Analisis fundamental dalam Moomoo — baca kesihatan syarikat skrin demi skrin (contoh MR DIY)
Cara baca tab Company dalam Moomoo untuk satu syarikat Bursa — pecahan pendapatan, tiga penyata kewangan, margin, ROE, P/E, dividen, dan rating penganalisis. Ada kalkulator nisbah dan senarai semak yang anda boleh guna untuk saham anda sendiri.
Analisis fundamental bunyi macam kerja akauntan. Sebenarnya ia cuma cuba jawab tiga soalan:
- Syarikat ni buat duit macam mana?
- Adakah perniagaannya sihat?
- Harga sekarang munasabah tak berbanding untung yang dia buat?
Semua nombor untuk menjawab tiga soalan tu dah ada dalam Moomoo, dalam satu tab yang ramai orang tak pernah buka: tab Company dalam halaman saham.
Tutorial ni buka tab tu satu bahagian pada satu masa, guna MR DIY (5296) sebagai contoh. Sebabnya bukan sebab sahamnya bagus atau tidak, tapi sebab perniagaannya senang difahami sesiapa pun, dan nombornya mengandungi satu keadaan yang sangat berguna untuk belajar: jualan naik, tapi untung turun.
Semua nombor diambil dari app pada 18 September 2026, dan akan berubah setiap suku tahun. MR DIY digunakan sebagai contoh membaca skrin sahaja. Tutorial ni bukan cadangan untuk beli atau jual mana-mana saham.
Tak suka baca? Tengok video pendek ni
Tak suka baca? Tengok video pendek ni
Bahagian 1 — Faham perniagaan dulu, bukan nombor
Tak suka baca? Tengok video pendek ni
Cari kaunter yang betul
Taip kod atau nama dalam carian. Bila Daus taip 5296, tiga benda berbeza keluar:
- 5296 MRDIY dengan lencana MY — ini saham yang kita mahu
- 05296 CDBL FND1 dengan lencana HK — syarikat lain, di bursa lain
- 052960 3C Tae Yang Co dengan lencana KR — syarikat Korea
Di bawahnya ada belasan waran seperti MRDIY-C67 dan MRDIY-C55, iaitu produk berbeza yang dikeluarkan oleh bank, bukan saham syarikat.
Semak lencana pasaran dan nama penuh sebelum tekan, sama macam dalam tutorial beli saham pertama.
- Yang kita nak
- Bursa lain
Baca profil dan pecahan pendapatan
Dalam halaman saham, tekan tab Company. Sub-tab pertama ialah Financials, dan di hujung kanan ada Profile.
Profile beritahu perniagaan apa yang syarikat ni buat. MR DIY diterangkan sebagai peruncit produk penambahbaikan rumah dan barangan am di Malaysia dan Brunei. Di bawahnya ada Category, yang letak syarikat ni dalam industri Retailers.
Balik ke Financials, skrol ke Revenue Breakdown. Bahagian ni tunjuk dari mana pendapatan datang, dan boleh ditukar antara Business (ikut jenis perniagaan) dan Market (ikut kawasan).
Untuk tahun kewangan 2025, MR DIY tunjuk Single segment, iaitu RM4.95 bilion, 100% daripada satu jenis perniagaan. Syarikat macam ni senang difahami. Kalau anda buka sebuah kumpulan besar, anda akan nampak lima atau enam segmen, dan kerja anda jadi lebih berat.
- Industri
- 100% satu perniagaan
Bahagian 2 — Tiga penyata kewangan
Tak suka baca? Tengok video pendek ni
Key Financials: lapan baris yang meringkaskan segalanya
Skrol ke Key Financials. Di atasnya tertulis tempoh laporan terakhir, iaitu 30 Jun 2026. Semua nombor di bawah untuk satu suku tahun, bukan setahun. Peratus di sebelah setiap nombor pula ialah perubahan berbanding suku yang sama tahun lepas (Jun 2025), bukan berbanding suku sebelumnya.
| Baris | Maksud | MR DIY |
|---|---|---|
| Revenue | Jumlah jualan | RM1.26b, +3.55% |
| Profit Before Tax | Untung sebelum cukai | RM180.80j, −14.72% |
| Net Profit | Untung selepas semua kos dan cukai | RM134.41j, −15.24% |
| Net Profit to Shareholders | Untung bersih milik pemegang saham syarikat | RM134.41j, −15.24% |
| Net Profit Margin | Untung bersih ÷ jualan | 10.69%, −18.15% |
| Basic EPS | Untung sesaham | RM0.0142, −14.97% |
| Dividend Per Share | Dividen sesaham | RM0.033, +120.00% |
| Book Value Per Share | Nilai buku sesahamAset tolak liabiliti, dibahagi bilangan saham.Lihat dalam glosari → sesaham | RM0.1932, −9.21% |
Perhatikan baris Revenue dan Net Profit. Jualan naik 3.55%, tapi untung bersih turun 15.24%.
Ini keadaan yang paling kerap disalah baca oleh pemula. “Syarikat ni makin besar” tak sama dengan “syarikat ni makin untung”. Kos boleh naik lebih laju daripada jualan: sewa, gaji, kos barang, atau faedah pinjaman.
Satu lagi baris yang mungkin buat anda pelik: dividen sesaham RM0.033 lebih besar daripada untung sesaham suku tu, RM0.0142. Macam mana syarikat bayar lebih dari untung? Dividen yang diumumkan dalam satu suku tak semestinya datang dari untung suku tu sahaja. Ia boleh termasuk dividen khas, atau dibayar daripada untung terkumpul sebelum ni. Untuk tahu jenisnya, semak pengumuman dividen syarikat tu. Dan kalau corak ni berulang lama, tanya sama ada bayaran tu boleh dikekalkan.
- Jualan naik
- Untung turun
Income Statement: lihat lima suku, bukan satu
Satu suku tak cukup untuk buat kesimpulan. Bahagian Income Statement lukis carta untuk lima suku terakhir, dan boleh ditukar antara Revenue, Operating Profit, Net Income dan NI to Common.
Pendapatan MR DIY suku demi suku: RM1.21b, RM1.20b, RM1.28b, RM1.37b, dan RM1.26b. Setiap satu masih lebih tinggi daripada suku yang sama tahun sebelumnya, tapi kadar pertumbuhan menurun: +9.27% pada suku sebelum ini, kemudian +3.55%.
Yang anda cari di sini bukan satu nombor besar, tapi arah. Naik selalu, mendatar, atau mula perlahan?
- Pendapatan 5 suku
Balance Sheet: berapa yang dimiliki, berapa yang dihutang
Balance Sheet tunjuk tiga benda setiap suku: Assets (aset), Liabilities (liabiliti) dan Ratio, iaitu liabiliti dibahagi aset.
Untuk MR DIY, nisbah tu bergerak begini: 49.40%, 49.03%, 48.57%, 52.69%, dan 56.85%. Aset naik dari RM3.90b ke RM4.24b, tapi liabiliti naik lebih laju, dari RM1.93b ke RM2.41b.
Maksudnya lebih banyak aset syarikat sekarang dibiayai dengan hutang berbanding setahun lepas. Ia belum tentu bahaya, tapi ia soalan seterusnya: hutang tu untuk apa, dan mampu ke dibayar balik?
Ingat juga pengajaran dari tutorial Compare: nisbah 56.85% untuk peruncit tak sama maknanya dengan 91% untuk bank. Banding dalam industri yang sama.
- Aset, liabiliti dan nisbah (liabiliti ÷ aset)
Cash Flows: untung atas kertas vs duit betul masuk
Untung dikira dengan peraturan perakaunan. Tunai pula benda yang betul-betul masuk dan keluar dari bank syarikat. Dua-dua penting, dan dua-dua boleh bercerita lain.
Bahagian Cash Flows ada tiga butang:
- CFO — tunai daripada operasi, iaitu duit yang perniagaan hasilkan sendiri
- CFI — tunai untuk pelaburan, contohnya buka kedai baru
- CFF — tunai daripada pembiayaan, contohnya ambil atau bayar pinjaman
CFO MR DIY untuk lima suku: RM266.99j, RM106.85j, RM347.52j, RM427.61j, dan RM259.12j. Turun naik, tapi kekal positif setiap suku. Syarikat yang CFO-nya negatif berulang kali sedang membakar duit, walaupun penyata untungnya nampak cantik.
- Tunai operasi
Bahagian 3 — Nisbah: nombor yang boleh dibanding
Tak suka baca? Tengok video pendek ni
Financial Indicators: lapan nisbah dalam satu tempat
Bahagian Financial Indicators ada lapan butang. Tekan mana-mana satu, dan carta di bawahnya bertukar. Ada juga pautan Learn more about… untuk setiap nisbah. Maksud ringkas setiap butang:
- EPS — untung bersih sesaham
- FCF (free cash flow) — tunai operasi tolak belanja modal, iaitu duit yang betul-betul tinggal untuk bayar dividen, bayar hutang atau simpan
- Current Ratio — aset jangka pendek dibahagi liabiliti jangka pendek. Lebih dari 1 bermakna aset jangka pendek cukup untuk bayar hutang jangka pendek
- Quick Ratio — sama macam Current Ratio, tapi tanpa stok barang, sebab stok tak semestinya cepat jadi tunai
- ROE — untung bersih berbanding duit pemegang saham
- ROA — untung bersih berbanding jumlah aset syarikat
- Gross Margin — jualan tolak kos barang, dibahagi jualan. Untung kasar sebelum sewa, gaji dan kos lain
- Net Margin — untung bersih dibahagi jualan
Tekan ROE. ROE (pulangan atas ekuiti)Untung bersih untuk satu tempoh berbanding duit pemegang saham dalam syarikat. Moomoo boleh papar ROE suku tahun atau tahunan.Lihat dalam glosari → ialah untung bersih dibahagi duit pemegang saham. Ia menjawab: setiap RM100 duit pemilik dalam syarikat ni, berapa untung yang dia hasilkan?
ROE MR DIY untuk lima suku: 8.09%, 6.90%, 8.21%, 9.94%, dan 7.31%.
Sebab nombor ni untuk satu suku, bukan setahun, jangan banding terus dengan ROE tahunan syarikat lain. Banding suku dengan suku.
- ROE lima suku
Net Margin: di mana untung itu hilang
Tekan Net Margin. Margin untung bersihBerapa sen untung bersih daripada setiap RM1 jualan.Lihat dalam glosari → ialah berapa sen untung bersih daripada setiap RM1 jualan.
Untuk MR DIY: 13.06%, 11.36%, 12.76%, 13.98%, kemudian 10.69%.
Lima nombor ni ialah lima suku berturut-turut, dari suku Jun 2025 sampai suku Jun 2026. Jadi nombor pertama, 13.06%, ialah suku yang sama tahun lepas.
Inilah jawapan kepada teka-teki dalam Langkah 3. Jualan memang naik berbanding tahun lepas, tapi setiap RM1 jualan sekarang tinggal 10.69 sen untung, berbanding 13.06 sen pada suku yang sama tahun lepas. Bila margin mengecil, untung boleh turun walaupun jualan naik. (Berbanding suku sebelumnya pula, margin turun lebih jauh, dari 13.98%. Tapi untuk jelaskan nombor −15.24% tadi, kita kena banding dengan suku yang sama tahun lepas, sebab itu asas peratus dalam Key Financials.)
Soalan seterusnya bukan lagi “berapa untung”, tapi “kenapa margin turun”. Jawapannya ada dalam laporan suku tahun dan berita syarikat, bukan dalam carta.
- Margin lima suku
Valuation: harga berbanding untung
Bahagian Valuation ada tiga nombor di atas:
- P/E TTM 19.55 — harga sekarang dibahagi untung 12 bulan terakhir. Anda bayar lebih kurang RM19.55 untuk setiap RM1 untung setahun.
- 5Y Percentile 0% — dalam tempoh 5 tahun, P/E sekarang berada di kedudukan paling rendah. Maksudnya, ikut P/E, saham ni tak pernah semurah ni dalam 5 tahun. Tapi murah boleh ada sebab, contohnya margin yang mengecil dalam Langkah 8 dan keputusan yang tersasar dalam Langkah 11. Ia bukan isyarat beli.
- Forward P/E 16.44 — P/E berdasarkan anggaran untung masa depan. Nombor ni bergantung pada ramalan penganalisis, jadi ia bukan fakta.
Carta di bawahnya lebih berguna daripada tiga nombor tu. Ia lukis P/E syarikat berbanding purata sejarahnya, julat munasabah, purata industri, dan P/E indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI.
Di sinilah Nisbah P/EHarga saham berbanding pendapatan syarikat — berapa anda bayar untuk setiap ringgit untung.Lihat dalam glosari → jadi bermakna. P/E 19.55 seorang diri tak beritahu apa-apa. P/E 19.55 berbanding purata industri dan berbanding sejarah lima tahun syarikat tu sendiri, barulah jadi maklumat.
- Tiga nombor
- Carta P/E: sejarah, industri dan KLCI
Dividends: berapa yang dibayar keluar
Tekan sub-tab Dividends di atas. Tiga nombor utama:
- Div Yield TTM 6.41% — Hasil dividen (dividend yield)Dividen tahunan sebagai peratus daripada harga saham semasa.Lihat dalam glosari → 12 bulan terakhir berbanding harga sekarang
- Payout Ratio LFY 89.82% — Nisbah pembayaran dividenBerapa peratus untung dibayar keluar sebagai dividen.Lihat dalam glosari → pada tahun kewangan penuh terakhir
- Frequency 4/Year — dibayar empat kali setahun
Carta di bawahnya tunjuk dividen sesaham dan hasil dividen dari 2021 sampai 2025: RM0.018 (0.87%), RM0.022 (1.23%), RM0.028 (2.15%), RM0.042 (2.46%), dan RM0.060 (4.09%).
Dua benda patut anda perasan.
Pertama, hasil TTM 6.41% jauh lebih tinggi daripada 4.09% pada 2025. Hasil dividen naik bila harga turun, walaupun dividen tak berubah. Hasil tinggi bukan automatik berita baik.
Kedua, payout 89.82% bermakna hampir semua untung dibayar keluar sebagai dividen. Duit yang dibayar keluar tak boleh digunakan untuk buka kedai baru. Untuk syarikat yang masih membesar, itu satu pertimbangan.
- Tiga nombor dividen
- Sejarah 5 tahun
Bahagian 4 — Pendapat orang lain, dan cara membacanya
Tak suka baca? Tengok video pendek ni
Anggaran vs keputusan sebenar
Di bahagian paling atas tab Company ada kotak Earnings. Untuk suku Q2 FY2026 (suku kedua tahun kewangan 2026, iaitu April hingga Jun 2026) yang diumumkan pada 11 Ogos 2026:
| Baris | Anggaran → Sebenar | Beza |
|---|---|---|
| Revenue | RM1.34b → RM1.26b | −RM85.91j (−6.40%) |
| Net Income | RM176.73j → RM134.41j | −RM42.32j (−23.95%) |
Kedua-duanya dilabel Miss Est., bermakna keputusan sebenar lebih rendah daripada anggaran penganalisis.
Ini sebab harga saham kadang-kadang jatuh walaupun syarikat masih untung: pasaran dah jangka untung yang lebih tinggi. Di halaman utama saham, ada juga tarikh laporan seterusnya, iaitu 6 November 2026.
- Anggaran vs sebenar
- Tersasar dari anggaran
Rating penganalisis dan Morningstar
Dua bahagian seterusnya ialah pendapat pihak ketiga.
Analyst Ratings (dikemas kini 8 Sep 2026): 16 penganalisis, kesimpulan Strong Buy, dengan sasaran harga purata 1.93, tertinggi 2.20 dan terendah 1.56. Harga semasa 1.29.
Morningstar Research (17 Sep 2026): rating 4 bintang, dan Fair Value 1.41. Ada juga ringkasan model kuantitatif mereka, yang kata harga semasa lebih rendah daripada nilai saksama.
Sekarang letak semuanya bersebelahan. Penganalisis kata Strong Buy dengan sasaran 1.93. Model Morningstar kata nilai saksama 1.41. Keputusan sebenar suku lepas tersasar daripada anggaran penganalisis sendiri, dan margin syarikat mengecil.
Itu bukan bermakna mereka salah. Ia bermakna rating ialah pendapat, bukan janji, dan orang yang berbeza boleh lihat syarikat yang sama dengan cara yang berbeza. Guna bahagian ni untuk tahu apa yang orang lain jangka, bukan untuk menggantikan kajian anda.
- 16 penganalisis
- Rating dan Fair Value Morningstar
Siapa pemilik syarikat ni
Skrol ke bawah bahagian Cash Flows tadi (atau tekan sub-tab Shareholders di atas). Bahagian Shareholders tunjuk pemegang saham utama: Bee Family Limited 50.00%, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 12.24%, Yew Tan 3.91%, Permodalan Nasional 3.88%, Yu Tan 2.31%, dan lain-lain 27.65%.
Bawahnya, Institutions tunjuk 72.31% dipegang oleh institusi, merangkumi 6.85 bilion unit dan 91 institusi berbeza.
Kenapa ini penting? Bila keluarga pengasas masih pegang separuh syarikat, kepentingan mereka selari dengan pemegang saham lain, tapi mereka juga boleh menentukan keputusan besar. Dan bila dana besar macam KWSP dan PNB ada dalam senarai, saham tu biasanya lebih kerap didagangkan dan lebih kerap dikaji.
- Pemilik utama
- Pegangan institusi
Boleh ke tahu harga naik atau turun esok?
Jawapan jujurnya: tak boleh, dengan cara yang boleh dipercayai. Bukan analisis fundamental, bukan carta, dan bukan rating penganalisis. Harga jangka pendek digerakkan oleh berita, sentimen dan pesanan besar yang tiada siapa tahu awal-awal.
Tutorial ni sendiri ada buktinya. Enam belas penganalisis kata MR DIY Strong Buy, tapi keputusan suku lepas tersasar daripada anggaran mereka sendiri. Kalau orang yang kerjanya kaji syarikat tu sepenuh masa pun tak dapat tepat, ramalan harga esok memang bukan permainan yang adil untuk pelabur runcit.
Kajian ke atas pedagang harian pun tunjuk benda yang sama. Di Taiwan, kurang 1% pedagang harian mampu untung secara konsisten selepas yuran. Di Brazil, 97% yang berdagang lebih 300 hari akhirnya rugi.
Jadi untuk apa analisis fundamental? Ia bukan untuk teka esok. Ia untuk jawab soalan jangka panjang: syarikat ni buat duit macam mana, sihat ke tak, dan harganya munasabah ke tak. Kalau jawapannya baik, harga jangka pendek naik turun pun anda faham kenapa anda pegang.
Ramai pelabur jangka panjang guna cara yang tak perlukan ramalan langsung, iaitu beli sikit-sikit setiap bulan dengan jumlah tetap (dipanggil dollar-cost averaging atau DCA). Bila harga turun, duit yang sama dapat lebih banyak unit. Dalam Moomoo, cara automatiknya ialah RSP. Kalau anda tertarik dengan trading harian, baca dulu trading lawan labur jangka panjang.
Saham US individu (contohnya Nvidia atau Apple): langkah sama ke?
Ya. Tab Company dalam halaman saham Amerika ada susunan yang sama: Financials (Key Financials, Revenue Breakdown, penyata dan nisbah), Shareholders, Dividends dan Profile. Jadi semua langkah dalam tutorial ni boleh diulang untuk NVDA atau AAPL. Kalau ada nama bahagian yang sedikit lain dalam app anda, ikut susunan yang sama dan cari tajuk yang paling hampir.
Tapi ada empat beza yang patut anda ingat:
- Nombor dalam USD. Tukar dalam kepala dulu sebelum banding dengan saham Bursa.
- Tahun kewangan tak semestinya ikut kalendar. Sesetengah syarikat Amerika tutup tahun kewangan pada bulan selain Disember. Sentiasa baca tarikh Last Quarterly Report End Date di atas Key Financials sebelum banding.
- Dividen dipotong 30%. Untuk pelabur Malaysia, dividen saham Amerika dipotong cukai pegangan 30% sebelum masuk akaun. Hasil dividen dalam app ialah angka sebelum potongan.
- Satu syarikat tetap satu syarikat. Walaupun Nvidia dan Apple syarikat gergasi, beli satu saham bermakna nasib duit anda bergantung pada satu syarikat. ETF S&P 500 pun dah pegang dua-dua syarikat ni, bersama ratusan syarikat lain. Banding risikonya dengan Compare.
Setiap belian saham US juga ada yuran, dan yurannya lain untuk order bawah 1 unit dan 1 unit ke atas:
Order bawah 1 unit (fractional, termasuk kebanyakan belian RSP kecil): platform fee 0.99% daripada nilai order, maksimum USD0.99, tanpa komisen. Order 1 unit ke atas: platform fee USD0.99 setiap order (komisen 0.03% ditanggung voucher 0 komisen user baru). Setiap order juga kena duti setem Malaysia RM1 bagi setiap RM1,000 atau sebahagiannya (lebih kurang USD0.24).
Contoh sebenar dari akaun Daus: belian VOO USD25 kena platform fee USD0.25 + duti setem USD0.24 = USD0.49 (lebih kurang 2%). Jadual penuh: yuran Moomoo.
Nama syarikat di sini cuma contoh, bukan cadangan beli. Kandungan ini bukan nasihat kewangan.
Kira nisbah untuk saham anda sendiri
Sekarang giliran anda. Buka tab Company untuk mana-mana saham, ambil nombornya, dan masukkan di bawah. Kiraan berlaku terus dalam browser anda.
Kira nisbah untuk saham anda sendiri
Isi nombor dari tab Company dalam Moomoo. Kiraan berlaku terus dalam browser anda, dan tiada apa-apa dihantar keluar.
A. Prestasi perniagaan
Guna nombor dari tempoh laporan yang sama (contoh: suku tahun yang sama).
Isi ruangan di atas
B. Harga berbanding nilai
Guna harga hari ni dan nombor 12 bulan (TTM atau tahun kewangan penuh).
Isi ruangan di atas
Satu nombor sahaja tak bermakna apa-apa. Banding dengan sejarah syarikat tu sendiri dan dengan syarikat lain dalam industri yang sama, guna Compare.
Untuk margin dan ROE, guna nombor dari tempoh laporan yang sama (contoh: satu suku). Untuk P/E dan hasil dividen, guna harga hari ni dengan nombor 12 bulan. Campur tempoh, jawapannya jadi mengelirukan.
Senarai semak sebelum anda tutup app
Lapan soalan untuk setiap syarikat
Kesilapan biasa
1. Tengok untung, abaikan margin. Untung boleh naik sebab syarikat buka lebih banyak kedai, sedangkan setiap kedai makin tipis untungnya.
2. Campur tempoh. Nombor suku tahun dibandingkan dengan nombor tahunan syarikat lain. Pastikan tempohnya sama.
3. Anggap P/E rendah bermakna murah. P/E rendah kadang-kadang sebab pasaran jangka untung akan turun. Itu sebabnya carta perbandingan dalam Valuation lebih berguna daripada satu nombor.
4. Kejar hasil dividen tinggi. Hasil naik bila harga jatuh. Semak payout ratio dan sama ada syarikat mampu kekalkan bayaran tu.
5. Baca rating je, kemudian beli. Dalam contoh kita, rating “Strong Buy” wujud serentak dengan keputusan yang tersasar daripada anggaran dan margin yang mengecil.
6. Berhenti pada satu suku yang teruk. Satu suku lemah mungkin bermusim. Dua atau tiga suku dengan corak yang sama barulah bermakna.
Soalan lazim
Saya kena baca laporan tahunan penuh ke? Untuk mula, tidak. Tab Company dah cukup untuk menapis. Bila anda dah serius dengan satu syarikat, tekan Financial Report dalam Key Financials untuk pergi ke laporan penuh.
Nombor dalam Moomoo ni untuk tempoh apa? Key Financials guna tempoh laporan terakhir (dalam contoh kita, suku yang berakhir 30 Jun 2026). Carta Financial Indicators dan penyata boleh ditukar antara suku tahun dan tahun penuh melalui menu Quarterly ▾.
Kenapa ROE suku tahun nampak kecil? Sebab ia untung satu suku, bukan setahun. Untuk gambaran tahunan, tukar tempoh kepada tahunan atau banding dengan suku yang sama tahun lepas.
Analisis fundamental boleh ramal harga tak? Tak boleh. Ia kurangkan peluang anda beli sesuatu yang anda langsung tak faham, dan bagi anda sebab yang jelas untuk pegang atau lepas. Harga jangka pendek ditentukan oleh banyak benda lain. Penerangan penuh ada dalam bahagian boleh ke tahu harga naik atau turun esok di atas.
Lepas ni apa? Belajar empat gaya fundamental dan cara tapis guna Screener, kemudian banding calon anda sebelah-menyebelah dengan Compare.
Semua nombor MR DIY dalam tutorial ni ialah contoh membaca skrin pada 18 September 2026. Ia bukan pandangan tentang sama ada saham tu patut dibeli atau dijual. Buat keputusan ikut matlamat, tempoh dan toleransi risiko anda sendiri.
Nak buka tab Company untuk saham anda sendiri?
Bila dah ada RM1,000 sedia: daftar guna link Daus, masukkan kod DAUSDK37 dalam "Special Deposit" SEBELUM deposit pertama, deposit RM1,000 dalam 30 hari selepas daftar, tekan Claim sendiri, dan kekalkan deposit 60 hari. Lebih kurang RM150 untuk deposit RM1,000, sehingga RM1,500 untuk deposit lebih besar.
Daftar Moomoo & Claim RewardDaus ialah Marketing Representative rasmi Moomoo Malaysia dan dapat komisen bila anda daftar & deposit. Tiada kos tambahan pada anda.