Tentang laman ni

Saya DausDK. Saya buat kandungan pasal pelaburan dan kewangan untuk audiens Malaysia, dan soalan yang paling kerap masuk dalam DM saya bukan "saham apa nak beli" — tapi"macam mana nak mula?"

Laman ni jawapan untuk soalan tu. Semua tutorial Moomoo saya kumpul di satu tempat, disusun ikut turutan yang masuk akal untuk orang yang baru pertama kali buka app broker. Video untuk yang lagi senang faham bila tengok orang buat; artikel untuk yang lagi suka baca sambil ikut step.

Disclosure

Saya seorang Marketing Representative (MR) rasmi Moomoo Malaysia. Bila anda daftar melalui link saya dan buat deposit, saya dapat komisen daripada Moomoo. Anda tidak dikenakan sebarang kos tambahan kerana menggunakan link tersebut — dan sebenarnya anda dapat lebih, sebab link tu yang melayakkan anda untuk kempen reward new user.

Saya nyatakan ni bukan sebab terpaksa, tapi sebab anda berhak tahu apa kepentingan saya sebelum anda ambil cadangan saya. Kalau saya puji setiap benda tanpa sebut apa-apa kelemahan, itu iklan, bukan tutorial. Sebab itu setiap halaman di sini ada bahagian"yang perlu anda tahu" — bahagian yang iklan biasa tak akan cakap.

Disclaimer penting

Kandungan di laman ini adalah perkongsian pendidikan berdasarkan pengalaman peribadi saya menggunakan platform ini. Ia bukan nasihat pelaburan, bukan cadangan untuk membeli atau menjual mana-mana sekuriti, dan bukan nasihat kewangan peribadi.

Semua pelaburan membawa risiko, termasuk risiko kehilangan modal. Prestasi lepas bukan petunjuk prestasi masa depan. Buat kajian sendiri, dan kalau perlu, rujuk penasihat kewangan berlesen sebelum membuat keputusan.

Pasal maklumat kempen

Terma kempen reward Moomoo (jumlah, tempoh, minimum deposit) boleh berubah pada bila-bila masa mengikut budi bicara Moomoo. Saya cuba kemas kini laman ni bila ada perubahan, tapisumber rasmi yang muktamad ialah terma dalam app Moomoo sendiri. Sila semak di sana sebelum anda membuat deposit.

Jumlah semasa yang dipaparkan di laman ni: reward sehingga RM1,500 untuk new user, dengan RM150 tunai daripada Special Deposit (kodDAUSDK37) selepas deposit RM1,000 dikekalkan60 hari.

Hubungi

Cara paling cepat untuk sampai kepada saya ialah melaluichannel YouTube atau media sosial saya. Kalau anda tersangkut di mana-mana langkah dalam tutorial ni, bagitahu — biasanya kalau seorang tersangkut, ada seratus orang lagi tersangkut di tempat yang sama, dan saya boleh perbaiki panduan tu untuk semua orang.

Daftar Moomoo & Claim RM1,500

Daus ialah Marketing Representative rasmi Moomoo Malaysia dan dapat komisen bila anda daftar & deposit. Tiada kos tambahan pada anda. Tertakluk pada terma & syarat kempen semasa Moomoo Malaysia. Reward untuk new user sahaja.