Cara register akaun Moomoo (screenshot setiap skrin, untuk beginner)

Panduan penuh buka akaun Moomoo — dari klik link rujukan, download app yang betul, sampai akaun diluluskan. Ada screenshot sebenar setiap skrin dan cara pastikan anda layak untuk reward new user.

📂 Mula⏱️ Baca 9 minit🎬 Ada video

🎬 Tonton video penuh

Video: Tutorial Register Moomoo — dari channel YouTube DausDK. Klik untuk main terus di sini.

📖 Atau baca step-by-step

Buka akaun Moomoo ambil masa lebih kurang 10 minit untuk isi, dan 1–2 hari bekerja untuk diluluskan.

Yang penting bukan kelajuan — tapi turutan. Ada satu langkah di permulaan yang kalau anda terlepas, anda tak boleh betulkan kemudian. Jadi baca kotak di bawah ni dulu sebelum sentuh apa-apa.

Baca ni dulu sebelum mula

Kalau anda nak layak untuk kempen reward new user, anda mesti mula pendaftaran melalui link rujukan. Kalau anda download app terus dari App Store dan daftar sendiri, akaun anda tak akan dikaitkan dengan kempen tu — dan ia tidak boleh ditukar selepas akaun dibuka.

Jadi turutannya: link dulu, baru app. Bukan sebaliknya.

Apa yang anda perlu sediakan

Siapkan benda ni dulu supaya proses tak terputus di tengah jalan:

  • Kad pengenalan (IC) — yang asli, bukan salinan. Anda perlu ambil gambar depan dan belakang.
  • Telefon dengan kamera yang berfungsi — untuk selfie verification.
  • Nombor telefon Malaysia yang aktif — untuk terima kod pengesahan SMS.
  • Alamat email yang anda guna betul-betul — semua notifikasi penting masuk sini.
  • Maklumat pekerjaan — nama majikan dan anggaran pendapatan tahunan. Ini keperluan regulator (KYC), semua broker berlesen kena tanya.

Langkah demi langkah

1
Dalam browser telefon

Buka link rujukan — dan sahkan ia berjaya

Klik link rujukan. Ia akan buka halaman kempen Moomoo dalam browser telefon anda.

Sekarang buat pemeriksaan yang paling penting dalam seluruh proses ni. Tengok di bawah gambar kempen tu. Anda akan nampak satu baris kecil dengan gambar profil dan tulisan:

Simple Investor DausDK | Referrer: …

Kalau baris tu ada, link rujukan anda berjaya direkod. Kalau baris tu tiada, anda bukan buka melalui link rujukan — kembali dan klik link tu semula sebelum teruskan.

Ambil masa dua saat untuk sahkan. Ini satu-satunya langkah yang tak boleh dibetulkan kemudian.

Baris Referrer tu bukti link anda berjaya direkod.
2
Dalam browser telefon

Tekan Sign up dan masukkan nombor telefon

Tekan butang oren Sign up di bahagian atas kanan skrin.

Satu panel akan naik dari bawah dengan dua pilihan di atas: Email dan Phone. Untuk pengguna Malaysia, Phone biasanya lebih senang — kod pengesahan sampai terus melalui SMS.

Kod negara +60 sudah terisi secara automatik. Masukkan nombor telefon anda tanpa sifar di depan. Contohnya kalau nombor anda 012-345 6789, taip 123456789.

Tekan Next, dan anda akan terima SMS dengan kod pengesahan. Masukkan kod tu.

Kemudian tetapkan kata laluan. Guna kata laluan yang kuat dan unik — ini akaun kewangan, bukan akaun forum. Kalau anda ada pengurus kata laluan, guna.

Boleh juga guna Google atau Facebook

Ada ikon Google dan Facebook di bawah butang Next. Ia lebih cepat, tapi ingat: anda perlu akses kepada akaun tu selama-lamanya untuk log masuk. Kalau anda guna email sekolah atau email kerja yang mungkin ditutup satu hari nanti, jangan guna cara ni.

Pilih Phone, taip nombor tanpa sifar di depan.
3
Dalam App Store atau Play Store

Download app moomoo yang BETUL

Selepas akaun asas anda terbuka, halaman tu akan tawarkan untuk download app. Terima — proses selebihnya jauh lebih senang dalam app.

Kalau anda pergi ke App Store atau Play Store sendiri, pastikan anda download yang betul. Cari moomoo dan semak tiga perkara:

  • Nama app: moomoo: Stocks & Trading
  • Penerbit: Moomoo Technologies Inc.
  • Ikon: lembu putih atas latar oren, dengan lencana kecil MY

Ada beberapa app kewangan dengan nama serupa. Nama penerbit tu yang paling penting untuk disemak.

Log masuk guna akaun yang anda baru buat tadi — jangan tekan “Sign up” semula dalam app. Kalau anda daftar dua kali, anda akan ada dua akaun dan yang kedua tu takkan terikat dengan rujukan.

Semak penerbit: Moomoo Technologies Inc.
4
Dalam app Moomoo

Isi maklumat peribadi — ejaan mesti sepadan IC

Dalam app, mulakan pembukaan akaun sebenar. Skrin ni akan minta:

  • Nama penuh seperti dalam IC — bukan nama panggilan, bukan singkatan
  • Nombor IC
  • Tarikh lahir
  • Alamat kediaman
  • Status pekerjaan, nama majikan, anggaran pendapatan tahunan

Ejaan nama mesti sepadan dengan IC anda, huruf demi huruf. Ini punca nombor satu KYC kena reject.

Contoh yang kerap gagal:

  • IC tulis “Mohd” tapi anda taip “Mohamad”
  • IC tulis “bin” tapi anda tinggalkan
  • IC ada “A/L” atau “A/P” tapi anda tulis “Anak Lelaki”
  • Nama ada tanda sempang atau apostrof yang anda tinggalkan

Salin tepat seperti yang tercetak pada IC, termasuk jarak dan singkatan.

5
Dalam app Moomoo

Upload IC dan buat selfie verification

App akan minta gambar IC (depan dan belakang), kemudian selfie verification — biasanya anda kena pusing kepala perlahan-lahan atau kelip mata mengikut arahan skrin.

Untuk lulus first try:

  • Ambil gambar dalam cahaya terang dan sekata, tapi elak cahaya yang memantul atas permukaan IC
  • Letak IC atas permukaan gelap dan rata supaya semua tepi nampak jelas berbeza dari latar belakang
  • Pastikan semua empat sudut IC masuk dalam bingkai, tiada yang terpotong
  • Tanggalkan cermin mata dan topi masa selfie
  • Pastikan tiada orang lain dalam bingkai
  • Jangan guna gambar lama dari galeri — ambil gambar baru terus

Langkah ni ada panduan penuh dengan sebab setiap penolakan dalam tutorial KYC.

6
Dalam app Moomoo

Jawab soalan profil pelabur — jawab jujur

Ada beberapa soalan tentang pengalaman melabur dan toleransi risiko anda. Ini bukan ujian, dan tiada jawapan yang “betul”.

Tujuan sebenarnya: regulator mahu pastikan broker tak jual produk berisiko tinggi kepada orang yang belum bersedia. Kalau anda jawab “berpengalaman” sedangkan anda beginner, anda cuma buka pintu kepada produk yang anda belum faham.

Kalau anda memang beginner, jawab beginner. Tiada markah untuk berlagak.

7
Dalam app Moomoo

Hantar dan tunggu

Semak sekali lagi semua maklumat, kemudian hantar. Status akaun akan bertukar kepada “under review” atau seumpamanya.

Biasanya 1–2 hari bekerja. Kalau anda hantar hujung minggu, kira dari hari Isnin. Anda akan dapat notifikasi dalam app dan email bila dah lulus.

Kesilapan biasa beginner

Hantar berulang kali sebab rasa lambat. Ini tak mempercepatkan apa-apa — malah boleh buat kes anda masuk barisan semakan manual dan jadi lagi lambat. Hantar sekali, dan tunggu.


Macam mana nak tahu akaun dah lulus

Buka tab Accounts. Sebaik akaun anda aktif, skrin tu akan tunjuk jumlah aset anda dan satu baris ikon: Deposit · Exchange · IPO · RSP · All.

Kalau ikon-ikon tu belum muncul, akaun anda masih dalam semakan.

Akaun aktif: baris ikon Deposit · Exchange · IPO · RSP · All muncul.

“Kena buka akaun CDS sekali ke?” — jawapan pendek: tak semestinya

Ini soalan yang paling kerap datang bersama soalan register, jadi kita selesaikan terus di sini.

Akaun yang anda baru buka tadi sudah cukup untuk beli dan jual saham — Bursa Malaysia dan Amerika. Anda tak perlu buat apa-apa lagi.

CDS ialah akaun berasingan, dan ia hanya diperlukan untuk satu perkara: memohon IPO Bursa Malaysia.

CDS (Central Depository System)Rekod rasmi pemilikan saham Bursa Malaysia, dikendalikan di peringkat bursa.Lihat dalam glosari → bermaksud Central Depository System — rekod rasmi pemilikan saham Malaysia di peringkat Bursa. Bila anda memohon IPO, Bursa perlukan akaun CDS atas nama anda sendiri untuk merekod unit yang diperuntukkan.

Anda nak buat apa Perlu CDS?
Beli saham Bursa yang sudah tersenarai Tidak
Beli saham atau ETF Amerika Tidak
Emas, silver, RSP, Cash Plus Tidak
Mohon IPO Bursa Malaysia Ya
Bila patut buka CDS

Kalau anda memang berminat dengan IPO, buka awal — jangan tunggu sampai ada IPO yang anda nak. Tempoh permohonan IPO selalunya pendek (beberapa hari sahaja), manakala kelulusan CDS ambil beberapa hari bekerja. Ramai terlepas sebab baru nak daftar CDS pada hari IPO dibuka.

Kalau anda tak berminat IPO buat masa ni, abaikan sahaja. Anda boleh buka bila-bila masa nanti.

Cara buka: Accounts → All → Trade → CDS Account-IPO. Banyak maklumat diisi automatik daripada akaun yang anda dah ada. Langkah penuh dengan screenshot ada dalam tutorial CDS & IPO.

Accounts → All → Trade → CDS Account-IPO

Lepas akaun diluluskan — jangan berhenti di sini

Ini bahagian yang ramai orang tersasar. Akaun diluluskan bukan bermakna anda dah layak untuk reward. Masih ada dua langkah lagi, dan turutannya penting:

  1. Masuk app, cari “Special Deposit”, dan masukkan kod promo
  2. Buat deposit minimum dalam tempoh 30 hari selepas anda daftar, kemudian kekalkan modal tu selama 60 hari
Skrin Special Deposit — kod dimasukkan di sini, sebelum deposit.

Kod dulu, baru deposit. Kalau anda deposit dulu tanpa masukkan kod, deposit tu mungkin tak dikira untuk kempen.

Dan satu perkara yang kami nak beritahu awal-awal, bukan sorok dalam nota kecil: reward anda akan nampak dalam My Rewards sebaik anda layak, tapi untuk unlock ia jadi milik anda, deposit tu kena kekal 60 hari. Duit anda boleh dikeluarkan bila-bila masa — tapi kalau anda keluarkan sebelum 60 hari, reward tu tak unlock.

Langkah penuh dengan semua butiran ada di halaman cara claim reward. Buat sekarang selagi anda masih ingat.


Kalau tersangkut

“Nombor telefon saya dah didaftarkan” Anda mungkin pernah buka akaun sebelum ni, atau pernah mula proses dan tak habiskan. Cuba fungsi lupa kata laluan dengan nombor tu. Kalau masih tak jalan, hubungi customer service dalam app — ada chat dalam Me → Support.

“Gambar IC saya asyik ditolak” Cuba tempat lain dengan cahaya berbeza, dan elak permukaan berkilat seperti meja kaca. Kalau IC anda dah lusuh atau cetakan pudar, itu mungkin puncanya — dan anda mungkin perlu ganti IC dulu.

“Dah lebih 3 hari belum lulus” Hubungi customer service melalui chat dalam app. Kadang-kadang mereka perlukan maklumat tambahan tapi notifikasi tak sampai ke telefon anda.

“Saya dah terdaftar tanpa link rujukan. Boleh tukar?” Tidak. Pautan rujukan direkod pada masa akaun dibuka dan tak boleh ditambah kemudian. Kalau ini berlaku, akaun anda masih berfungsi sepenuhnya untuk melabur — cuma anda tak layak untuk kempen new user tu.

Jom buka akaun sekarang

Daftar guna link Daus, masukkan kod DAUSDK37 dalam "Special Deposit", deposit RM1,000 — RM150 untuk deposit RM1,000, sehingga RM1,500 untuk deposit lebih besar.

Daftar Moomoo & Claim Reward

Daus ialah Marketing Representative rasmi Moomoo Malaysia dan dapat komisen bila anda daftar & deposit. Tiada kos tambahan pada anda.