FAQ

Soalan lazim

Soalan yang paling kerap masuk dalam DM. Daus jawab jujur, termasuk bahagian yang bukan jawapan yang anda harapkan.

Keselamatan & kepercayaan

Moomoo ni selamat ke? Scam tak?

Moomoo Malaysia dikendalikan oleh Moomoo Securities Malaysia Sdn. Bhd., syarikat yang memegang lesen Pasaran Modal daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maksudnya ada regulator tempatan yang mengawasi mereka — bukan platform entah dari mana yang anda tak boleh adu bila ada masalah. Anda boleh semak status lesen mana-mana broker di laman rasmi SC. Tapi ingat: broker berlesen bermakna platform tu diselia, bukan bermakna pelaburan anda dijamin untung.

Kalau Moomoo tutup, duit saya macam mana?

Duit tunai pelanggan disimpan dalam akaun amanah, berasingan daripada duit operasi syarikat broker. Saham Bursa disimpan dalam akaun CDS atas nama anda sendiri, manakala saham Amerika dipegang melalui kustodian. Jadi aset anda bukan sebahagian daripada duit syarikat. Moomoo juga tulis akaun pelanggan dilindungi Capital Market Compensation Fund sehingga RM100,000 kalau broker menyeleweng. Untuk detail perlindungan spesifik, baca terma akaun dalam app. Jangan ambil kata-kata sesiapa pun bulat-bulat, termasuk Daus.

Ada orang DM tawar pakej pelaburan atau signal atas nama Moomoo atau Daus. Betul ke?

Tidak. Moomoo dan Daus tak pernah DM dulu untuk jual pakej, tawar signal, minta duit dipindah ke akaun peribadi, atau minta OTP dan password. Akaun rasmi Daus hanya tiga: @dausdkofficial, @dausdk37 dan @dauskewangan. Deposit sebenar hanya masuk ke akaun Moomoo atas nama anda sendiri, melalui app Moomoo sendiri. Halaman penuh ada 5 tanda scam, cara semak lesen di laman SC, dan apa nak buat kalau dah kena.

Baca halaman scam & keselamatan →

Duit dalam Moomoo dilindungi PIDM macam duit bank ke?

Tidak. PIDM hanya lindungi deposit bank dan polisi insurans, bukan akaun saham di mana-mana broker. Akaun broker dilindungi dengan cara lain. Pertama, duit tunai pelanggan wajib disimpan dalam akaun amanah yang berasingan daripada duit syarikat broker. Kedua, kalau broker saham berlesen menyeleweng atau menipu duit pelanggan, Capital Market Compensation Fund di bawah SC boleh bayar pampasan sehingga RM100,000 seorang. Tapi tiada apa-apa yang lindungi anda kalau harga saham jatuh. Itu risiko pelaburan, dan anda tanggung sendiri.

Panduan penuh dengan screenshot →

Kenapa Daus promote Moomoo?

Daus guna Moomoo sendiri untuk melabur, dan Daus ialah Marketing Representative rasmi Moomoo Malaysia. Bila anda daftar guna link Daus dan deposit, Daus dapat komisen rujukan. Tiada kos tambahan pada anda. Daus cuba jujur pasal apa yang bagus dan apa yang menyusahkan pasal platform ni, sebab kalau puji semua benda, itu iklan, bukan tutorial.

Halal & Syariah

Saham ni halal ke? Judi tak?

Saham bukan judi. Bila anda beli saham, anda jadi pemilik sebahagian kecil syarikat yang betul-betul berniaga, dan untung rugi anda ikut prestasi perniagaan tu, bukan nasib. Tapi bukan semua saham patuh Syariah. Di Malaysia, Majlis Penasihat Syariah SC saring saham Bursa dan terbitkan senarai patuh Syariah dua kali setahun. Untuk kekal patuh Syariah dalam Moomoo, beli dari senarai tu atau ETF Syariah, jangan guna margin, dan pilih dana Islamik kalau guna Cash Plus. Daus bukan ustaz, jadi untuk keputusan agama, rujuk penasihat Syariah anda.

Baca jawapan penuh: saham halal ke? →

Macam mana nak cari saham atau ETF patuh Syariah dalam Moomoo?

Ada tiga cara. Untuk saham satu-satu, guna penapis Shariah: Compliant dalam Screener. Untuk ETF, cari ETF yang jejak indeks Syariah, contohnya SPUS atau SPWO. Dua ni contoh untuk anda kaji sendiri, bukan cadangan beli. Untuk saham Bursa, semak Senarai Sekuriti Patuh Syariah terkini di laman rasmi SC, sebab status saham boleh berubah setiap Mei dan November.

Panduan penuh dengan screenshot →

Berapa nak mula, dan berapa boleh dapat

Boleh mula dengan RM100 je ke?

Secara teknikal boleh, sebab Moomoo tiada deposit minimum. Tapi Daus cadang deposit pertama RM1,000, atas dua sebab. Pertama, reward new user bermula pada deposit RM1,000, dan jam 30 hari untuk deposit pertama mula berjalan hari anda daftar. Extra RM50 dari kod DAUSDK37 pula hanya dikira kalau deposit pertama tu sendiri RM1,000 ke atas. Kedua, setiap order ada yuran tetap (RM3 untuk saham Bursa), jadi modal kecil hilang peratus yang besar. Belum cukup RM1,000? Daftar sekarang pun boleh, akaun tetap boleh guna. Kalau RM1,000 tak masuk dalam 30 hari lepas daftar, reward new user terlepas, tapi akaun kekal. Sambil kumpul, simpan dalam Versa Cash-i atau ShopeePay Money+, dan belajar guna Paper Trading.

Panduan penuh dengan screenshot →

Saya ada simpanan RM20k. Patut masuk berapa?

Daus tak boleh tentukan angka untuk anda, tapi ini cara fikir yang Daus sendiri guna. Asingkan dulu dana kecemasan, sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan belanja, dan biar ia di tempat yang harganya tetap. Duit yang anda perlukan dalam masa 3 tahun pun jangan masuk saham. Hanya baki selepas tu yang sesuai untuk dilabur, dan anda tak perlu masuk sekali gus. Ramai orang masuk berperingkat setiap bulan supaya tak menyesal kalau pasaran jatuh minggu depan. Ini bukan nasihat kewangan.

Panduan penuh dengan screenshot →

Kalau letak RM15k, sebulan dapat dividen berapa?

Lebih kecil daripada yang ramai bayangkan. ETF dividen biasa bayar sekitar 2% hingga 3% setahun, jadi RM15,000 dapat lebih kurang RM18 hingga RM26 sebulan selepas cukai 30% Amerika dipotong. ETF pendapatan yang agresif, sekitar 8%, bagi lebih kurang RM70 sebulan, tapi ada harganya: bila pasaran naik kuat, ia tak naik sepenuhnya. Jumlah tu tak tetap, dan harga unit boleh turun. Halaman dividen ada kalkulator untuk modal anda sendiri.

Panduan penuh dengan screenshot →

Moomoo ni ganti ASB atau FD ke?

Bukan. ASB dan FD harganya tetap, jadi sesuai untuk simpanan dan duit yang anda perlukan tak lama lagi. Saham dan ETF naik turun setiap hari, jadi hanya sesuai untuk duit lebihan yang boleh diam 5 tahun ke atas. Ramai orang simpan dua-dua: ASB atau FD untuk bahagian yang nak stabil, dan saham untuk bahagian jangka panjang.

Panduan penuh dengan screenshot →

Umur saya dah 40-an atau 50-an. Dah lambat ke?

Tak lambat. Soalan yang lebih penting ialah bila anda perlukan duit tu. Duit untuk persaraan 10 tahun lagi masih ada masa untuk tahan naik turun pasaran. Duit untuk yuran anak masuk universiti tahun depan tidak sesuai diletak dalam saham langsung. Jadi asingkan duit ikut bila ia akan diguna, dan hanya bahagian jangka panjang sahaja yang masuk saham.

Panduan penuh dengan screenshot →

Boleh beli saham Amerika macam Nvidia atau Tesla dengan RM200?

Dalam akaun yang dah ada deposit, banyak saham dan ETF Amerika yang popular boleh dibeli sebahagian unit (fractional), jadi anda tak perlu cukup duit untuk satu unit penuh. Senarai yang layak ada dalam app di Markets → Fractional Shares. Fractional hanya boleh dibeli masa pasaran Amerika buka (waktu Malaysia 9:30 malam hingga 4 pagi sampai 31 Okt 2026, 10:30 malam hingga 5 pagi mulai 2 Nov), minimum USD5, dan order Day sahaja. Ingat juga, saham satu syarikat naik turun jauh lebih teruk daripada ETF yang pegang ratusan syarikat. Daus sendiri cadang mula Moomoo bila dah ada RM1,000.

Panduan penuh dengan screenshot →

Dari daftar sampai boleh beli, ambil masa berapa lama?

Isi borang daftar lebih kurang 10 minit. Akaun biasanya lulus dalam 1 hingga 3 hari bekerja. Deposit guna FPX sampai dalam beberapa minit. Jadi kebanyakan orang boleh buat belian pertama dalam 2 hingga 4 hari. Saham Amerika pula hanya boleh dibeli masa pasaran Amerika buka, iaitu waktu malam di Malaysia.

Ikut laluan Mula Dari Zero →

Cukai

Untung jual saham kena cukai tak?

Untuk individu di Malaysia, untung dari jual saham yang tersenarai di bursa tidak dikenakan cukai keuntungan modal. Yang ada cukai ialah dividen. Dividen dari saham dan ETF Amerika dipotong 30% di Amerika sebelum masuk akaun anda. Dividen Bursa kebanyakannya tiada potongan, tapi mulai 2025 individu yang terima dividen dari syarikat Malaysia melebihi RM100,000 setahun kena cukai 2% atas jumlah yang lebih tu. Ini bukan nasihat cukai.

Panduan penuh dengan screenshot →

Ada cukai kalau saya meninggal dunia dengan saham Amerika?

Ada, dan ramai tak tahu. Kalau pemegang yang bukan warganegara Amerika meninggal dunia, aset Amerika yang melebihi USD60,000 (lebih kurang RM250,000) boleh dikenakan cukai harta pusaka Amerika sehingga 40%. Saham dan ETF yang tersenarai di Amerika dikira aset Amerika. ETF yang tersenarai di Bursa tak terlibat. Bila pegangan anda makin besar, rujuk perunding cukai atau perancang harta pusaka.

Panduan penuh dengan screenshot →

Buka akaun & KYC

Umur berapa boleh buka akaun?

Umur 18 hingga 90 tahun. Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap guna MyKad, MyTentera atau MyPR. Warga asing guna pasport yang sah dengan bukti alamat di Malaysia. Buka akaun percuma, dan satu orang hanya boleh ada satu akaun. Proses KYC akan minta anda upload IC dan buat selfie.

Panduan penuh dengan screenshot →

Saya bawah 18. Apa saya boleh buat sekarang?

Belum boleh buka akaun, tapi anda boleh teruskan simpan (contohnya ASB), belajar guna tutorial dan simulator dalam laman ni tanpa duit, dan sediakan akaun bank atas nama sendiri untuk hari jadi ke-18. Bila dah 18, fikir dulu sama ada anda sambung belajar atau terus kerja, sebab jawapannya ubah apa yang patut didahulukan.

Panduan penuh dengan screenshot →

Alamat rumah saya lain dari alamat IC. Kena bukti alamat ke?

Ya. Kalau alamat sama dengan IC, tak perlu. Kalau lain, guna bil utiliti atau penyata bank, KWSP atau insurans atas nama anda sendiri dalam 3 bulan, atau perjanjian sewa penuh yang masih sah dengan tandatangan dua pihak. Bil atas nama suami, isteri atau ibu bapa tak diterima.

Panduan penuh dengan screenshot →

Berapa lama KYC diluluskan?

Biasanya 1–3 hari bekerja kalau dokumen anda jelas. Yang selalu buat lambat: gambar IC blur, cahaya tak cukup, atau nama dalam borang tak sepadan dengan IC. Ambil gambar dalam cahaya terang dan pastikan semua sudut IC nampak.

Saya dah daftar tapi tak guna link Daus. Boleh tukar tak?

Link tak boleh ditukar lepas daftar. Tapi kalau anda BELUM deposit langsung dan masih dalam 30 hari selepas daftar, anda masih boleh masukkan kod DAUSDK37 di Special Deposit (Search → special deposit) sebelum deposit pertama. Kalau dah deposit atau dah lepas 30 hari, tanya customer service Moomoo, tapi tiada jaminan. Daus tetap boleh ajar anda guna Moomoo walaupun tanpa link.

Panduan penuh dengan screenshot →

Saya ada akaun Moomoo Singapura. Boleh buka akaun Moomoo Malaysia? Layak reward tak?

Moomoo Singapura dan Moomoo Malaysia ialah dua syarikat berbeza dengan akaun berasingan. Untuk buka Moomoo Malaysia, anda kena ikut syarat Malaysia, termasuk MyKad atau pasport dengan alamat Malaysia. Jawapan dalam komuniti Moomoo sebut pengguna Moomoo SG boleh aktifkan Moomoo MY dalam app yang sama guna nombor telefon dan emel yang sama, tapi itu bukan halaman bantuan rasmi. Untuk reward, terma kempen Malaysia semasa kira kelayakan ikut bila anda buka Universal Account Moomoo MY, dan tak sebut akaun Singapura. Daus belum dapat pengesahan rasmi sama ada akaun SG lama jejas reward new user Malaysia, jadi tanya customer service Moomoo sebelum deposit.

Cara hubungi customer service Moomoo →

Duit masuk & duit keluar

Minimum deposit berapa?

Secara teknikal Moomoo tiada deposit minimum. Tapi untuk reward new user, deposit pertama mesti sekurang-kurangnya RM1,000 melalui Special Deposit, dan kekal 60 hari. Sebab tu Daus cadang mula Moomoo bila dah ada RM1,000 sedia.

Panduan penuh dengan screenshot →

Macam mana nak keluarkan duit? Susah tak?

Tak susah. Buka Accounts → Transfers → Withdraw, pilih akaun bank Malaysia anda (nama kena sama dengan nama akaun Moomoo), masukkan jumlah, dan sahkan. App tulis biasanya 1 hari bekerja. Kalau anda baru jual saham, tunggu T+2 hari bekerja dulu sampai duit jualan settle. Kalau duit anda dalam USD, tukar dulu ke MYR di Accounts → Exchange.

Panduan penuh dengan screenshot →

Berapa caj Moomoo? Ada caj tersembunyi tak?

Buka akaun, deposit dan withdraw percuma. Caj datang bila anda beli atau jual. Saham Bursa: platform fee RM3 setiap order, komisen 0.03% (ditanggung voucher 0 komisen user baru), clearing fee 0.03%, duti setem RM1 bagi setiap RM1,000 (ETF Bursa dikecualikan), dan SST 8% atas komisen, platform fee dan clearing fee. Saham US: order 1 unit ke atas kena platform fee USD0.99; order bawah 1 unit (fractional) kena 0.99% daripada nilai order, maksimum USD0.99; setiap order juga kena duti setem RM1 bagi setiap RM1,000. Masa Moomoo tukar ringgit ke USD, kadar tukaran ada beza sikit. Faedah margin 6.8% setahun kalau anda terguna pinjaman.

Jadual yuran penuh + contoh sebenar →

Ada masalah dengan akaun. Macam mana nak hubungi Moomoo?

Dalam app, buka Discover → Me → Support → Online Inquiry untuk live chat. MooBot (AI) akan jawab dulu; taip "live agent" beberapa kali untuk masuk barisan staf. Talian telefon +603 9212 0708, emel support@my.moomoo.com, WhatsApp rasmi 011-3011 6527. Live chat dan telefon buka 24 jam pada hari bekerja, dan 9:30 pagi hingga 9:30 malam pada hujung minggu dan cuti umum. Moomoo takkan minta kata laluan, OTP atau PIN anda.

Panduan penuh dengan screenshot →

Kenapa tak boleh tukar RM ke USD? Skrin Exchange tulis 0.00.

Peraturan Bank Negara hanya benarkan ringgit ditukar ke mata wang asing selepas ada order beli saham asing yang dah filled, setakat jumlah order tu. Tiada order, jadi jumlah yang boleh ditukar ialah 0.00. Duit ringgit anda masih ada dan boleh dikeluarkan. Cara betul: beli terus guna ringgit, dan Moomoo tukar sendiri. Untuk RSP, pastikan tunai cukup sebelum tarikh belian supaya tak jadi margin.

Panduan penuh dengan screenshot →

Keluar "not enough buying power" padahal duit cukup. Kenapa?

Biasanya sebab Market order: Moomoo tahan buffer sebab harga boleh melonjak. Tukar ke Limit order, atau kurangkan unit sikit-sikit. Punca lain: yuran tak cukup ditampung, atau ada order lama yang masih Working dan tahan duit anda.

Panduan penuh dengan screenshot →

Dah deposit, tapi status Pending. Duit hilang ke?

Tak hilang. Semak dua benda dulu. Pertama, akaun anda dah lulus ke belum? Kalau belum, deposit memang tunggu Pending, dan app tulis "Funds will automatically deposit when your account is ready". Duit masuk sendiri bila akaun lulus, biasanya 1–3 hari bekerja. Kedua, nama pada akaun bank sama huruf demi huruf dengan nama akaun Moomoo? Beza satu huruf pun boleh buat deposit tersangkut untuk semakan manual. Kalau akaun dah lulus lebih 3 hari bekerja dan masih Pending, hubungi customer service dengan FPX Transaction ID dan resit bank.

Panduan penuh dengan screenshot →

Lepas jual saham, bila boleh beli lain atau keluarkan duit?

Tunggu T+2 hari bekerja. Total Cash mungkin naik serta-merta, tapi duit jualan hanya boleh guna untuk beli saham lain atau withdraw lepas settlement. Duit jualan saham US masuk dalam USD, jadi kalau nak keluarkan ke bank, tukar dulu ke MYR di Accounts → Exchange.

Panduan penuh dengan screenshot →

Duit dalam Cash Plus boleh terus beli saham US ke?

Hanya kalau akaun anda ada margin trading dan SmartSave-Sell aktif, itu pun 95% sahaja, dan faedah masih boleh kena beberapa hari. Tanpa margin, tekan Redeem dulu. Ikut Trading Rules dalam app, jumlah yang di-redeem terus boleh dipakai untuk beli saham tanpa faedah. Kalau anda nak kumpul saham US, lebih senang biar duit kekal sebagai tunai.

Panduan penuh dengan screenshot →

Macam mana nak jual unit trust (MYR Funds)? Duit masuk mana?

Buka Accounts → Funds, tekan dana, kemudian Redeem. Duit masuk akaun Moomoo anda dulu, bukan terus ke bank. Tempoh ikut dana: Cash Plus T+1, AHAM Shariah Gold Tracker T+4. Lepas duit sampai, baru withdraw ke bank.

Panduan penuh dengan screenshot →

Reward new user

Macam mana nak dapat reward RM150–RM1,500?

Ringkasnya: bila dah ada RM1,000 sedia, daftar guna link rujukan, siapkan KYC, search "Special Deposit" dalam app, masukkan kod DAUSDK37, buat deposit pertama RM1,000 dalam 30 hari selepas daftar, lepas tu terus tekan Claim di Discover → Me → Promotions → Welcome Rewards. Lepas claim, kekalkan modal tu 60 hari supaya kupon RM50 dan saham Apple unlock. Langkah penuh dengan gambar ada di halaman reward.

Reward RM150 tu duit tunai terus ke?

Bukan semuanya tunai terus. Untuk deposit RM1,000, RM150 tu datang dalam tiga bentuk. Dua kupon RM25 aktif sebaik anda tekan Claim, dan setiap satu jadi tunai lepas anda buat satu order beli sekurang-kurangnya RM200. Satu kupon tunai RM50 unlock lepas deposit kekal 60 hari. Dan saham Apple bernilai lebih kurang RM50 dari kod DAUSDK37, yang juga unlock lepas 60 hari. Semua ni hanya jadi milik anda kalau anda tekan Claim sendiri.

Panduan penuh dengan screenshot →

Kod DAUSDK37 wajib masa daftar ke?

Tidak. Kod tu bukan untuk daftar. Anda daftar melalui link rujukan Daus, dan kod DAUSDK37 dimasukkan kemudian dalam app, di Special Deposit, SEBELUM deposit pertama. Kalau anda tak nak reward, anda boleh daftar dan guna Moomoo tanpa kod langsung.

Panduan penuh dengan screenshot →

Lepas kempen tamat, macam mana?

Kempen semasa tamat 31 Dis 2026, 9:59 malam. Rasmi, kalau deposit pertama dibuat dalam tempoh kempen, deposit tambahan dalam 30 hari dari deposit pertama masih dikira untuk tahap lebih tinggi walaupun lepas tarikh tamat. Kempen ni bermula 9 Okt 2026, ganti kempen sebelum ni dengan tahap reward yang sama. Kalau tarikh tu dah lepas, semak halaman reward atau app Moomoo untuk terma baru sebelum anda deposit, sebab jumlah dan syarat boleh berubah.

Panduan penuh dengan screenshot →

Hold 60 hari tu maksudnya duit saya terkunci ke?

Tidak. Duit anda boleh dikeluarkan bila-bila masa tanpa penalti, dan sepanjang 60 hari tu anda bebas beli dan jual saham. Syarat hold tu hanya untuk reward: kalau net deposit anda jatuh bawah RM1,000 sebelum cukup 60 hari, kupon RM50 dan saham Apple tak akan unlock. Turun naik harga yang kecil tak jejaskan apa-apa, tapi kalau rugi lebih 20%, syarat tu boleh gagal. Jadi deposit duit yang anda memang tak perlukan dalam masa terdekat.

Panduan penuh dengan screenshot →

Kalau saya deposit RM20k, dapat reward berapa?

Reward naik ikut tahap deposit. Tahap asas RM1,000 dapat lebih kurang RM150. Deposit RM3,000 tambah saham Apple RM100, RM10,000 tambah RM300, dan RM40,000 tambah RM1,000. Jadi RM20,000 jatuh pada tahap RM10,000: lebih kurang RM550 termasuk extra dari kod. Tahap ikut deposit bersih terkumpul dalam 30 hari dari deposit pertama. Extra RM50 dari kod hanya dikira pada deposit pertama, jadi deposit pertama tu sendiri mesti RM1,000 ke atas. Jadual tahap penuh ada dalam halaman Welcome Rewards dalam app.

Panduan penuh dengan screenshot →

Saya ada RM200 je. Boleh dapat reward tak?

Reward new user bermula pada deposit RM1,000, jadi RM200 belum cukup untuk reward tu. Tapi daftar sekarang pun boleh, akaun tetap boleh guna. Cuma jam 30 hari untuk deposit pertama mula berjalan hari anda daftar. Kalau anda boleh tambah sampai RM1,000 dalam 30 hari tu, masukkan kod DAUSDK37 di Special Deposit dulu, baru deposit sekali gus. Kalau ambil masa lebih lama, reward new user terlepas tapi akaun anda kekal. Sambil kumpul, simpan dalam Versa Cash-i atau ShopeePay Money+.

Panduan penuh dengan screenshot →

Reward tu automatik masuk ke?

Tidak. Wakil Moomoo Malaysia beritahu Daus bahawa setiap new user kena claim sendiri, termasuk yang daftar guna link dan kod Daus. Lepas deposit, pergi Discover → Me → Promotions → Welcome Rewards, tekan butang Rewards (Claim Now), kemudian Claim. Kupon RM25 aktif serta-merta, dan setiap satu jadi tunai lepas satu order beli sekurang-kurangnya RM200. Kupon RM50 dan saham Apple pula unlock lepas deposit kekal 60 hari, dan masuk dalam 10 hari dagangan. Jadual penuh bila setiap reward masuk ada di halaman reward.

Belajar & praktis

Saya takut silap tekan. Ada cara praktis dulu?

Ada, namanya paper trading. Anda dapat duit mainan dalam app dan boleh beli-jual guna harga pasaran sebenar tanpa risiko. Ini cara paling bagus untuk biasakan diri dengan skrin order sebelum guna duit betul. Belum ada akaun langsung? Laman ni ada simulator yang guna skrin app sebenar.

Panduan penuh dengan screenshot →

Ada group WhatsApp atau Telegram Daus?

Ada. Group Stock, General, Crypto dan HATA di WhatsApp, dan satu group di Telegram. Semua link, fokus setiap group, cara minta approve dan peraturan ada dalam satu halaman.

Panduan penuh dengan screenshot →

Daus ada buat kelas? Nak belajar dari A sampai Z.

Daus tak buat kelas bersemuka atau kelas berbayar. Yang ada, Daus bimbing satu-satu dalam WhatsApp, percuma, ikut tahap anda: dari daftar akaun sampai beli dan simpan pelaburan pertama. Hati-hati dengan sesiapa yang jual "coach" atau "kelas sifu" atas nama Daus.

Cara bimbingan satu-satu dengan Daus →

Boleh ke buat duit cepat dengan trading harian?

Sangat susah. Kajian besar di Taiwan dapati kurang daripada 1% day trader untung secara konsisten selepas yuran, dan kajian di Brazil dapati 97% yang bertahan lebih 300 hari rugi. Setiap order pula kena yuran. Kalau anda nak cuba, cuba dulu dalam paper trading dan kira yuran sebenar.

Panduan penuh dengan screenshot →

Saya patut beli saham apa?

Daus tak boleh pilihkan untuk anda, dan sesiapa yang jawab dengan yakin tanpa tahu keadaan kewangan anda patut anda ragui. Apa yang Daus boleh buat ialah tunjuk cara fikir dan cara guna tool dalam Moomoo untuk anda tapis dan kaji sendiri. Kandungan di laman ni bersifat pendidikan, bukan nasihat pelaburan.

Panduan penuh dengan screenshot →

Boleh beli saham Singapura, Hong Kong atau China dalam Moomoo Malaysia?

Boleh. Ikut halaman bantuan rasmi Moomoo Malaysia, Universal Account boleh dagang saham Amerika, Malaysia, Singapura, Hong Kong dan saham A China melalui Stock Connect, dalam satu akaun. Tapi setiap pasaran ada mata wang, yuran dan waktu dagangan sendiri, dan saham A China ada had tambahan, contohnya hanya boleh dijual hari dagangan berikutnya (T+1) dan dibeli 100 unit setiap lot. Kalau pasaran tu belum aktif dalam akaun anda, semak Accounts → All → Activate Trading Permissions. Laman ni fokus pada Bursa dan Amerika, jadi kalau baru mula, Daus cadang faham dua pasaran ni dulu.

Mula saham Bursa dari kosong →

Soalan dah terjawab? Jom mula.

Bila dah ada RM1,000 sedia, daftar guna link Daus dan masukkan kod DAUSDK37 di Special Deposit sebelum deposit pertama. Reward new user RM150–RM1,500 ikut saiz deposit.

Daftar Moomoo & Claim Reward

Daus ialah Marketing Representative rasmi Moomoo Malaysia dan dapat komisen bila anda daftar & deposit. Tiada kos tambahan pada anda.

Masih ada soalan lain? Tengok tutorial penuh atau WhatsApp Daus. Bimbingan satu-satu percuma.

Tanya Daus