Cara deposit duit ke Moomoo guna FPX, GXBank atau Bank Transfer (screenshot setiap skrin)
Cara masukkan duit ke akaun Moomoo guna FPX online banking, GXBank Express Deposit atau Bank Transfer (DuitNow), skrin demi skrin. Had deposit RM30,000 dan RM50,000. Berapa lama sampai, turutan betul supaya deposit anda dikira untuk reward, cara tekan Claim, apa nak buat kalau status Pending, dan kalau dah terdeposit sebelum masukkan kod.
Nak cuba tekan sendiri dulu?Simulator 7 tekanan guna skrin app sebenar. Salah pun tak apa, tiada duit bergerak.Deposit ke Moomoo guna online banking Malaysia ialah proses paling mudah dalam keseluruhan perjalanan ni — duit biasanya sampai dalam beberapa minit, dan tiada caj.
Yang perlu anda beri perhatian bukan caranya, tapi turutannya.
Kalau anda nak deposit ni dikira untuk kempen reward new user, masukkan kod DAUSDK37 dalam Special Deposit DAHULU, baru buat deposit pertama sekurang-kurangnya RM1,000.
Ramai buat terbalik, iaitu deposit dulu, lepas tu baru cari kod. Bila jadi macam tu, extra dari kod Daus biasanya terlepas, dan anda kena tanya customer service untuk reward rasmi. Dah terlanjur? Baca bahagian ni.
Sebelum anda mula
- Akaun anda dah lulus KYC, atau hampir lulus. Secara teknikal anda boleh deposit sebelum akaun lulus, tapi duit tu akan tunggu dengan status Pending sampai akaun lulus, biasanya 1–3 hari bekerja. Daus cadang tunggu akaun lulus dulu, supaya anda tak risau tengok duit tersangkut.
- Akaun bank atas nama anda sendiri. Nama pemegang akaun bank mesti sepadan dengan nama akaun Moomoo. Deposit dari akaun orang lain — termasuk pasangan atau ibu bapa — akan ditolak dan duit dipulangkan. Ini peraturan anti pengubahan wang haram, bukan karenah Moomoo.
- Anda tahu berapa nak deposit. Untuk dapat extra RM50 dari kod Daus, deposit pertama tu sendiri kena sekurang-kurangnya RM1,000, dalam 30 hari selepas daftar. Reward rasmi Moomoo pula ikut jumlah deposit terkumpul dalam 30 hari. Daus pun cadang mula Moomoo bila RM1,000 dah sedia. Sebabnya ada di bawah.
Bahagian 1 — Masukkan kod promo dulu
Tak suka baca? Tengok Daus buat langkah ni dalam app sebenar, dari tekan Search sampai kod DAUSDK37 masuk.
Cari Special Deposit
Halaman ni tersembunyi sedikit — ia bukan dalam menu utama. Cara paling cepat ialah melalui carian.
Tekan Search. Bergantung pada versi app anda, Search ialah tab di bar bawah, atau ikon kaca pembesar di bahagian atas skrin. Kemudian taip special deposit.
Satu hasil akan muncul dengan ikon petak kecil dan tulisan oren Special Deposit. Tekan.
- Tekan ni
Masukkan kod promo, kemudian tekan Deposit Now
Skrin Special Deposit sangat ringkas — itu sebabnya mudah terlepas pandang.
Semak dulu akaun di bahagian atas: ia patut tertulis Moomoo MY dengan bendera Malaysia. Kalau anda ada lebih daripada satu akaun, pastikan yang betul dipilih.
Taip kod DAUSDK37 dalam kotak Enter promo code. Taip tepat, iaitu huruf besar dan tiada ruang di depan atau belakang. Boleh salin terus dari kotak ni:
Perhatikan butang Deposit Now di bawah: ia kelabu dan tidak boleh ditekan sehingga kod yang sah dimasukkan. Itu petunjuk berguna — kalau butang tu masih kelabu selepas anda taip, kod anda tersalah taip atau tak sah lagi.
- Taip kod
- Deposit Now
- Semak akaun: Moomoo MY
Tak suka baca? Tengok video pendek ni
Bahagian 2 — Buat deposit
Pilih kaedah deposit
Tekan Deposit Now dari skrin tadi, atau pergi terus ke tab Accounts → ikon Deposit.
Ada satu lagi jalan yang lebih kemas dan patut anda tahu: tab Accounts → Transfers. Halaman tu mengumpulkan Deposit, Withdraw, Exchange, Transfer Stock In, Bank Account, dan Cash Transfer dalam satu senarai — plus History penuh setiap wang masuk dan keluar di bawahnya.
Anda akan nampak tiga pilihan, dan semuanya percuma:
- GXBank Express Deposit, kalau anda ada akaun GXBank.
- FPX Express Deposit — ditanda Popular. Ini pilihan untuk kebanyakan orang: ia sambung terus ke online banking mana-mana bank Malaysia.
- Bank Transfer — pindahan DuitNow dari app bank anda, guna nombor akaun khas yang app beri. Biasanya 5 minit juga, tapi anda kena salin butiran sendiri. Cara dua pilihan ni ada di bahagian bawah.
Setiap pilihan tunjuk anggaran masa — biasanya kira-kira 5 minit.
Untuk beginner, pilih FPX Express Deposit.
- Semua fungsi wang
- FPX
Pilih bank anda
Senarai penuh bank Malaysia akan muncul: Maybank2U, CIMB Clicks, Public Bank, RHB Now, Hong Leong Connect, Bank Islam, AmOnline, Bank Rakyat, BSN, OCBC, UOB, Standard Chartered, Alliance Bank, Affin Bank, dan lain-lain.
Tekan bank yang anda guna untuk online banking.
Pilih yang betul. Kalau anda pilih Maybank tapi log masuk ke CIMB, transaksi akan gagal dan anda kena mula semula.
Masukkan jumlah — dan baca nota nama
Skrin ni akan tunjuk:
- Deposit Method — bank yang anda pilih tadi
- Account Name — nama anda seperti dalam rekod Moomoo
- Deposit Amount — kotak untuk taip jumlah
Di bawah medan jumlah ada nota yang wajib anda baca:
Please deposit from your own bank account carrying your own name.
Ini bukan cadangan. Kalau nama pemegang akaun bank tak sepadan dengan nama akaun Moomoo, deposit akan ditolak dan duit dipulangkan selepas beberapa hari, dan ikut Help Center Moomoo, yuran yang terlibat ditanggung oleh anda.
Taip jumlah anda dan semak dua kali — pastikan tiada sifar tambahan atau kurang. Kemudian tekan Deposit Now.
- Taip jumlah
- BACA nota ni
Sahkan di laman bank anda
App akan lencongkan anda ke laman online banking bank anda sendiri. Ini bahagian yang dikendalikan oleh bank, bukan Moomoo.
Log masuk seperti biasa, semak jumlah dan penerima, kemudian luluskan dengan TAC atau pengesahan dalam app bank anda.
Jangan tutup browser sebelum ia kembali ke app Moomoo. Kalau anda tutup di tengah jalan, pembayaran mungkin berjaya tetapi Moomoo tak terima pengesahan — dan duit anda tersangkut dalam limbo sehingga dirujuk secara manual.
Kalau ini kali pertama anda deposit, buat pada hari bekerja dalam waktu pejabat. Kalau ada apa-apa tersangkut, customer service kedua-dua pihak ada untuk bantu. Deposit tengah malam Sabtu, kalau ada masalah, anda tunggu sampai Isnin.
Semak duit dah masuk
Balik ke app Moomoo, tab Accounts. Duit FPX biasanya masuk dalam beberapa minit, kadang-kadang serta-merta.
Kalau selepas 30 minit masih tak nampak:
- Tarik skrin ke bawah untuk refresh
- Semak Accounts → All → Funds → Funding History (atau Accounts → Transfers, senarai History di bawah). Di situ setiap deposit disenaraikan dengan statusnya
- Status Pending? Ikut langkah semak Pending di bawah dulu sebelum hubungi sesiapa
Tekan Claim untuk reward new user
Langkah ni yang paling ramai terlepas: reward tak masuk sendiri, walaupun anda daftar guna link dan kod Daus. Lepas deposit masuk, terus tekan Claim. Jangan tunggu 60 hari.
- Buka Discover → Me (kalau app anda ada tab Me di bar bawah, terus tekan Me).
- Tekan Promotions.
- Buka kad Welcome Rewards, tekan butang Rewards atau Claim Now.
- Dalam popup My Reward, tekan Claim pada setiap reward.
Lepas tu, kupon RM25 aktif terus (sah 90 hari, setiap satu jadi tunai lepas satu order beli sekurang-kurangnya RM200). Kupon RM50 dan saham Apple dari kod Daus unlock lepas deposit kekal 60 hari. Jadual penuh bila setiap reward masuk ada di halaman reward.
- Promotions
- Claim Now
Tak suka baca? Tengok video pendek ni
Pilihan lain: GXBank Express Deposit dan Bank Transfer
FPX cukup untuk kebanyakan orang. Tapi ada dua keadaan anda mungkin perlukan cara lain: anda guna GXBank, atau anda nak masukkan jumlah yang lebih besar dari had FPX bank anda.
Untuk deposit pertama yang anda nak dikira untuk kod DAUSDK37, Daus cadang ikut jalan FPX di atas, sebab itu jalan yang Daus dah uji dari Special Deposit sampai reward keluar. GXBank dan Bank Transfer sesuai untuk deposit seterusnya.
GXBank Express Deposit
Ini untuk pengguna GXBank. Duit pindah terus dari app GXBank ke akaun Moomoo anda, percuma, dan biasanya sampai dalam 5 minit. Ikut halaman bantuan rasmi Moomoo dalam app, had setiap transaksi ialah RM30,000, dan ia juga ikut had pindahan yang anda tetapkan dalam GXBank.
Kali pertama, anda kena sambungkan (link) akaun GXBank dulu:
- Pergi Accounts → Transfers → Deposit → GXBank Express Deposit, kemudian tekan Link Account.
- App GXBank akan terbuka. Sahkan di situ, kemudian tekan Back to Merchant. Jangan tutup app GXBank atau tukar sendiri ke app Moomoo, sebab pengesahan boleh gagal.
- Buat dalam telefon yang sama, dengan app Moomoo dan app GXBank dua-dua dah log masuk. Ia tak boleh dibuat dari PC.
Lepas akaun dah disambung, deposit jadi mudah: taip jumlah, tekan Submit, dan sahkan pindahan dalam app GXBank. Akaun GXBank mesti atas nama anda sendiri. Akaun bersama (joint) tak diterima untuk kaedah ni.
Bank Transfer (DuitNow dari app bank anda)
Ini pindahan biasa dari app bank anda ke akaun Moomoo. Bila anda tekan Bank Transfer, app tunjuk tiga maklumat penerima:
- Beneficiary Account Number — nombor akaun yang khas untuk anda sahaja. Setiap orang dapat nombor lain.
- Beneficiary Name — MOOMOO SECURITIES MALAYSIA SDN. BHD.
- Beneficiary Bank — J.P. Morgan Chase Bank Berhad.
Tekan Copy pada setiap baris, kemudian buat pindahan dari app bank anda. Beberapa perkara yang skrin tu tulis, dan yang selalu orang terlepas:
- Salin nombor akaun dari app Moomoo anda sendiri. Jangan guna nombor akaun yang orang lain kongsi dalam group atau screenshot, sebab nombor tu milik akaun dia, bukan akaun anda.
- Guna Instant Transfer (DuitNow). Kalau guna Interbank GIRO atau pindahan di kaunter bank, deposit boleh lambat dan Moomoo mungkin minta dokumen sokongan.
- Mesti dari akaun bank atas nama anda sendiri. Pindahan dari akaun kawan, keluarga atau syarikat tak diterima dan akan dipulangkan.
- Moomoo tak terima deposit tunai atau cek.
- Moomoo tak caj apa-apa, tapi bank anda mungkin ada caj sendiri.
Biasanya duit masuk dalam 5 minit, dan anda dapat notifikasi dalam app dan emel.
Nak deposit lebih dari had bank?
Ikut halaman bantuan rasmi Moomoo dalam app (How to deposit funds beyond the limit), had pindahan harian individu di Malaysia biasanya RM50,000, tapi setiap bank lain. Semak had sebenar dengan bank anda. Ini panduan ikut jumlah, dengan syarat akaun anda dah lulus:
| Jumlah | Apa nak buat |
|---|---|
| Sampai RM30,000 | FPX biasa. Kalau ditolak, naikkan had pindahan dalam app bank dan cuba lagi, atau cuba esok. |
| RM30,000 hingga RM50,000 | Pecahkan jadi beberapa deposit FPX, setiap satu bawah RM30,000. Atau guna Bank Transfer. |
| Lebih RM50,000 | Pergi kaunter bank dan buat Bank Transfer di situ. |
Kalau tak boleh naikkan had pindahan secara online, anda mungkin kena ke kaunter bank juga.
Guna akaun bank bersama (joint)?
Ikut halaman rasmi, kalau deposit pertama melalui Bank Transfer atau FPX dibuat dari akaun bank bersama atas nama anda, hubungi customer service (Discover → Me → Support → Online Inquiry) dan hantar resit pindahan serta penyata bank. Duit dijangka masuk dalam 1 hari bekerja.
Berapa patut deposit kali pertama?
Ini soalan peribadi, tapi ada dua pertimbangan praktikal:
1. Reward new user bermula pada RM1,000. Ada dua lapisan. Reward rasmi Moomoo ikut jumlah deposit bersih terkumpul dalam 30 hari, bermula RM1,000 dan naik berperingkat sampai RM1,500 untuk deposit RM40,000. Extra RM50 dari kod DAUSDK37 pula hanya dikira pada deposit pertama, jadi deposit pertama tu sendiri mesti RM1,000 atau lebih, dan dibuat lepas kod dimasukkan di Special Deposit. Butiran semasa ada di halaman reward.
2. Yuran tetap menjadikan belian terlalu kecil tidak cekap. Setiap order saham Bursa ada Platform Fee RM3 yang tetap, tanpa mengira saiz. Kalau anda deposit RM200 dan beli RM200, yuran RM3 tu sahaja sudah 1.5% daripada modal anda sebelum apa-apa berlaku. Pecahan penuh ada dalam tutorial beli saham.
Sebab dua benda ni, Daus cadang deposit pertama RM1,000, dan hanya duit yang anda tak perlukan sekurang-kurangnya 3 tahun (paling elok 5 tahun ke atas). Duit untuk kecemasan atau belanja dalam masa terdekat simpan di tempat lain, rujuk duit jangka pendek. Belum cukup RM1,000? Kumpul dulu dalam Versa Cash-i atau Money+. Cara fikirnya ada dalam modal kecil, nak mula dari mana.
Tak suka baca? Tengok video pendek ni
Kalau tersangkut
“Duit dah keluar dari bank tapi tak masuk Moomoo” Semak Accounts → All → Funds → Funding History dulu. Kalau ada rekod dengan status Pending, ikut langkah Pending di bawah. Kalau tiada rekod langsung, hubungi customer service dalam app (Discover → Me → Support, cara penuh di sini) dan sertakan resit atau FPX Transaction ID dari bank anda.
“Deposit saya ditolak dan dipulangkan” Punca paling biasa: nama pemegang akaun bank tak sepadan dengan nama akaun Moomoo. Guna akaun bank atas nama anda sendiri.
“Status deposit saya Pending”
Tenang dulu. Selalunya anda tak buat salah apa-apa. Semak tiga benda ni, ikut turutan:
1. Akaun anda dah lulus ke belum? Kalau anda baru daftar dan akaun masih dalam semakan, deposit memang akan tunggu Pending. App Moomoo sendiri tunjuk mesej “Account Pending: Funds will automatically deposit when your account is ready”. Maksudnya duit tu masuk sendiri bila akaun lulus, biasanya dalam 1–3 hari bekerja. Tak perlu buat apa-apa.
2. Nama pada slip FPX sama dengan nama akaun Moomoo, huruf demi huruf? Buka slip FPX dari bank anda, dan banding baris Buyer Name dengan nama akaun Moomoo. Beza walaupun satu huruf, contohnya bank eja “BBINTI” dan bukan “BINTI”, boleh buat sistem tak lulus secara automatik, jadi deposit tersangkut untuk semakan manual. Kalau duit dihantar dari akaun bank atas nama orang lain (contohnya akaun suami untuk akaun Moomoo isteri), deposit tu akan dipulangkan. Buat semula dari akaun bank atas nama sendiri.
3. Akaun dah lulus lebih 3 hari bekerja, tapi deposit masih Pending? Barulah hubungi customer service, dengan FPX Transaction ID dan resit bank. Kalau nama di bank tersalah eja, terangkan nama sebenar anda.
Dah terdeposit sebelum masukkan kod
Ini berlaku kepada ramai orang, termasuk yang terdeposit masa proses daftar akaun, sebelum sempat jumpa Special Deposit. Ini yang biasanya berlaku:
- Extra dari kod Daus (yang muncul sebagai saham Apple dalam My Rewards) biasanya terlepas, sebab kod kena dimasukkan sebelum deposit pertama.
- Reward rasmi new user masih boleh, sebab ia tak bergantung pada kod Daus. Ia ikut deposit bersih terkumpul dalam 30 hari. Kalau deposit pertama anda kecil, top up sampai jumlah keseluruhan sekurang-kurangnya RM1,000 dalam tempoh tu, tekan Claim (langkah 8 di atas), dan kekalkan 60 hari. Kalau kupon tak keluar, tanya customer service.
Jangan withdraw semua lepas tu deposit semula dengan harapan dapat reward. Itu tak membantu, dan anda cuma buang masa menunggu duit keluar masuk. Situasi penuh, dengan contoh mesej untuk customer service, ada dalam dah ada akaun Moomoo, apa nak buat. Akaun anda tetap boleh digunakan sepenuhnya. Langkah seterusnya: beli ETF US pertama.
“Butang Deposit Now kelabu dan tak boleh ditekan” Kod promo anda belum dimasukkan atau tak sah. Semak ejaan, huruf besar, dan pastikan tiada ruang kosong di depan atau belakang kod.
Belum ada akaun untuk deposit?
Bila dah ada RM1,000 sedia: daftar guna link Daus, masukkan kod DAUSDK37 dalam "Special Deposit" SEBELUM deposit pertama, deposit RM1,000 dalam 30 hari selepas daftar, tekan Claim sendiri, dan kekalkan deposit 60 hari. Lebih kurang RM150 untuk deposit RM1,000, sehingga RM1,500 untuk deposit lebih besar.
Daftar Moomoo & Claim RewardDaus ialah Marketing Representative rasmi Moomoo Malaysia dan dapat komisen bila anda daftar & deposit. Tiada kos tambahan pada anda.