ETF tu apa? Terang dari kosong untuk yang tak pernah melabur
ETF dalam bahasa paling mudah — konsep bakul, beza ETF dengan saham satu syarikat dan unit trust, apa yang dimaksudkan dengan S&P 500, ETF Syariah, yuran tahunan (expense ratio), kos beli dalam Moomoo, risiko yang perlu tahu, dan cara cari ETF dalam app.
“ETF US tu macam mana sebenarnya? Daus selalu sebut VOO, SPUS. Saya tak faham itu apa.”
Kalau anda tak pernah melabur langsung, halaman ni untuk anda. Tiada istilah pelik tanpa diterangkan.
Bayangkan satu bakul buah
Anda nak makan buah, tapi tak pasti buah mana yang sedap minggu ni. Daripada beli satu durian dan berharap ia sedap, anda beli satu bakul campur: sikit epal, sikit oren, sikit pisang, sikit mangga. Kalau oren masam, bakul anda masih ok sebab buah lain ada.
ETF (Exchange-Traded Fund) ialah bakul macam tu, tapi isinya saham. Satu ETF boleh pegang puluhan, ratusan, malah ribuan saham syarikat. Bila anda beli satu unit ETF, anda pegang sedikit daripada setiap saham dalam bakul tu.
Contoh paling terkenal ialah ETF yang ikut indeks S&P 500, iaitu senarai lebih kurang 500 syarikat besar Amerika (Apple, Microsoft, Nvidia dan ratusan lagi). VOO, SPY dan IVV ialah tiga ETF yang ikut senarai tu.
Kenapa orang suka ETF
Risiko tersebar. Kalau anda beli saham satu syarikat dan syarikat tu bermasalah, anda boleh rugi besar. Dalam ETF yang pegang ratusan syarikat, satu syarikat jatuh hanya sebahagian kecil.
Tak perlu kaji setiap syarikat. Anda tak perlu tahu syarikat mana yang akan menang. Anda pegang semuanya, dan ikut prestasi seluruh pasaran.
Murah untuk dipegang. Kebanyakan ETF indeks ada yuran tahunan yang kecil (lihat bawah).
Senang dibeli. ETF dijual beli macam saham biasa dalam app broker, pada harga pasaran, dalam waktu pasaran.
ETF, saham, dan unit trust: apa bezanya
| Saham satu syarikat | ETF | Unit trust (dana) | |
|---|---|---|---|
| Isi | Satu syarikat | Bakul banyak syarikat | Bakul banyak aset, dipilih pengurus dana |
| Beli di mana | Bursa saham (Bursa Malaysia atau bursa Amerika), guna broker | Bursa saham, guna broker | Ejen atau platform dana |
| Harga | Berubah sepanjang hari | Berubah sepanjang hari | Satu harga (NAV) sehari |
| Yuran | Yuran order | Yuran order + yuran tahunan kecil | Selalunya yuran jualan + yuran pengurusan lebih tinggi |
| Risiko | Paling tertumpu | Tersebar | Tersebar |
Yuran tahunan ETF (expense ratio)
Setiap ETF ada Expense ratioYuran pengurusan tahunan sesebuah dana, dalam peratus.Lihat dalam glosari →, iaitu yuran tahunan untuk urus dana. Anda tak bayar secara berasingan. Ia dipotong sedikit demi sedikit dari dalam dana, dan dah termasuk dalam harga ETF tu.
Contoh dari app Moomoo (6 Okt 2026): SPUS 0.45% setahun, HLAL 0.50%. ETF S&P 500 biasa macam VOO lebih rendah. Untuk pelaburan RM1,000, yuran 0.45% bersamaan lebih kurang RM4.50 setahun.
Ini berasingan daripada yuran setiap kali anda beli dan jual dalam Moomoo.
Order bawah 1 unit (fractional, termasuk kebanyakan belian RSP kecil): platform fee 0.99% daripada nilai order, maksimum USD0.99, tanpa komisen. Order 1 unit ke atas: platform fee USD0.99 setiap order (komisen 0.03% ditanggung voucher 0 komisen user baru). Setiap order juga kena duti setem Malaysia RM1 bagi setiap RM1,000 atau sebahagiannya (lebih kurang USD0.24).
Contoh sebenar dari akaun Daus: belian VOO USD25 kena platform fee USD0.25 + duti setem USD0.24 = USD0.49 (lebih kurang 2%). Jadual penuh: yuran Moomoo.
ETF Syariah
ETF biasa macam VOO pegang semua syarikat dalam indeks, termasuk bank konvensional, syarikat insurans konvensional, dan syarikat yang terlalu banyak hutang berfaedah. Sebab tu ia tak patuh Syariah.
ETF Syariah macam SPUS dan HLAL tapis keluar syarikat tu ikut saringan Syariah. Penerangan penuh ada dalam saham halal ke.
Risiko yang perlu anda tahu
- ETF tetap boleh jatuh. Bakul yang pegang seluruh pasaran akan jatuh bila seluruh pasaran jatuh. Contohnya, ETF S&P 500 pernah jatuh lebih kurang 34% dalam beberapa minggu pada 2020.
- ETF US dalam USD. Nilai dalam ringgit juga ikut kadar tukaran.
- Dividen ETF US dipotong cukai 30% sebelum masuk akaun anda.
- Bukan semua ETF itu bakul yang luas. Ada ETF tema (contohnya hanya cip), ETF berleverage (bergerak 2 atau 3 kali ganda) dan ETF songsang. Itu jauh lebih berisiko. Kenali dulu dalam dunia ETF.
ETF sesuai untuk duit yang boleh duduk 5 tahun ke atas. Duit yang anda perlukan tak lama lagi, contohnya untuk kahwin atau deposit rumah dalam 1–3 tahun, lebih sesuai di tempat yang harganya stabil. Baca duit jangka pendek letak mana.
Cara cari ETF dalam Moomoo
- Search nama atau kod ETF (contohnya SPUS), kemudian tekan hasil yang bertanda US.
- Markets → ETFs untuk senarai ETF indeks dan ETF tema.
- Markets → MY → ETFs untuk ETF yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Nak banding dua ETF sebelah-menyebelah? Guna fungsi Compare: tutorial compare saham dan ETF. Nak beli yang pertama? Beli ETF US pertama.
Nama ETF di halaman ni contoh untuk anda faham dan kaji sendiri, bukan cadangan beli. Kandungan ini perkongsian pendidikan, bukan nasihat kewangan.
Dah faham ETF? Langkah seterusnya, tengok macam mana nak pilih satu.
Bila dah ada RM1,000 sedia: daftar guna link Daus, masukkan kod DAUSDK37 dalam "Special Deposit" SEBELUM deposit pertama, deposit RM1,000 dalam 30 hari selepas daftar, tekan Claim sendiri, dan kekalkan deposit 60 hari. Lebih kurang RM150 untuk deposit RM1,000, sehingga RM1,500 untuk deposit lebih besar.
Daftar Moomoo & Claim RewardDaus ialah Marketing Representative rasmi Moomoo Malaysia dan dapat komisen bila anda daftar & deposit. Tiada kos tambahan pada anda.