Ajak family atau kawan mula melabur — templat mesej siap salin, dengan syarat penuh
Dah selesa dengan Moomoo dan nak ajak adik, pasangan atau mak ayah? Halaman ni ada templat mesej WhatsApp siap salin dengan link dan kod, syarat reward penuh, bila masa sesuai untuk mereka daftar, tiga perkara yang Daus minta anda buat, dan cara jadi perujuk sendiri melalui Invite Friends.
Daus nampak satu corak dalam DM yang buat Daus gembira. Ada seorang mak yang hantar anak lelaki dia untuk buka akaun, dan seorang suami yang tolong isteri dia mula. Orang yang dah faham, bawa orang yang mereka sayang.
Tapi Daus juga nampak apa yang boleh jadi salah bila niat baik tak diikuti dengan cara yang betul. Jadi halaman ni ada empat bahagian: tiga perkara yang Daus minta anda buat dulu, templat mesej yang dah lengkap dengan syarat, syarat reward, dan cara jadi perujuk sendiri kalau anda nak guna link anda sendiri.
Tak suka baca? Tengok video pendek ni
Tiga perkara sebelum anda ajak
1. Tanya dulu, jangan paksa, dan jangan suruh daftar terlalu awal
Setiap orang ada keadaan kewangan sendiri. Ada yang masih ada hutang kad kredit, ada yang belum ada simpanan kecemasan. Untuk mereka, melabur sekarang boleh buat keadaan lebih teruk.
Hantar mereka ke Fasa 0 dalam laluan belajar dulu. Kalau mereka belum boleh tanda keempat-empat perkara dalam fasa tu, lebih baik tunggu.
Satu lagi, jangan suruh mereka daftar Moomoo hari ni kalau duit untuk deposit pertama belum ada. Jam 30 hari untuk reward berjalan dari hari daftar.
Daus cadang buka akaun Moomoo bila dah ada RM1,000 sedia untuk deposit pertama. Reward new user bermula pada RM1,000, dan setiap order ada yuran tetap (RM3 untuk saham Bursa), jadi kalau modal kecil, peratus yang hilang jadi besar. Secara teknikal Moomoo tiada deposit minimum. Ini cadangan Daus.
Belum cukup RM1,000? Jangan daftar dulu, sebab jam 30 hari untuk reward mula berjalan hari anda daftar. Kumpul dulu dalam Versa Cash-i atau ShopeePay Money+, dan sementara tu belajar guna Paper Trading atau simulator. (Daus juga ada kod rujukan Versa dan Money+.)
2. Daftar guna nama dan nombor telefon dia sendiri
Ini paling penting, dan paling kerap tersilap.
Akaun Moomoo mesti didaftar guna IC, nama dan nombor telefon tuan punya akaun sendiri, dan satu IC hanya boleh ada satu akaun. Deposit pula mesti datang dari akaun bank atas nama tuan punya akaun.
Daus pernah jumpa kes seorang suami buat deposit dari akaun Affin dia sendiri untuk akaun Moomoo isteri. Nama tak sama, jadi deposit tu tersangkut dengan status Pending dan akhirnya dipulangkan. Masa berlalu, dan tempoh 30 hari untuk reward pun makin suntuk.
Anda boleh duduk sebelah dan tunjuk, tapi biar dia sendiri yang tekan. Dengan cara tu dia belajar, dan akaun tu sah milik dia.
3. Jangan jadi pengurus duit dia
Kongsi apa yang anda sendiri buat. Tapi jangan pilihkan saham untuk dia, dan jangan pegang password atau OTP dia. Kalau nanti pasaran jatuh, dia perlu faham sendiri kenapa dia beli, bukan salahkan anda.
Tunjukkan dia cara pilih sendiri dan cara kenal scam. Dua halaman tu lebih berguna daripada sebarang nama saham.
Templat mesej, siap salin
Dua versi di bawah ada link, kod, syarat reward penuh, dan pendedahan komisen. Ayat pembuka dalam kurungan [ ] sengaja dibiarkan kosong. Tulis apa yang anda sendiri betul-betul buat, sebab mesej dari mulut sendiri lebih dipercayai, dan jangan claim benda yang anda tak buat. Butang hijau buka WhatsApp dengan mesej siap diisi, dan anda sendiri pilih kepada siapa nak hantar.
Untuk kawan atau adik-beradik
Anda boleh ubah ayat dalam kotak ni dulu sebelum salin atau hantar.
Untuk mak ayah atau ahli keluarga yang lebih tua
Anda boleh ubah ayat dalam kotak ni dulu sebelum salin atau hantar.
Kalau anda nak hantar kod sahaja:
Syarat reward, supaya tiada salah faham
Reward ni untuk new user sahaja, dan ia cuma bonus. Kalau family anda nak dapat, semua syarat ni wajib, ikut turutan:
- Daftar bila RM1,000 dah sedia. Jam 30 hari bermula hari daftar.
- Kod dulu, deposit kemudian. Daftar guna link Daus, dan pastikan baris Referrer muncul di bawah gambar kempen. Lepas akaun lulus, masukkan kod DAUSDK37 di Special Deposit sebelum deposit pertama. Kalau terdeposit dulu tanpa kod, extra dari kod Daus biasanya terlepas. Paling selamat, buat deposit pertama terus RM1,000 atau lebih.
- Deposit pertama sekurang-kurangnya RM1,000, dalam 30 hari selepas daftar. Deposit RM1,000 dapat lebih kurang RM150. Ada tahap lebih tinggi untuk deposit yang lebih besar, sehingga RM1,500 untuk RM40,000. Kalau memang nak tahap yang lebih tinggi, paling selamat masukkan jumlah tu terus pada deposit pertama.
- Tekan Claim sendiri. Reward tak masuk sendiri.
- Kekalkan deposit 60 hari. Duit boleh dikeluarkan bila-bila masa, tapi kalau baki deposit bersih jatuh bawah RM1,000 sebelum 60 hari, kupon RM50 dan saham Apple tak unlock.
Terma kempen boleh berubah, jadi semak dalam app. Jadual bila setiap reward masuk ada di halaman reward.
Link dan kod dalam templat ni milik Daus. Daus ialah Marketing Representative Moomoo Malaysia, dan Daus dapat komisen bila family atau kawan anda daftar dan deposit. Ia tak tambah apa-apa kos kepada mereka. Templat ni dah sertakan ayat pendedahan tu, jadi tolong jangan buang ia bila anda ubah ayat.
Nak jadi perujuk sendiri?
Boleh. Moomoo ada program Refer A Friend untuk pengguna biasa, jadi anda boleh guna link rujukan anda sendiri dan dapat reward bila kawan anda daftar dan deposit. Ikut terma rasmi, program ni untuk pemastautin Malaysia.
Cara cari link anda: buka Me → Invite Friends (kalau tiada tab Me di bar bawah, buka Discover → Me). Halaman kempen rujukan akan terbuka. Tekan Refer now untuk kongsi link anda.
- Invite Friends
- Refer now
Skrol ke bawah halaman tu untuk tengok jadual Refer A Friend. Ini yang tertera pada Oktober 2026:
| Kawan anda | Reward anda |
|---|---|
| Daftar akaun | Kupon RM10 (maksimum 10 kupon, iaitu RM100) |
| Deposit sekurang-kurangnya RM1,000 | Kupon tunai RM100 (maksimum 20) |
| Deposit RM10,000 | Kad pengecualian komisen 50% (3 bulan) + saham Apple bernilai RM200 |
| Pindah masuk saham sekurang-kurangnya RM10,000 | Kad pengecualian komisen 50% (3 bulan) + saham Apple bernilai RM100 |
- Jadual reward perujuk
Beberapa perkara yang perlu anda tahu:
- Bila masuk: kupon tunai masuk ke Me → Coupons, dan ikut terma rasmi ia dikreditkan dalam 7 hari bekerja. Saham Apple untuk tahap RM10,000 hanya aktif lepas kawan anda kekalkan deposit tu 60 hari.
- Jumlah berubah ikut kempen. Jadual di atas ialah yang tertera pada Oktober 2026. Bahagian atas halaman tu kadang-kadang ada bonus masa terhad dengan syarat lain. Baca syarat dan tarikh dalam app sebelum janji apa-apa kepada kawan.
- Kawan kena klik link anda SEBELUM deposit. Ikut terma rasmi, kalau kawan dah deposit sebelum klik link anda, permintaan untuk kaitkan semula akan ditolak.
- Satu IC satu akaun. Jangan daftarkan akaun untuk orang lain, dan jangan suruh sesiapa buka akaun kedua.
- Saranan RM1,000 tetap terpakai. Walaupun ada reward untuk kawan yang deposit kecil, yuran tetap setiap order masih makan modal kecil. Jadi tetap cadangkan mereka mula bila ada RM1,000.
Lepas dia daftar
Hantar dia laluan belajar dari zero. Ikut fasa 0 hingga 3 sama-sama, satu fasa satu masa.
Lepas dia beli saham pertama, hantar pula halaman lepas beli saham pertama, apa jadi?. Halaman tu yang paling banyak selamatkan orang daripada berhenti awal, sebab ia terang kenapa nombor merah pada hari pertama tu normal.
Dan kalau dia ada soalan yang anda tak pasti jawapannya, suruh dia tanya Daus terus. Bimbingan Daus dalam WhatsApp percuma, dan lebih baik dia tanya daripada dia teka.
Belum ada akaun sendiri? Mula dari sini dulu.
Bila dah ada RM1,000 sedia: daftar guna link Daus, masukkan kod DAUSDK37 dalam "Special Deposit" SEBELUM deposit pertama, deposit RM1,000 dalam 30 hari selepas daftar, tekan Claim sendiri, dan kekalkan deposit 60 hari. Lebih kurang RM150 untuk deposit RM1,000, sehingga RM1,500 untuk deposit lebih besar.
Daftar Moomoo & Claim RewardDaus ialah Marketing Representative rasmi Moomoo Malaysia dan dapat komisen bila anda daftar & deposit. Tiada kos tambahan pada anda.