Cara beli S&P 500 dalam Moomoo (screenshot setiap skrin)

Cara melabur dalam 500 syarikat terbesar Amerika melalui ETF dalam Moomoo — pilih ETF yang betul, skrin order US, Session, Time-in-Force, tukaran mata wang, dan waktu pasaran.

📂 Pasaran US⏱️ Baca 11 minit🎬 Ada video
Nak cuba tekan sendiri dulu?Simulator 10 tekanan guna skrin app sebenar. Salah pun tak apa, tiada duit bergerak.

🎬 Tonton video penuh

Video: Cara Beli S&P 500 — dari channel YouTube DausDK. Klik untuk main terus di sini.

📖 Atau baca step-by-step

Ini soalan yang paling kerap masuk selepas orang buka akaun: “Daus, saya nak beli S&P 500. Macam mana?”

Sebab ia popular pun boleh difahami — daripada cuba teka syarikat mana yang akan menang, anda beli sedikit daripada 500 syarikat terbesar Amerika sekali gus.

Ticker dalam halaman ni (VOO, IVV, SPY) contoh untuk tunjuk cara baca skrin, bukan cadangan beli. Ini bukan nasihat kewangan; pilih ikut tujuan dan risiko anda sendiri.

Apa sebenarnya S&P 500

S&P 500 bukan saham. Ia sebuah indeks — senarai 500 syarikat besar tersenarai di Amerika Syarikat, dan satu nombor yang mengukur prestasi gabungan mereka.

Anda tak boleh “beli indeks” secara langsung. Apa yang anda beli ialah ETF (Exchange Traded Fund)Dana yang pegang banyak saham sekali gus, dan diniagakan macam saham biasa.Lihat dalam glosari → (Exchange Traded Fund) — sebuah dana yang memegang saham-saham dalam indeks tu dan diniagakan di bursa macam saham biasa.

Beli satu unit ETF S&P 500 bermakna anda memiliki bahagian yang sangat kecil daripada kesemua 500 syarikat tu sekali gus.


Bahagian 1 — Pilih ETF yang betul (ini bahagian yang orang tersasar)

1
Dalam app Moomoo

Cari dalam app — dan baca hasil carian dengan teliti

Taip VOO dalam carian. Sekarang tengok hasil yang keluar dalam screenshot sebelah. Ada lima hasil, dan hanya satu yang menjejaki S&P 500 penuh:

  • VOO — Vanguard S&P 500 ETF ← ini yang jejak S&P 500 penuh
  • VOOG — Vanguard S&P 500 Growth ETF (hanya syarikat pertumbuhan, bukan kesemua 500)
  • VOOV — Vanguard S&P 500 Value ETF (hanya syarikat nilai)
  • VOOY — XFUNDS Large Cap Income ETF (langsung bukan Vanguard)
  • IVOO — Vanguard S&P Mid-Cap 400 ETF (indeks berbeza sepenuhnya)

Ini masalah yang sama seperti warrant di Bursa Malaysia: nama hampir serupa, produk berlainan. Satu huruf tambahan mengubah apa yang anda beli.

Semak nama penuh, bukan kod sahaja. Nama penuh yang anda cari ialah tepat “Vanguard S&P 500 ETF” — tanpa perkataan Growth, Value, atau Mid-Cap.

  1. Yang betul
  2. Semua ni indeks LAIN
Lima hasil, satu sahaja S&P 500 penuh. Baca nama penuh.

Tiga ETF S&P 500 yang paling biasa

Ketiga-tiganya menjejaki indeks yang sama. Perbezaan utama ialah Expense ratioYuran pengurusan tahunan sesebuah dana, dalam peratus.Lihat dalam glosari → — yuran pengurusan tahunan — dan harga satu unit.

Kod Nama penuh Ciri
VOO Vanguard S&P 500 ETF Expense ratio sangat rendah, popular untuk pelaburan jangka panjang
IVV iShares Core S&P 500 ETF Setara dengan VOO, dari BlackRock
SPY SPDR S&P 500 ETF Trust Paling lama dan paling aktif diniagakan; expense ratio sedikit lebih tinggi

Ketiga-tiga ETF ni jejak indeks yang sama, jadi pulangannya sangat rapat. VOO dan IVV ada expense ratio lebih rendah, manakala SPY paling aktif diniagakan, jadi ramai trader kerap guna SPY. Mana satu sesuai bergantung pada tujuan anda sendiri.

Nak versi Syariah? VOO, IVV dan SPY bukan ETF patuh Syariah, sebab indeks S&P 500 penuh ada bank konvensional dan syarikat lain yang tak lulus tapisan Syariah. Untuk faham apa yang buat saham atau ETF halal, dan contoh ETF Syariah seperti SPUS, baca saham halal ke?.

Nak tengok sendiri betapa rapatnya tiga ETF ni? Tutorial cara compare saham & ETF letak VOO, SPY, IVV dan versi Syariah SPUS sebelah-menyebelah dalam app — carta 5 tahun, pulangan tahunan, dan yuran sebenar.

Jangan tertipu dengan harga unit

Satu unit VOO berharga ratusan dolar, dan itu bukan bermakna VOO mahal. Harga unit tak ada kaitan dengan sama ada sesuatu pelaburan itu murah atau mahal — harga unit cuma saiz kepingan. Membeli 1 unit VOO pada lebih kurang USD700 (harga akhir September 2026) memberi pendedahan yang sama seperti membeli 10 unit ETF lain pada USD70 setiap satu, kalau kedua-duanya menjejaki indeks yang sama.


Bahagian 2 — Skrin order US, dan apa yang berbeza daripada Bursa

2
Dalam app Moomoo

Buka skrin order dan kenal medan tambahan

Skrin order untuk saham US ada dua medan tambahan yang tiada pada saham Malaysia. Jangan panik — kedua-duanya mudah.

Tengok screenshot sebelah. Medan yang anda sudah kenal: Direction, Order Type, Price, Quantity, Amount. Yang baru:

  • Session — sesi dagangan mana anda mahu order anda aktif
  • Time-in-Force — berapa lama order anda kekal hidup

Dan perhatikan Quantity: 1.

Inilah perbezaan terbesar dan paling melegakan: saham US tiada konsep lot. Anda boleh beli satu unit sahaja. Tiada minimum 100 unit seperti Bursa Malaysia, jadi tiada masalah Odd lotKuantiti saham yang bukan gandaan 100 unit — contohnya 50 atau 130 unit.Lihat dalam glosari → langsung.

Tapi ingat, satu unit VOO dah lebih kurang RM2,900. Kalau deposit anda RM1,000 (jumlah yang Daus cadang untuk mula), satu unit penuh tu jauh lebih besar daripada tunai anda. Dalam keadaan tu, beli ikut Amount (fractional) pula. Caranya ada dalam beli ETF US pertama.

Di bawah sekali ada dua nombor kuasa beli:

  • Max Qty to Buy (Cash) — berapa banyak anda mampu dengan tunai anda sendiri
  • Max Qty to Buy — jumlah yang lebih besar, kerana ia termasuk margin (duit pinjaman)

Guna nombor Cash. Nombor yang lebih besar tu bermakna berhutang untuk melabur, dan itu bukan tempat untuk beginner bermula. Kalau Max Qty to Buy (Cash) tunjuk 0, maksudnya tunai anda tak cukup untuk satu unit penuh. Jangan teruskan dengan Quantity 1, sebab baki tu akan ditampung pinjaman margin.

Order lebih besar dari tunai = pinjaman

Margin hidup secara default. Kalau order lebih mahal dari tunai anda, Moomoo tampung bakinya dengan pinjaman ringgit pada kadar 6.8% setahun. Sebelum tekan Buy, semak Max Qty to Buy (Cash) — itu tunai sahaja. Max Qty to Buy tanpa "Cash" termasuk pinjaman. Cara semak dan tutup: margin dalam Moomoo.

  1. Session
  2. Jenis
  3. Harga
  4. Qty
  5. TIF
  6. Guna nombor Cash, bukan margin
Skrin order US. Quantity 1 — tiada lot.
3
Dalam app Moomoo

Session — pilih Regular Trading Hours

Tekan medan Session dan dua pilihan muncul:

RTH+Pre/Post-Mkt (4:00–20:00 ET) — order anda boleh dipenuhi dalam sesi pra-pasaran dan selepas pasaran tutup, selain waktu biasa.

Regular Trading Hours (9:30–16:00 ET) — hanya semasa pasaran utama buka.

Untuk beginner, pilih Regular Trading Hours.

Sebabnya: dalam sesi pra-pasaran dan selepas pasaran, jumlah dagangan jauh lebih rendah. Spread antara Bid dan Ask melebar, dan harga boleh bergerak liar atas jumlah yang kecil. Anda boleh dapat harga yang jauh lebih teruk tanpa sedar apa yang berlaku.

Waktu biasa ada paling ramai pembeli dan penjual — dan itu yang anda mahu.

  1. Pilih ni
Pilih Regular Trading Hours untuk harga yang lebih boleh diramal.
4
Dalam app Moomoo

Time-in-Force — Day atau GTC

Medan ni menentukan berapa lama order anda kekal hidup kalau ia tak dipenuhi.

Day — order batal secara automatik pada penghujung hari dagangan.

GTC (Good Till Cancelled) — order kekal aktif sehingga dipenuhi atau anda batalkan sendiri, merentasi beberapa hari.

Untuk permulaan, guna Day.

Sebabnya bukan teknikal, tapi psikologi. Order Day memaksa anda membuat keputusan sedar setiap hari. Order GTC boleh duduk terlupa selama tiga minggu, kemudian tiba-tiba dipenuhi pada keadaan pasaran yang sudah berubah sepenuhnya — dan anda tak ingat pun kenapa anda letak order tu.

  1. Day
Day untuk beginner. GTC senang dilupakan.

Bahagian 3 — Hal mata wang

Ini bahagian yang paling ramai orang Malaysia terlepas pandang, dan ia memberi kesan sebenar kepada pulangan anda.

Saham dan ETF US didagangkan dalam USD. Duit anda dalam Moomoo kemungkinan besar dalam MYR.

Di sinilah ada satu peraturan yang mengejutkan ramai orang, dan ia tertulis terus pada skrin Exchange dalam app:

Conversion of Ringgit Malaysia to foreign currencies is only permitted following a filled buy order denominated in the relevant foreign currency.

Maksudnya dalam bahasa mudah: anda tidak boleh tukar MYR ke USD dahulu sebagai persediaan. Pertukaran hanya dibenarkan selepas anda ada order beli yang sudah dipenuhi dalam mata wang tersebut.

Jadi aliran sebenarnya begini:

  1. Hantar order beli anda dalam USD walaupun baki USD anda kosong
  2. Bila order dipenuhi, sistem tukar MYR anda kepada USD secara automatik masa settlement
  3. Skrin Exchange pula berguna untuk arah sebaliknya: tukar baki USD (contohnya duit jualan atau dividen) balik ke MYR, sebelum withdraw ke bank atau beli saham Bursa

Skrin Exchange berada di Accounts → Exchange (ikon di baris atas), atau Accounts → All → Funds → Exchange. Ia memaparkan Reference Rate semasa — dalam screenshot di bawah, 1 MYR ≈ 0.24382 USD. Perhatikan nota kecil di bawah: kadar rujukan tu untuk maklumat sahaja, dan kadar sebenar yang anda dapat boleh berbeza mengikut pasaran pertukaran asing.

  1. Dari
  2. Ke
  3. Kadar rujukan
  4. Peraturan penting — baca ni
Skrin Exchange — baca Tips nombor 2 di bawah.
Pendedahan mata wang berfungsi dua arah

Selepas anda memiliki aset dalam USD, pulangan anda dalam Ringgit bergantung kepada dua perkara: prestasi ETF tu, dan pergerakan kadar USD/MYR.

Kalau VOO naik 10% tetapi USD melemah 5% berbanding Ringgit, keuntungan sebenar anda dalam Ringgit lebih kurang 5%. Kalau USD menguat pula, anda dapat lebih.

Ini bukan risiko tersembunyi yang menakutkan — ia sekadar realiti melabur di luar negara, dan ia berfungsi memihak kepada anda sekerap ia menentang anda. Cuma jangan terkejut bila anda lihat nombor Ringgit tak sepadan dengan peratusan yang anda baca dalam berita Amerika.


Waktu pasaran US mengikut waktu Malaysia

Pasaran utama US buka 9:30 pagi hingga 4:00 petang waktu Timur Amerika (ET). Dalam waktu Malaysia, itu bermakna:

  • Sampai 31 Okt 2026 (daylight saving): 9:30 malam – 4:00 pagi
  • Mulai 2 Nov 2026 (waktu biasa): 10:30 malam – 5:00 pagi
  • Sabtu malam dan Ahad malam tutup. Jumaat malam masih buka, dan pasaran buka semula Isnin malam.

Waktu ni beralih satu jam dua kali setahun, jadi tak perlu hafal. App sentiasa memaparkan status pasaran di sebelah nama saham — kalau ia tertulis Market Closed, harga yang anda nampak ialah harga penutup terakhir, bukan harga langsung.

Anda tak perlu berjaga malam

Untuk order unit penuh (1 unit ke atas), anda boleh hantar limit order pada bila-bila masa siang hari di Malaysia. Order tu beratur dan diproses bila pasaran US buka. Melabur jangka panjang tak memerlukan anda berjaga sampai pukul 3 pagi — malah, kalau anda rasa perlu berbuat demikian, itu tanda anda sedang berdagang, bukan melabur.

Tapi order fractional (beli ikut Amount, kurang dari satu unit) lain. Order jenis ni hanya jalan masa pasaran US buka, jadi kena hantar waktu malam. Kalau tak nak berjaga, guna RSP, yang beli sendiri ikut jadual.


Fractional shares — beli sebahagian unit

Moomoo menyokong Fractional sharesBeli sebahagian daripada satu unit saham.Lihat dalam glosari → untuk sesetengah saham dan ETF US. Maksudnya anda boleh beli sebahagian daripada satu unit.

Kalau satu unit VOO berharga lebih kurang USD700 (harga akhir September 2026) dan anda hanya ada USD100 untuk dilaburkan, anda boleh beli kira-kira 0.14 unit. Anda tetap dapat pendedahan yang sama secara berkadaran, dan tetap dapat dividen secara berkadaran.

Peraturan fractional yang selalu orang terlepas
  • Minimum USD5 setiap order (RSP minimum USD1).
  • Hanya masa pasaran US biasa, dan hanya order Day. Waktu Malaysia: sampai 31 Okt 2026, 9:30 malam – 4 pagi; mulai 2 Nov 2026, 10:30 malam – 5 pagi.
  • Sabtu malam dan Ahad malam tutup. Jumaat malam masih buka. Pasaran buka semula Isnin malam.
  • Nak jual, tukar ke Shares (bilangan unit, boleh perpuluhan). Amount hanya untuk beli.

Ini sangat berguna untuk pelaburan bulanan yang kecil dan tetap. Kalau anda nak automasikan, tengok tutorial RSP. Langkah beli ikut Amount, dengan screenshot, ada dalam beli ETF US pertama.


Berapa yuran beli ETF US?

Setiap order saham atau ETF US ada yuran, dan yuran tu dikira lain ikut sama ada anda beli unit penuh atau fractional.

Yuran setiap order saham US

Order bawah 1 unit (fractional, termasuk kebanyakan belian RSP kecil): platform fee 0.99% daripada nilai order, maksimum USD0.99, tanpa komisen. Order 1 unit ke atas: platform fee USD0.99 setiap order (komisen 0.03% ditanggung voucher 0 komisen user baru). Setiap order juga kena duti setem Malaysia RM1 bagi setiap RM1,000 atau sebahagiannya (lebih kurang USD0.24).

Contoh sebenar dari akaun Daus: belian VOO USD25 kena platform fee USD0.25 + duti setem USD0.24 = USD0.49 (lebih kurang 2%). Jadual penuh: yuran Moomoo.

Maksudnya, beli lebih jarang dengan jumlah lebih besar lebih jimat daripada banyak belian kecil. Perbandingan penuh dengan contoh ringgit ada dalam yuran untuk belian kecil.


Ringkasan: langkah penuh

  1. Pastikan ada tunai dalam akaun (MYR atau USD)
  2. Cari ETF S&P 500 yang anda pilih (contoh VOO) dan sahkan nama penuhnya, contohnya Vanguard S&P 500 ETF
  3. Tekan Trade, masukkan trading password
  4. Set Session kepada Regular Trading Hours
  5. Set Order Type kepada Limit, dan letak harga pada Ask semasa
  6. Masukkan Quantity, tapi semak dulu Max Qty to Buy (Cash) sama atau lebih daripada kuantiti anda. Kalau 0, guna Amount (fractional) waktu pasaran US buka. Lihat beli ETF US pertama
  7. Set Time-in-Force kepada Day
  8. Semak Amount dan Max Qty to Buy (Cash)
  9. Tekan Buy dan sahkan

Selepas itu, jangan tengok setiap hari. ETF indeks direka untuk dipegang bertahun-tahun, bukan diperhati setiap jam.

Halaman ni untuk tujuan pendidikan, bukan nasihat kewangan. Ticker yang disebut cuma contoh. Nilai pelaburan boleh naik dan turun, termasuk kesan kadar tukaran USD/MYR.

Latih dulu dalam Paper Trade

Semua screenshot di halaman ni diambil dalam US Margin Account [Paper Trading] — akaun latihan dengan USD1,000,000 duit mainan. Anda boleh buat setiap langkah di atas tanpa risiko dahulu.

Buka melalui Discover → Papertrade → tab US. Panduan penuh ada di tutorial paper trading.

  1. Duit mainan, bukan sebenar
Akaun latihan US — USD1,000,000, dan butang Trade Stocks.

Belum ada akaun Moomoo?

Bila dah ada RM1,000 sedia: daftar guna link Daus, masukkan kod DAUSDK37 dalam "Special Deposit" SEBELUM deposit pertama, deposit RM1,000 dalam 30 hari selepas daftar, tekan Claim sendiri, dan kekalkan deposit 60 hari. Lebih kurang RM150 untuk deposit RM1,000, sehingga RM1,500 untuk deposit lebih besar.

Daftar Moomoo & Claim Reward

Daus ialah Marketing Representative rasmi Moomoo Malaysia dan dapat komisen bila anda daftar & deposit. Tiada kos tambahan pada anda.

Tanya Daus