna pelan Plan One pada akaun Malaysia. Moomoo ada beberapa pelan yuran, dan kadar boleh berubah mengikut kempen semasa. Untuk melihat pelan anda sendiri: Accounts → All → Fee → My Fees. Kalkulator tu sentiasa guna pelan akaun anda yang sebenar, jadi angka yang kalkulator tunjuk memang angka anda.


Bahagian 4 — Lot dan odd lot (khas Bursa Malaysia)

Di Bursa Malaysia, saham diniagakan dalam LotUnit minimum untuk beli saham. Di Bursa Malaysia, 1 lot = 100 unit.Lihat dalam glosari →, dan satu lot standard ialah 100 unit.

Maksudnya kuantiti biasa anda ialah 100, 200, 300, 1,000 — sentiasa gandaan 100. Kalau saham berharga RM10.38, satu lot kos anda RM1,038.

Apa jadi kalau anda taip 50? Daus dah cuba, dan inilah yang app tunjuk:

Taip 50 unit — bukan gandaan 100
  1. Kuantiti 50 — bukan gandaan 100
Taip 50. Amount berubah jadi RM519.00. Setakat ni tiada amaran.
  1. Confirm
Tekan Buy, dan amaran ni keluar: odd lot (less than 1 lot).

Jadi jawapannya: Moomoo benarkan, tapi dia berhenti dan beri amaran dulu. Mesejnya berbunyi “The order you placed contains odd lot (less than 1 lot)” — order anda mengandungi odd lot, iaitu kurang daripada satu lot penuh.

Apa itu odd lot, dan kenapa anda kena tahu

Odd lotKuantiti saham yang bukan gandaan 100 unit — contohnya 50 atau 130 unit.Lihat dalam glosari → ialah sebarang kuantiti yang bukan gandaan 100 unit. Contohnya 50 unit, 130 unit, atau 7 unit.

Di Bursa Malaysia, odd lot tidak diniagakan dalam pasaran utama. Ia masuk ke satu pasaran berasingan yang dipanggil odd lot market. Kesannya pada anda, dalam bahasa mudah:

  • Jauh lebih sedikit pembeli dan penjual. Order odd lot anda mungkin tergantung berhari-hari tanpa dipenuhi, walaupun harga yang anda letak nampak munasabah.
  • Harga boleh lebih teruk. Sebab peserta sedikit, spread dalam pasaran odd lot lebih lebar. Anda mungkin kena bayar lebih mahal untuk beli, dan terima lebih murah untuk jual.
  • Yuran tetap menggigit lebih kuat. Platform Fee RM3 dikenakan setiap order tanpa mengira saiz. Atas belian RM519, RM3 tu seorang diri dah lebih kurang 0.6%, berbanding lebih kurang 0.3% atas RM1,038.

Bila odd lot memang berguna? Bila saham tu mahal sangat untuk satu lot penuh. Contohnya saham berharga RM90 bermakna satu lot penuh kos RM9,000 — kalau modal anda RM2,000, beli 20 unit (odd lot) jadi satu-satunya jalan masuk. Dalam kes tu, odd lot pilihan yang munasabah, asalkan anda sedar order tu mungkin ambil masa lebih lama untuk dipenuhi.

Cadangan ringkas untuk beginner: mulakan dengan gandaan 100. Kalau deposit anda RM1,000, pilih saham yang harganya bawah RM9, supaya satu lot (100 unit) muat dalam RM1,000 bersama yuran. Anda elak semua masalah di atas, dan order anda dipenuhi dengan cepat dan bersih.

Saham US tiada masalah ni

Untuk saham Amerika, tiada konsep lot. Anda boleh beli 1 unit sahaja, dan itu normal sepenuhnya. Moomoo juga ada Fractional sharesBeli sebahagian daripada satu unit saham.Lihat dalam glosari → untuk sesetengah saham US — iaitu beli sebahagian daripada satu unit, minimum USD5, dan hanya masa pasaran US buka. Berguna bila satu unit berharga ratusan dolar. Cara penuh ada dalam beli ETF US pertama.


Bahagian 5 — Hantar order dan semak statusnya

5
Dalam app Moomoo

Tekan Buy dan sahkan

Sebelum tekan butang hijau tu, baca sekali lagi empat benda ni:

  • Nama dan kod saham betul? (Bukan warrant, ingat.)
  • Kuantiti betul? Lebih satu sifar, mahal padahnya.
  • Jenis order betul? Limit atau Market, betul yang anda niat?
  • Amount masuk akal dengan baki anda?

Lepas anda tekan Buy, app akan tunjuk kotak pengesahan. Kalau kuantiti anda odd lot, amaran odd lot tadi yang keluar dulu. Tekan Confirm untuk teruskan.

Bila order berjaya masuk, perhatikan bahagian bawah skrin: Orders berubah daripada Orders(0) kepada Orders(1), dan satu baris baru muncul.

  1. Orders(1)
  2. Order anda
Order masuk. Orders(1) dan status Working.
6
Dalam app Moomoo

Faham status order anda

Di bawah skrin order ada dua tab: Open dan Filled or Cancelled. Order anda bermula di tab Open.

Status yang anda akan nampak:

  • Working (dengan ikon jam) — order dah masuk ke dalam sistem dan sedang beratur. Ia belum jadi saham anda.
  • Filled — order dah dipenuhi. Saham tu sekarang milik anda dan akan muncul dalam Positions.
  • Partially Filled — sebahagian sahaja dipenuhi. Contoh: anda order 1,000 unit, tapi hanya 300 unit ada penjual pada harga anda.
  • Cancelled — order dibatalkan, sama ada oleh anda atau oleh sistem pada penghujung hari.

Tekan pada baris order tu, dan tiga pilihan muncul di bawah:

  • Quote — kembali ke skrin harga saham
  • Edit — ubah harga atau kuantiti order yang belum dipenuhi
  • Cancel — batalkan terus

Selagi status masih Working, anda bebas mengedit atau membatalkan tanpa sebarang kos. Sebaik status jadi Filled, order tu dah jadi transaksi sebenar, dan cara nak patah balik cuma jual semula.

  1. Tekan baris ni
  2. Edit / Cancel
Tekan baris order untuk dapat Quote · Edit · Cancel.

Market order dalam senarai order

Satu perkara kecil yang mengelirukan: kalau anda hantar market order, senarai Orders tak akan tunjuk harga — ia tunjuk “Mkt Price” sebagai gantinya.

Itu betul dan bukan ralat. Market order memang tiada harga yang ditetapkan; harga sebenar hanya diketahui selepas ia dipenuhi.

  1. Mkt Price = market order
Market order dipapar sebagai "Mkt Price", bukan nombor.
Ada kupon RM25 dari reward new user?

Kalau anda dah claim reward new user, kupon tunai saham RM25 berfungsi begini: buat satu order beli bernilai RM200 atau lebih, dan RM25 dipulangkan sebagai tunai dalam 3 hari dagangan selepas order siap. Harga order tak berkurang; duit tu masuk lepas. Kupon dipakai secara automatik pada order yang layak, dan satu kupon untuk satu order. Jadi kalau belian pertama anda bawah RM200, kupon tu belum terpakai. Jadual bila setiap reward masuk: reward Moomoo.

Kenapa order saya Working lama sangat?

Screenshot di atas diambil pada pukul 8:37 pagi — sebelum Bursa Malaysia buka. Sebab tu ia tersangkut pada status Working. Order yang dihantar di luar waktu dagangan bukan rosak; ia beratur untuk sesi berikutnya. Kalau pasaran memang sedang buka dan order anda masih Working, maknanya harga limit anda belum dicapai oleh pasaran.


Ralat “not enough buying power” walaupun duit nampak cukup

Ini soalan yang paling kerap masuk group Daus lepas orang cuba beli kali pertama. Contoh sebenar dari group Daus: “Saya ada total cash USD60.25. Nak beli ETF yang harganya USD59.64, tapi dia kata not enough buying power. Kenapa ye?”

Akaun anda tak rosak, dan ini bukan salah anda. App cuma tak terang sebab sebenar. Biasanya puncanya salah satu daripada empat ni.

1. Anda guna Market order. Bila anda pilih Market, Moomoo tahan duit lebih daripada harga semasa sebagai buffer, sebab harga boleh melonjak sebelum order dipenuhi. Moomoo kira jumlah yang ditahan ni sebagai harga semasa darab satu pengganda yang mereka tetapkan. Sebab tu dalam screenshot di Bahagian 3, Max Qty to Buy jatuh dari 96,100 kepada 80,000 bila ditukar ke Market. Satu kes dalam group: nak beli 755 unit guna Market, gagal. Tukar ke Limit, terus boleh beli jumlah penuh.

2. Yuran tak termasuk dalam Amount. Medan Amount cuma harga darab kuantiti. Yuran dicaj di atas jumlah tu, termasuk bila anda ada voucher 0 komisen, sebab voucher tu tanggung komisen sahaja. Dalam contoh tadi, beza USD60.25 dan USD59.64 cuma USD0.61. Itu terlalu nipis.

3. Ada order lain yang masih Working. Order yang belum dipenuhi tetap tahan buying power anda. Semak tab Orders. Kalau ada order lama yang anda dah tak perlu, cancel dulu.

4. Untuk saham US: baca baris yang betul. Skrin order US ada dua baris. Max Qty to Buy (Cash) ialah berapa unit tunai anda mampu beli. Max Qty to Buy tanpa perkataan Cash termasuk pinjaman margin. Ikut baris yang ada perkataan Cash.

  1. Tunai anda
  2. Termasuk pinjaman margin
Contoh dari Paper Trade: (Cash) = tunai sahaja. Tanpa Cash = termasuk margin.

Jalan keluar, ikut turutan

  1. Tukar Order Type ke Limit, dan letak harga pada Ask semasa. Limit order tak perlukan buffer, jadi Moomoo kira tepat ikut harga yang anda letak.
  2. Kurangkan kuantiti sikit-sikit (contohnya 755 → 754 → 753) sampai butang Buy boleh ditekan. Atau tekan ikon kalkulator dan pilih 1/2.
  3. Cancel order lama yang masih Working kalau ia tahan duit anda.
  4. Tinggalkan lebihan kecil untuk yuran. Jangan guna 100% baki tunai dalam satu order.
Mesej lain untuk saham US: 'bought using Ringgit currency exchange'

Kadang-kadang anda nampak mesej macam ni bila beli saham US: “Your order amount exceeds your cash buying power. To proceed, 0.7548 shares will be bought using Ringgit currency exchange.”

Ini bukan ralat. Maksudnya tunai USD anda tak cukup untuk seluruh order, jadi Moomoo guna ringgit anda untuk tampung baki unit tu, dan ringgit tu ditukar masa settlement. Kalau anda memang ada tunai ringgit yang cukup, anda boleh teruskan. Tapi kalau tunai ringgit pun tak cukup, baki tu akan ditampung dengan margin, iaitu pinjaman yang ada faedah. Kalau ragu, kurangkan kuantiti.

Jangan tekan Exchange currency. Ringgit memang tak boleh ditukar ke USD sebelum order beli saham US siap, jadi skrin Exchange akan tunjuk 0.00 dan anda akan tersangkut di situ. Ada dua jalan yang betul:

  1. Tambah ringgit guna butang Deposit, kemudian hantar order yang sama sekali lagi.
  2. Kurangkan kuantiti atau jumlah order supaya muat dalam tunai yang ada.
Tak boleh tukar RM ke USD dulu — dan itu normal

Ikut peraturan FEP Bank Negara (cara Moomoo melaksanakannya), ringgit hanya boleh ditukar ke mata wang asing selepas order beli dalam mata wang tu siap (filled). Sebab tu skrin Exchange tunjuk Exchangeable Amount 0.00 MYR walaupun ada ringgit. Beli terus saham US guna ringgit; Moomoo tukar sendiri masa settlement. Tukar USD balik ke MYR boleh (Accounts → Exchange).


Waktu pasaran yang anda kena tahu

Bursa Malaysia (waktu Malaysia):

  • Sesi pagi: 9:00 pagi – 12:30 tengah hari
  • Rehat: 12:30 – 2:30 petang
  • Sesi petang: 2:30 petang – 5:00 petang
  • Tutup pada Sabtu, Ahad dan cuti umum

Pasaran Amerika (waktu Malaysia): sampai 31 Okt 2026, 9:30 malam – 4:00 pagi. Mulai 2 Nov 2026, 10:30 malam – 5:00 pagi, sebab Amerika tamat daylight saving. Sabtu malam dan Ahad malam tutup; Jumaat malam masih buka. App sentiasa tunjuk status pasaran di sebelah nama saham, jadi semak di situ kalau ragu.


Selepas order anda Filled

Saham tu akan muncul dalam tab Positions. Di situ anda akan nampak kos purata anda, nilai pasaran semasa, dan untung rugi.

Sekarang bahagian yang paling susah sekali: jangan tengok setiap jam.

Betul-betul. Harga berayun setiap hari atas sebab yang selalunya tiada kaitan dengan syarikat tu. Memerhati setiap pergerakan kecil cara paling pasti untuk buat keputusan emosi — jual masa panik, beli masa teruja. Semak sekali seminggu pun dah cukup, dan biar pelaburan tu bekerja.

Saiz permulaan yang berpatutan

Untuk pembelian pertama, guna jumlah yang kalau ia jatuh separuh, anda masih boleh tidur malam. Bukan sebab ia mungkin jatuh separuh — tapi sebab reaksi anda terhadap pergerakan pertama tu akan ajar anda lebih banyak tentang toleransi risiko sebenar anda berbanding mana-mana kuiz dalam borang pembukaan akaun.


Kalau anda belum bersedia guna duit sebenar

Tak ada masalah langsung, dan ini bukan tanda kelemahan.

Moomoo ada mod Paper Trade — duit mainan RM1 juta (akaun latihan MY) atau USD1 juta (akaun latihan US), skrin order yang sama persis, harga pasaran yang sama. Buat 10 order guna duit mainan dulu. Bila skrin order tu dah rasa membosankan, barulah anda betul-betul sedia guna duit betul.

Cara buka: tab Discover → Papertrade. Langkah penuh ada di panduan paper trading.


Dah beli? Ni yang ramai tak tahu

Lepas order siap, kebanyakan orang buka app, nampak nombor merah, dan terus risau. Itu normal, dan ada sebabnya. Halaman Lepas beli saham pertama, apa jadi? terang cara baca untung rugi dalam Positions, kenapa hari pertama hampir selalu merah, bila setiap reward masuk, dan apa nak buat empat minggu pertama.

Nak cuba sendiri? Buka akaun dulu

Bila dah ada RM1,000 sedia: daftar guna link Daus, masukkan kod DAUSDK37 dalam "Special Deposit" SEBELUM deposit pertama, deposit RM1,000 dalam 30 hari selepas daftar, tekan Claim sendiri, dan kekalkan deposit 60 hari. Lebih kurang RM150 untuk deposit RM1,000, sehingga RM1,500 untuk deposit lebih besar.

Daftar Moomoo & Claim Reward

Daus ialah Marketing Representative rasmi Moomoo Malaysia dan dapat komisen bila anda daftar & deposit. Tiada kos tambahan pada anda.

Tanya Daus