Modal RM100 atau RM1,000 — nak mula dari mana?
Jawapan jujur untuk modal kecil. Kenapa Daus cadang deposit pertama RM1,000 di Moomoo, di mana nak kumpul duit sebelum tu, apa nak buat kalau modal RM0, berapa yuran sebenar kalau tambah RM100 sebulan, minimum untuk emas dan crypto, dan cara fikir untuk simpanan besar.
Ini soalan yang paling kerap masuk dalam komen dan WhatsApp Daus. Jawapan yang orang biasa bagi, “mula je dengan apa yang ada”, sebenarnya tak menolong. Sebab dengan modal terlalu kecil, ada satu benda yang makan duit anda sebelum pasaran sempat bergerak: yuran tetap setiap order.
Jadi Daus jawab betul-betul, dengan nombor.
Tak suka baca? Tengok video pendek ni
Tak suka baca? Tengok video pendek ni
Jawapan ringkas
| Duit yang anda ada | Apa Daus cadang |
|---|---|
| RM0, gaji cukup-cukup makan | Bina dana kecemasan dulu, sikit-sikit dari setiap gaji. Cara mula dari RM0 |
| Bawah RM1,000 | Daftar Moomoo sekarang pun boleh, tapi reward new user terlepas kalau RM1,000 tak masuk dalam 30 hari lepas daftar. Sambil kumpul, simpan dalam Versa Cash-i atau ShopeePay Money+ dan belajar guna Paper Trading |
| RM1,000 ke atas, duit lebihan | Buka akaun Moomoo dan buat deposit pertama RM1,000. Inilah titik yang Daus cadang |
| RM10,000 ke atas | Asingkan dana kecemasan dan duit jangka pendek dulu. Baca bahagian simpanan besar |
Daus cadang deposit pertama RM1,000. Daftar sekarang pun boleh dan deposit bila duit dah ada, cuma reward new user perlukan RM1,000 tu masuk dalam 30 hari lepas daftar. Reward new user bermula pada RM1,000, dan setiap order ada yuran tetap (RM3 untuk saham Bursa), jadi kalau modal kecil, peratus yang hilang jadi besar. Secara teknikal Moomoo tiada deposit minimum. Ini cadangan Daus.
Belum cukup RM1,000? Daftar sekarang pun boleh. Akaun tetap boleh guna, dan Daus boleh teman dari awal. Cuma reward new user perlukan deposit pertama RM1,000 dalam 30 hari lepas daftar, sebab jam tu mula berjalan hari anda daftar. Kalau tak sempat kumpul dalam 30 hari, reward new user tu terlepas, tapi akaun anda kekal. Sambil kumpul, simpan duit dalam Versa Cash-i atau ShopeePay Money+, dan belajar guna Paper Trading atau simulator. (Daus juga ada kod rujukan Versa dan Money+.)
Kenapa RM1,000, dan bukan RM100? Sebabnya ada dalam nombor di bawah. Tapi sebelum tu, ada satu susunan yang lebih penting daripada platform mana anda pilih.
Susunan yang betul: duit kecemasan dulu
Pelaburan datang paling akhir, bukan paling awal. Susunan yang Daus sendiri ikut:
- Hutang berfaedah tinggi dulu. Kad kredit, personal loan atau beli sekarang bayar kemudian. Faedah hutang ni biasanya lebih tinggi daripada pulangan pelaburan, jadi langsaikan dulu.
- Dana kecemasan. Belanja sebulan darab 3 hingga 6. Duit ni duduk di tempat yang senang dikeluarkan dan harganya tak jatuh macam saham.
- Duit yang anda perlukan dalam 1–3 tahun. Duit kahwin, deposit rumah, yuran belajar. Ini pun jangan masuk saham. Cara simpan duit jangka pendek ada dalam duit jangka pendek.
- Baki tu barulah duit pelaburan.
Kalau anda masih di langkah 1 atau 2, itu bukan kegagalan. Itu susunan yang betul.
Modal RM0: macam mana nak mula
Jawapan pendek: mula dengan tabiat simpan, bukan dengan app saham. Orang yang ada modal RM1,000 hari ni pun mula dari RM0 dulu.
1. Asingkan duit hari gaji masuk, bukan hujung bulan. Tetapkan satu jumlah tetap, contohnya RM50 atau RM100, dan pindahkan terus pada hari gaji masuk. Kalau tunggu baki hujung bulan, selalunya tak ada baki.
2. Simpan di tempat yang berasingan daripada akaun belanja. Kalau duit simpanan duduk sekali dengan duit belanja, ia akan terbelanja. Dua tempat yang Daus sendiri guna untuk duit macam ni:
- Versa Cash-i: dana patuh Syariah dalam app Versa. Pulangan masuk setiap hari, tiada kunci dan tiada penalti. Kalau minta cash out sebelum 10 pagi hari bekerja, duit sampai bank hari yang sama. Panduan penuh ada di versa.dausdk.com.
- ShopeePay Money+: dalam app Shopee. Top up dan withdraw minimum RM10, tiada caj, dan boleh keluar bila-bila. Panduan penuh ada di moneyplus.dausdk.com.
Dua-dua ni pelaburan dana, bukan simpanan bank, jadi tak dilindungi PIDM. Tapi untuk duit yang anda tengah kumpul, dua-dua jauh lebih sesuai daripada saham, sebab nilainya tak jatuh naik macam harga saham.
Kalau anda buka Versa, ini syarat penuh untuk reward RM10:
- Daftar guna link Daus, dan pastikan kod VDAUSDK dimasukkan masa daftar.
- Lulus verify akaun.
- Buat cash in pertama RM100 ke atas dalam SATU transaksi. RM50 tambah RM50 tak dikira.
- RM10 masuk dalam 30 hari bekerja.
Daus ialah affiliate Versa dan dapat komisen bila anda daftar dan cash in, tanpa kos tambahan kepada anda.
3. Belajar sambil kumpul. Masa duit tengah dikumpul, belajar cara guna app dulu. Paper Trading dalam Moomoo bagi duit mainan dengan skrin order yang sama persis, dan simulator Daus boleh dicuba tanpa akaun langsung. Bila duit dah cukup, belian pertama anda bukan lagi belian pertama. Anda dah buat 20 kali.
4. Dana kecemasan dah ada, dan dah kumpul RM1,000? Barulah daftar Moomoo.
Kenapa Daus kata tunggu sampai RM1,000
Sebab 1: saham Bursa dijual dalam lot 100 unit
Di Bursa Malaysia, anda tak boleh beli 1 unit saham macam di Amerika. Unit terkecil ialah satu LotUnit minimum untuk beli saham. Di Bursa Malaysia, 1 lot = 100 unit.Lihat dalam glosari → = 100 unit.
Maksudnya harga masuk minimum anda ialah harga saham × 100. Contoh cara kira (harga rekaan, bukan saham sebenar):
| Harga 1 unit | 1 lot (100 unit) |
|---|---|
| RM0.30 | RM30 |
| RM1.00 | RM100 |
| RM5.00 | RM500 |
| RM10.00 | RM1,000 |
Jadi dengan RM100, memang ada saham yang mampu dibeli satu lot, iaitu saham yang harganya bawah RM1.00. Tapi saham murah macam tu selalunya syarikat kecil, dan saham kecil bergerak jauh lebih ganas. Kalau anda pilih ikut apa yang mampu dibeli, anda bukan lagi memilih syarikat. Itu dua benda berbeza. Saham bank besar pula biasanya berharga sekitar RM10 seunit, jadi satu lot dah lebih kurang RM1,000.
- Harga 1 unit — darab 100
Sebab 2: yuran tetap RM3 tak peduli anda beli berapa
Setiap order saham Bursa dikenakan platform fee RM3, sama ada anda beli RM100 atau RM10,000. Tambah duti setem, clearing fee, komisen dan SST, jumlah minimum sekali beli ialah kira-kira RM4.30.
Tengok apa jadi bila RM4.30 tu dibahagi dengan saiz order anda:
Kadar: Commission 0.03% · Platform Fee RM3/order · Clearing Fee 0.03% · Stamp Duty RM1 setiap RM1,000 · SST 8%. Dari Accounts → All → Fee → My Fees, pelan Standard Order. Semak pelan anda sendiri — kadar boleh berbeza.
Baris pertama tu yang penting. Beli RM100, yuran 4.30%. Dan anda bayar dua kali, sekali masa beli dan sekali masa jual. Jadi pusingan penuh kos anda 8.6%.
Saham anda kena naik 8.6% sebelum anda untung satu sen pun. Untuk satu saham, itu kenaikan yang besar. Ada tahun pasaran keseluruhan naik kurang daripada tu, dan ada tahun pasaran jatuh.
Pada RM1,000 satu order, yuran yang sama jadi lebih kurang 0.5% sekali beli. Itu sebab utama Daus cadang tunggu sampai RM1,000.
Sebab 3: saham US pun ada yuran setiap order
Saham dan ETF Amerika tiada konsep lot, jadi anda boleh beli satu unit, malah sebahagian unit (). Tapi setiap order tetap ada yuran.
Order bawah 1 unit (fractional, termasuk kebanyakan belian RSP kecil): platform fee 0.99% daripada nilai order, maksimum USD0.99, tanpa komisen. Order 1 unit ke atas: platform fee USD0.99 setiap order (komisen 0.03% ditanggung voucher 0 komisen user baru). Setiap order juga kena duti setem Malaysia RM1 bagi setiap RM1,000 atau sebahagiannya (lebih kurang USD0.24).
Contoh sebenar dari akaun Daus: belian VOO USD25 kena platform fee USD0.25 + duti setem USD0.24 = USD0.49 (lebih kurang 2%). Jadual penuh: yuran Moomoo.
- Minimum USD5 setiap order (RSP minimum USD1).
- Hanya masa pasaran US biasa, dan hanya order Day. Waktu Malaysia: sampai 31 Okt 2026, 9:30 malam – 4 pagi; mulai 2 Nov 2026, 10:30 malam – 5 pagi.
- Sabtu malam dan Ahad malam tutup. Jumaat malam masih buka. Pasaran buka semula Isnin malam.
- Nak jual, tukar ke Shares (bilangan unit, boleh perpuluhan). Amount hanya untuk beli.
Jadual penuh semua yuran ada dalam yuran Moomoo. Untuk kira yuran satu order dalam app sendiri: Accounts → All → Fee → Calculator.
Contoh: tambah RM100 setiap bulan
Katakan anda dah ada akaun Moomoo dengan deposit pertama RM1,000, dan anda nak tambah RM100 setiap bulan ke ETF US secara fractional. Ini anggaran yuran setiap order (kadar tukaran 6 Okt 2026, USD1 ≈ RM4.11):
| Saiz satu order | Anggaran yuran | Peratus |
|---|---|---|
| RM100 (≈USD24) | ≈USD0.48 | ≈2% |
| RM300 (≈USD73) | ≈USD0.96 | ≈1.3% |
| RM1,000 (≈USD243) | ≈USD1.23 | ≈0.5% |
Kenapa order kecil lebih mahal secara peratus? Sebab duti setem dikira RM1 bagi setiap RM1,000 atau sebahagiannya. Order RM100 tetap bayar RM1 penuh (≈USD0.24), sama macam order RM1,000.
Jadi bandingkan dua cara untuk RM1,200 setahun:
- Beli RM100 setiap bulan: 12 order × ≈RM2 = lebih kurang RM24 setahun, iaitu ≈2%.
- Kumpul 3 bulan, beli RM300 sekali: 4 order × ≈RM4 = lebih kurang RM16 setahun, iaitu ≈1.3%.
Beza RM8 setahun nampak kecil, tapi pengajarannya besar: kumpul dulu dan beli kurang kerap. Sementara tunggu, duit tu boleh duduk dalam Versa Cash-i atau Money+ dan dapat pulangan harian. Kalau nak guna RSP (auto beli setiap bulan) dalam Moomoo, pilih jumlah yang lebih besar dan kekerapan yang lebih jarang. Cara set ada dalam tutorial RSP.
Kalau modal anda RM1,000
Ini titik yang Daus cadang untuk kebanyakan orang, atas tiga sebab.
1. Yuran dah jadi kecil. Saham Bursa lebih kurang 0.49% sekali beli, dan order fractional US RM1,000 lebih kurang 0.5%. Pada tahap ni yuran bukan lagi faktor utama dalam keputusan anda.
2. Pilihan anda terbuka luas. RM1,000 cukup untuk satu lot kebanyakan saham mapan Bursa, atau ETF US.
3. Reward new user bermula pada RM1,000. Untuk deposit pertama RM1,000 dengan kod Daus, jumlah reward lebih kurang RM150, dalam bentuk kupon dan saham Apple, bukan semuanya duit tunai terus.
Reward tu bukan RM1,500 untuk semua orang. RM1,500 ialah tahap tertinggi untuk deposit besar. Untuk deposit RM1,000, jumlahnya lebih kurang RM150. Syarat penuh, ikut turutan:
- Daftar guna link Daus.
- Sebelum deposit pertama, masukkan kod DAUSDK37 di Special Deposit (Search → taip “special deposit”).
- Deposit pertama sekurang-kurangnya RM1,000, dalam 30 hari selepas daftar.
- Tekan Claim sendiri lepas deposit. Reward tak masuk sendiri.
- Kekalkan deposit bersih sekurang-kurangnya RM1,000 selama 60 hari untuk unlock kupon RM50 dan saham Apple.
Dua kupon RM25 pula hanya jadi tunai lepas anda buat dua order beli berasingan, setiap satu sekurang-kurangnya RM200, dalam 90 hari. Duit boleh dikeluarkan bila-bila masa tanpa penalti. Cuma kalau nak reward, kekalkan deposit tu 60 hari. Butiran penuh ada di halaman reward.
Satu lagi, reward tu bonus sekali seumur akaun, bukan pulangan pelaburan yang berulang. Jangan jadikan reward sebab utama anda melabur. Keputusan melabur anda kena berdiri sendiri tanpa reward.
Nak mula dengan emas atau crypto? Bandingkan minimum dulu
Ramai yang modalnya kecil tanya: “Kalau Moomoo tunggu RM1,000, emas atau crypto boleh mula lebih kecil ke?” Boleh, tapi faham dulu apa yang anda beli dan risikonya.
| Versa Gold | Hata (crypto) | Moomoo | |
|---|---|---|---|
| Apa yang anda beli | Unit dana yang ikut harga emas (disandarkan ETF emas), bukan emas fizikal | Crypto, contohnya Bitcoin, dengan pasangan ringgit | Saham, ETF, emas dan lain-lain |
| Minimum beli | Cash in minimum RM100 | Instant Buy minimum RM30. Auto-Invest RM30 setiap coin | Tiada minimum rasmi, tapi Daus cadang mula bila ada RM1,000 |
| Yuran beli | Tiada sales charge; yuran pengurusan 0.30% setahun (dalam harga dana) | Instant Buy 1%, dah termasuk dalam harga | Yuran tetap setiap order (lihat di atas) |
| Duit keluar | Cash out sampai bank T+4 | Withdraw ringgit biasanya 0–12 jam | Biasanya 1 hari bekerja, lepas duit jualan settle |
| Risiko | Harga emas boleh jatuh | Sangat tinggi. Harga crypto boleh jatuh separuh | Ikut aset yang dibeli |
Untuk Versa Gold, reward RM10 user baru ikut syarat yang sama macam Versa Cash-i di atas: kod VDAUSDK masa daftar, dan cash in pertama RM100 ke atas dalam satu transaksi. Panduan penuh: versa.dausdk.com/tutorial/versa-gold.
Untuk Hata, Daus tak bagi reward tunai. Yang ada ialah rebate: daftar guna link Daus (kod AF01JCMFAA), atau masukkan kod tu dalam 30 hari lepas daftar di Profile → Rewards → Enter a code, dan 10% daripada yuran trading anda sendiri masuk balik ke Crypto Wallet setiap bulan. Panduan penuh: hata.dausdk.com.
Satu peringatan jujur: crypto bukan tempat untuk dana kecemasan atau duit yang anda perlukan tahun depan. Kalau anda nak cuba, guna jumlah yang anda sanggup tengok jatuh separuh. Daus ialah affiliate Versa dan Hata, dan dapat komisen bila anda daftar, tanpa kos tambahan kepada anda.
IPO dengan modal kecil
IPO Bursa boleh dimohon dengan jumlah yang kecil. Tapi untuk mohon IPO melalui Moomoo, anda tetap perlukan akaun yang dah lulus, akaun CDS, dan duit dalam akaun untuk bayar permohonan. IPO online dalam Moomoo hanya untuk warganegara Malaysia.
Jadi kalau tujuan anda IPO, susunannya sama: daftar dulu, dan pastikan deposit pertama RM1,000 masuk dalam 30 hari lepas daftar supaya anda tak terlepas reward new user. Lepas tu barulah guna sebahagian duit tu untuk mohon IPO. Langkah penuh ada dalam tutorial CDS dan IPO.
Jadi saya patut mula berapa?
Tiga soalan, jawab jujur:
1. Duit ni saya perlukan dalam 6 bulan akan datang? Kalau ya, jangan laburkan langsung, tak kira berapa jumlahnya. Pasaran boleh turun bila-bila, dan anda tak nak terpaksa jual masa rugi.
2. Saya sanggup tengok duit ni turun separuh tanpa panik? Kalau tak, kecilkan jumlah sampai anda sanggup. Reaksi anda pada pergerakan pertama akan ajar anda lebih banyak tentang toleransi risiko sebenar berbanding mana-mana kuiz.
3. Saya dah pernah tekan butang Buy sebelum ni? Kalau belum, buat dalam Paper Trade dulu. Sepuluh kali. Bila skrin order tu dah rasa membosankan, barulah guna duit betul.
Cadangan praktikal
- Modal RM0: bina tabiat simpan dari setiap gaji, dan simpan dalam Versa Cash-i atau Money+
- Modal bawah RM1,000: daftar sekarang pun boleh, tapi reward new user terlepas kalau RM1,000 tak masuk dalam 30 hari lepas daftar. Sambil kumpul, belajar guna Paper Trade atau simulator
- Modal RM1,000 ke atas, dana kecemasan dah ada: daftar guna link Daus, masukkan kod dulu, deposit, kemudian ikut tutorial beli saham pertama
Semua ni perkongsian cara Daus sendiri buat, bukan nasihat kewangan. Ikut keadaan diri anda sendiri.
Ada simpanan besar, RM10k hingga RM50k?
Halaman ni banyak cakap pasal modal kecil. Tapi ramai yang tanya Daus sebenarnya ada simpanan yang lebih besar, contohnya RM20,000 yang dah lama duduk dalam akaun bank, dan tak tahu nak mula dengan berapa. Daus tak boleh tentukan angka untuk anda, tapi ini cara fikir yang Daus sendiri guna, langkah demi langkah.
Langkah 1: asingkan dana kecemasan dulu. Kira belanja sebulan anda, kemudian darab dengan 3 hingga 6. Jumlah tu kekal di tempat yang harganya tetap dan senang dikeluarkan, contohnya akaun simpanan, FD atau ASB. Duit ni bukan untuk saham.
Langkah 2: asingkan duit yang anda perlukan dalam masa 3 tahun. Contohnya duit kahwin, deposit rumah, yuran anak, atau modal stok perniagaan. Duit ni pun jangan masuk saham, sebab pasaran boleh jatuh tepat pada masa anda perlukan duit tu.
Langkah 3: baki itulah modal pelaburan anda. Dan anda tak perlu masuk semuanya sekali gus.
Contoh cara kira, bukan cadangan:
| Jumlah | |
|---|---|
| Simpanan | RM20,000 |
| Dana kecemasan: belanja RM2,000 × 6 bulan | − RM12,000 |
| Duit kahwin tahun depan | − RM3,000 |
| Baki yang boleh dilabur | RM5,000 |
Dalam contoh ni, orang tu mungkin mula dengan RM1,000, kemudian tambah RM500 hingga RM1,000 setiap bulan. Kalau pasaran jatuh bulan depan, dia tak menyesal sebab belum masuk semua. Kalau pasaran naik, dia dah ada sebahagian di dalam. Cara tambah setiap bulan secara automatik ada dalam tutorial RSP.
Tengok risiko dalam ringgit, bukan peratus. Kalau RM5,000 tu jatuh 30% dalam tahun yang teruk, ia jadi RM3,500. Tanya diri sendiri: sanggup tak tengok nombor tu tanpa panik dan jual? Kalau tak sanggup, kecilkan jumlahnya.
Ikut terma rasmi kempen semasa, reward new user ada tahap lebih tinggi, iaitu deposit bersih RM3,000, RM10,000 dan RM40,000, dikira dalam 30 hari dari deposit pertama. Jadi anda boleh tambah deposit dalam tempoh tu untuk naik tahap. Cuma ingat, extra RM50 dari kod DAUSDK37 hanya dikira pada deposit pertama, jadi deposit pertama tu sendiri mesti RM1,000 ke atas, selepas kod dimasukkan.
Ingat juga, deposit tak sama dengan beli. Duit boleh masuk akaun dulu, kemudian anda beli sikit-sikit setiap bulan. Cuma pastikan jumlah yang anda deposit memang duit lebihan yang boleh kekal 60 hari, sebab kalau ditarik keluar sampai bawah tahap tu, reward tahap tu hilang. Jangan naikkan deposit semata-mata untuk kejar reward. Terma kempen boleh berubah, jadi semak dalam app dan di halaman reward.
Bawah 18, atau baru cukup 18: apa nak sedia
Seorang remaja 16 tahun tanya Daus: “Saya dah simpan ASB. Bila umur 18 nanti, patut mula melabur apa?” Soalan tu bagus, sebab dia fikir awal.
Bawah 18, anda belum boleh buka akaun Moomoo. Akaun individu perlukan umur 18 tahun ke atas, dan MyKad, MyTentera atau MyPR (warga asing guna pasport dengan bukti alamat Malaysia). Tapi masa sebelum 18 tu bukan masa kosong. Ada tiga benda yang anda boleh buat sekarang.
1. Teruskan simpan. Kalau dah ada ASB, bagus. Tabiat simpan setiap bulan lebih penting daripada jumlahnya.
2. Belajar tanpa duit. Baca tutorial dan glosari dalam laman ni, dan tengok video Daus ikut tahap. Anda boleh juga cuba tekan sendiri skrin app sebenar dalam simulator. Tak perlu akaun, dan tiada duit bergerak.
3. Sedia dokumen untuk hari jadi ke-18. Masa daftar nanti anda perlukan IC, nombor telefon dan emel atas nama sendiri, dan akaun bank atas nama sendiri. Deposit ke Moomoo mesti datang dari akaun bank yang namanya sama dengan nama akaun Moomoo.
Bila dah cukup 18: fikir laluan hidup dulu
Sebelum pilih ETF atau saham, tanya diri: dua tiga tahun ni saya sambung belajar, atau terus kerja?
- Sambung belajar (matrikulasi, asasi, diploma, ijazah). Pendapatan belum tetap, dan anda mungkin perlukan duit untuk yuran atau laptop bila-bila masa. Utamakan simpanan yang boleh dikeluarkan cepat, contohnya ASB atau dana pasaran wang. Belajar saham dan ETF dulu guna simulator, dan kumpul sampai RM1,000 sebelum buka Moomoo.
- Terus kerja dengan gaji tetap. Lepas ada simpanan kecemasan, barulah kaji pelaburan jangka panjang macam ETF, dengan jumlah tetap setiap bulan.
Dua-dua laluan betul. Yang silap cuma satu: letak duit yang anda perlukan tahun depan dalam aset yang harganya boleh jatuh.
Dah ada RM1,000 sedia?
Bila dah ada RM1,000 sedia: daftar guna link Daus, masukkan kod DAUSDK37 dalam "Special Deposit" SEBELUM deposit pertama, deposit RM1,000 dalam 30 hari selepas daftar, tekan Claim sendiri, dan kekalkan deposit 60 hari. Lebih kurang RM150 untuk deposit RM1,000, sehingga RM1,500 untuk deposit lebih besar.
Daftar Moomoo & Claim RewardDaus ialah Marketing Representative rasmi Moomoo Malaysia dan dapat komisen bila anda daftar & deposit. Tiada kos tambahan pada anda.