Join group komuniti DausDK

Daus ada beberapa group WhatsApp dan satu group Telegram. Setiap group ada fokus sendiri, jadi pilih yang paling dekat dengan apa yang anda nak belajar. Anda boleh join lebih dari satu.

WhatsApp

Group Stock

Saham US dan Bursa, earnings, DCA, REIT dan dividen, cara guna Moomoo, Webull dan Rakuten.

Untuk anda yang dah ada akaun broker, atau nak mula beli saham dan ETF.

Buka link WhatsApp ›
WhatsApp

Group General

Duit harian, simpanan, ASB, emas, mula dengan modal kecil, Versa, ShopeePay dan Ryt.

Untuk anda yang baru nak susun duit sebelum masuk saham.

Buka link WhatsApp ›
WhatsApp

Group Crypto

Bitcoin, Ethereum dan Solana, DCA, staking, dan peraturan SC untuk crypto.

Untuk anda yang nak belajar crypto dengan cara yang tenang, bukan kejar coin kecil.

Buka link WhatsApp ›
WhatsApp

HATA Community

Khas pengguna Hata: tetapan auto-DCA, fee, dan feature baru dalam app.

Untuk anda yang dah guna Hata.

Buka link WhatsApp ›
Telegram

Group DausDK (Telegram)

Berita pasaran, update IPO dan video baru Daus. Lebih 5,500 ahli.

Untuk anda yang lebih suka Telegram, atau nak ikut update tanpa banyak borak.

Buka link Telegram ›

Cara masuk group WhatsApp

  1. Tekan link group, kemudian tekan Request to join.
  2. Group guna kelulusan admin untuk tapis scammer dan bot. Jadi lepas request, hantar WhatsApp pada Daus dan bagitau nama anda dan group mana yang anda request.
  3. Tunggu admin approve. Request dari nombor yang tak pernah berinteraksi, terutama nombor luar negara, mungkin tak diluluskan.

WhatsApp Daus: +60 11-2344 3917

WhatsApp hadkan satu group kepada lebih kurang 1,024 ahli. Bila group penuh, Daus buka group baru dan link di halaman ni dikemas kini. Kalau link tak jalan, semak semula halaman ni.

Peraturan group

  1. Daus dan admin tak pernah DM dulu untuk minta duit, OTP, password, atau tawar signal. Akaun rasmi Daus hanya tiga: @dausdkofficial, @dausdk37 dan @dauskewangan. Sesiapa yang DM mengaku Daus atau "wakil Moomoo" ialah penyamar. Baca 5 tanda scam.
  2. Tiada iklan, link pelaburan lain, atau ajakan ke group signal. Ahli yang spam atau cuba scam akan dibuang.
  3. Tanya apa sahaja pasal belajar melabur. Tiada soalan bodoh. Kalau jawapannya ada dalam tutorial, admin akan hantar link supaya anda dapat langkah bergambar.
  4. Hormat semua ahli. Tak setuju boleh, kutuk jangan.
  5. Semua perkongsian ialah pendidikan, bukan nasihat kewangan. Daus kongsi apa yang Daus sendiri buat. Keputusan melabur tanggungjawab masing-masing.
Kena DM oleh "Daus" atau "admin Moomoo"?

Berhenti berurusan terus. Moomoo rasmi tak pernah DM untuk tawar signal atau minta anda transfer duit ke akaun peribadi. Kalau ada masalah akaun, hubungi support rasmi dalam app. Cara hubungi support Moomoo yang betul.

Tanya Daus